Membelek wajah depan cermin seperti ada perubahan ketara. Kalau bukan pipi yang semakin melebar, tentu sahaja dagu berlapis-lapis. Walaupun ada cara menutupinya (bagi yang berhijab), tetapi rasa tidak puas hati setiap kali menatap wajah sendiri pada cermin.

Terasa melihat diri sendiri yang mentertawakan dan kalau tak sabar mahu sahaja dipecahkan cermin berkenaan.

Bukan mudah untuk hilangkan dagu berlapis dan lemak di leher apabila berat kita turun (atau naik!) dengan hanya bergantung kepada minuman atau diet semata-mata.

Untuk bahagian badan yang sedikit “manja” ini, sedikit gerakan atau senaman diperlukan untuk memastikan ia tidak berlapis-lapis. Hijabista ada terjumpa video senaman untuk mengurangkan lemak atau geleber di leher anda.

IKLAN

Ekspresi wajah anda pasti akan kelihatan agak kelakar dan herot-petot (senget-benget) tetapi hasilnya pasti cukup berbaloi.

Terdapat juga beberapa senaman lain yang boleh kita buat untuk dapatkan dagu runcing. Cuba senaman ini, kemudian tawakal. Kemudian, teruskan mencuba.

Eh, jangan muka ketat, tahu. Daripada muka ketat, lebih baik senyum terpaksa. Senyum secara buat-buat juga membantu mengurangkan lapisan lemak di bawah dagu.

IKLAN

Psssttt, ada juga yang kata kunyah gula-gula getah beberapa kali sehari selaku senaman mulut dapat membantu mengurangkan dagu berlapis.

IKLAN

Kalau double chin itu tidak juga hilang, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menerima kenyataan bahawa itu sebahagian daripada rupa anda, hingga ke akhirnya nanti.

Selamat mencuba.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI