
Ramai di antara kita mesti keliru rutin penjagaan manakah yang sesuai dengan kulit wajah kita. Ramai yang ingat jika kulit berminyak tidak perlu pakai pelembap tapi sebenarnya salah tanggapan itu! Kulit yang berminyak juga perlukan pelembap tau.
Menerusi perkongsian Nurul Khairunie di facebook, dia telah menjelaskan mengenai produk penjagaan wajah yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak. Lebih beruntung sekali, segala produk ini boleh didapatkan dengan mudah di gedung farmasi.
Mekap yang cantik bermula dengan asas penjagaan wajah yang baik.
Jika anda mengikuti 8 langkah ini, insyaAllah kulit anda akan bertambah sihat dan jelita!
Pembersih berasaskan minyak yang bagus untuk menghilangkan segala sisa kotoran di wajah.
Micellar water ini juga bagus digunakan sebelum mencuci muka dengan sabun pembersih wajah.
Produk yang bagus untuk membuang sisa kulit mati.
Toner untuk melembapkan kulit kembali selepas muka dibersihkan.
Yang ini pula sentiasa laris di pasaran.
Bagi menghidrasi kulit anda, bolehlah mencuba yang ini.
Masker tanah liat yang boleh menarik segala kekotoran dari dalam wajah.
Jangan lupakan krim pelindung cahaya matahari!
Gel pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak.
Yang ini pula boleh melembutkan kulit selain melembapkan.
Diharap perkongsian ini dapat membantu hijabi di luar sana yang mengalami masalah kulit berminyak. Yang paling penting mestilah kena rajin mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Jangan malas tau!
Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!

Setiap insan di muka bumi ini inginkan pola gaya hidup sihat agar senantiasa cergas, kurang berisiko menghidap penyakit dan melalui hari nan indah. Kali ini, Hijabista kongsikan serba sedikit pola gaya hidup sihat yang bagus untuk diamalkan.
Yakin dan usaha, pasti ia berjaya dilakukan. Jika diamalkan secara konsisten akan membuatkan anda kekal sihat, cergas dan awet muda. Lebih-lebih bila mahu meraikan Syawal mulia.
AIR MINERAL MENCUKUPI
Air mineral adalah air yang bagus diminum setiap hari, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ia mampu mencuci usus dan melancarkan sistem penghadaman. Mineral juga dapat membantu mengawal sisa kotoran di dalam tubuh.

TOLAK AIR KARBONAT
Ramai yang meminati air berkarbonat, bukan? Rasanya enak dan melegakan, namun awas! Kandungan gula di dalamnya amat tinggi hingga mampu membuatkan anda mengalami masalah kegemukan dan buncit perut andai terlalu kerap pengambilannya.

CUKUP TIDUR
Waktu tidur juga amat dan harus dipertimbangkan. Tidak boleh kurang mahupun terlebih masa tidur. Ini kerana tenaga dan imunisasi badan akan lemah andai tidak dijaga. Maka, anda harus amalkan gaya tidur mengikut jam yang ditetapkan; 6 jam minimum dan maksimum adalah 8 jam.

MENTALITI POSITIF
Nampak mudah bukan mengenai mentaliti yang positif. Kini anda harus tahu fikiran anda harus dijaga agar tidak terlalu memikirkan hal orang lain, sebaliknya fikirkan yang baik-baik sahaja. Usah terpengaruh dengan anasir negatif.

AMAL MINUM JUS
Amalkan meminum jus setiap hari kerana jus juga dapat mengawal berat badan manusia. Ia boleh menurunkan berat badan kerana setiap buah-buahan mempunyai zat tersendiri.

SELALU KETAWA
Mungkin anda tidak tahu bahawa ketawa juga mampu mengubati penyakit kerana ketawa dapat menghilangkan stres. Akan tetapi, usah ketawa berlebih-lebihan, tampak tidak sopan apatah lagi di khalayak ramai.

RAJIN BERSUKAN
Perkara yang wajib anda lakukan, bersukan setiap hari selama 30 minit dikatakan dapat melupakan segenap kerja seharian anda. Inilah hiburan yang positif untuk diamalkan.

SISTEM MAKANAN
Usah pernah tinggalkan sarapan pagi anda. Ambil sarapan dalam kuantiti yang banyak kerana ia dapat memberikan kamu tenaga, ambil sedikit sahaja ketika makan tengah hari dan lebihkan minuman berkhasiat ketika waktu malam.

JAUHI ASAP ROKOK
Jauhi diri dengan persekitaran yang berasap terutama asap rokok mahupun ‘vape’ kerana asap itu membawa kotoran dan ia mampu memberi kesan buruk pada sistem pernafasan manusia dan permukaan kulit wajah anda. Buat para hijabi, usah sesekali anda merokok kerana terdapat trend kini yang membawa imej negatif si hijabi merokok tanpa segan silu di khalayak ramai. Ini sememangnya mengundang persepsi negatif dan menggores imej hijabi. Utamakan kesihatan dan kebersihan diri. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

Power! Yoga Turunkan Berat Badan Lebih Pantas Melalui Aplikasi Ini, Lakukan Di Rumah Sahaja

Yoga adalah salah satu seni senaman yang bukan mudah untuk dilakukan tetapi sekali buat terus ketagih. Efek yoga kepada badan tidak boleh disangkal cuma kebolehan untuk meliang liukkan tubuh kita yang membuatkan kita berfikir banyak kali untuk mencuba yoga.
‘Power’ yoga mampu menurunkan berat badan anda dengan pantas. Syaratnya, anda konsisten dan cuba buat sedekat mungkin dengan gaya yang sepatutnya. Di waktu pandemik tidak perlu sertai kelas hanya dengan melalui aplikasi sahaja.
Aplikasi Terbaik Untuk Anda
Transformasi digital di Asia Tenggara dan India (SEA & I) dengan pelancaran Nike App memberikan akses peribadi kepada ahli Nike yang terbaik. Aplikasi Nike percuma dilancarkan hari ini di Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia, India, Taiwan dan Vietnam.
Kandungan inspirasi: Ahli akan mempunyai akses kepada cerita, panduan dan kandungan inspirasi lain yang hanya terdapat di Aplikasi dan menariknya lagi anda bersenam tanpa peralatan hanya merujuk pada aplikasi Nike. Mudah bukan!
Paling menarik prhatian, pengguna boleh berbelanja di kedai Nike dan kedai rakan Nike, serta dalam talian melalui Aplikasi Nike, Nike.com, Web SNKRS dan kedai rasmi Nike dengan rakan digital, seperti Lazada. Nike juga membantu anda menjadikan sukan sebagai kebiasaan harian melalui aplikasi aktiviti Nike Run Club (NRC) dan Nike Training Club (NTC).
Terdapat sebilangan faedah ahli melalui Aplikasi Nike, termasuk:
Akses eksklusif: Ahli akan berpeluang mendapatkan produk terbaru, awal dan eksklusif dalam aplikasi, termasuk diskaun mingguan setiap hari Jumaat dengan gaya utama seperti Air Jordan 1, Air Force 1 dan Air Max. Untuk memulakan pelancaran, ahli memperoleh akses awal ke produk Space Jam, secara eksklusif di Aplikasi Nike.
Ganjaran ahli: Ahli akan membuka ganjaran menarik melalui “member wallet” yang diperibadikan di mana mereka dapat mencari promosi eksklusif, akses ke acara dan banyak lagi. Mulai 12 Julai, ahli dapat menyelesaikan cabaran mingguan di Aplikasi NRC atau NTC untuk mendapatkan akses ke Locker Champions di Aplikasi Nike – buka kunci eksklusif dengan akses khusus untuk produk dan kandungan dalam Aplikasi. Tunggu apalagi jom bersenam sambil shopping!
Power Yoga Bersenam Bersama Aplikasi
Jadi, tatkala musim zumba masih lagi kuat, apa kata kita cuba yoga pula. Mari Hijabista berikan lima gaya yang pasti akan menurunkan berat badan anda pantas:
Gaya 1
Gaya ini bagus untuk menghilangkan berat di kawasan abdomen dan perut. Gaya ini juga dikenali sebagai ‘Pawanmuktasana’.
Gaya 2
Gaya ini baik untuk mengetatkan punggung dan juga ‘toning abs’ anda. Meniarap di lantai dan pastikan tapak tangan anda terletak bersebelahan dengan dada. Angkat bahagian atas badan anda dari lantai.
Gaya 3
Gaya ini juga dikenali dengan nama ‘Dhanurasana’ dan ia merupakan aktiviti yang boleh ‘toning’ dan juga menghilangkan lemak pada lengan dan kaki anda. Untuk melakukan ini, meniarap di atas lantai. Kemudian bengkokkan kaki anda bermula di lutut dan angkat sehingga seperti gambar.
Gaya 4
Gaya ini pula mampu meningkatkan kadar jantung anda, membakar kalori dan juga mengurangkan lemak di bahagian tepi badan anda. Bermula dengan berdiri tegak, kunci tangan anda di belakang dan bengkok badan anda perlahan ke bawah sisi.
Gaya 5
Gaya yang dinamakan Utthitha Parsvakonasana ini, boleh membantu mereka yang ingin menghilangkan lemak di sisi. Mulakan dengan berdiri tegak, turun badan perlahan-lahan dan bengkokkan badan. Pastikan satu kaki anda tegak seperti dalam gambar.
P/S: Yoga mungkin kelihatan sukar tetapi apabila banyak kali anda buat, pasti akan lebih mudah kemudian. Selamat beryoga!
Boleh Gantikan ‘Makeup Remover’ Dengan Bahan Alami Ini. Semak Juga Make Up Remover Terbaik Di Pasaran!

Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Walaubagaimanapun bukan semua wanita rajin, untuk wanita yang penuh denga naktiviti semasa boleh dapatkan toner di pasaran Ini senarai make up remover yang terbaik yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Garnier Skin Naturals Micellar Cleansing Water
Pencuci makeup all-in-1 ini mampu menghapuskan solekan, membersih dan menyegarkan kulit muka. Dengan hanya sedikit produk, ia akan terus menanggalkan makeup. Ia juga sesuai untuk bibir dan mata.
Pembersih serba boleh yang mengandungi teknologi micellar ini ibarat magnet yang menangkap dan mengangkat kotoran, minyak dan solekan untuk memberikan kulit terhidrat, bersih sempurna dan tidak mengeringkan.
Mary Kay Oil Free Eye Makeup Remover
Pencuci make up ini diiktiraf oleh ophthalmologist untuk pemakai contact lens dan kulit sensitif. Pencuci makeup ini juga telah diuji secara klinikal dan mengandungi bahan-bahan yang hypoallergenic dan bebas minyak, sesuai untuk kulit bermasalah dan alergi.
Watsons 3-in-1 Micellar Water Facial Cleansing Wipes 20’s
Bagi mereka yang always on-the-go dan memerlukan cucian yang menyeluruh sewaktu travel atau di tempat kerja, facial wipes daripada Watsons ini adalah amat berkesan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Hanya dengan satu sapuan, kulit akan bebas daripada solekan. Tak percaya? Baca lambakan review positif daripada para pengguna daripada links yang kami paparkan.
Nivea [Hydration] Make Up Clear Micellar Water
Makeup remover ini menghilangkan makeup yang tak dapat ditanggalkan oleh air. Ia mengandungi bahan-bahan yang dapat mengekalkan dan menambah kelembapan kulit kering seperti hyaluronic acid, golden algae, hydra IQ, dan marine salt.
Ia juga bebas daripada alkohol, paraben, pewangi, pewarna dan silikon. Sifat bahannya yang lembut menjadikannya sesuai untuk digunakan di bahagian sensitif seperti mata.
Bioderma Sebium H20
Pencuci makeup ini membersihkan dan menghilangkan solekan tanpa mengeringkan kulit. Diperkaya dengan agen penyucian, glukonat zink dan tembaga sulfat, ia sesuai walaupun berkulit yang paling sensitif.
Ia juga mengawal penghasilan sebum supaya liang pori tidak tersumbat dan bebas dari bakteria, menjadikan kulit bebas daripada jerawat.
Innisfree Green Tea Cleansing Water 300ml
Pencuci makeup yang memberikan aroma teh hijau segar organik yang kaya dengan asid amino dan mineral yang melembapkan dan mencerahkan kulit yang kering akibat solekan.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu merawat kulit muka yang kering, memberikan perlindungan dari matahari dan sangat sesuai digunakan untuk kulit jenis kombinasi. Kulit akan kelihatan lebih segar dan licin selepas penggunaannya.
Maybelline Micellar Water 3-In-1 Makeup Remover
Kandungan air micellar bertindak sebagai ejen penyingkiran kotoran dan melindungi kulit anda daripada pencemaran. Ia mampu membuang semua jenis solekan, membersihkan dan hidrat tanpa meninggalkan rasa pedih pada muka. Anda tidak perlu risau kerana pencuci makeup ini bebas dari warna dan alkohol.
L’Oreal Paris Pink Micellar Water Moisturizing
Dirumus khas dari ekstrak french rose yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit dan memberi kelembutan pada kulit dan tidak meninggalkan rasa ketat.Selain itu, teknologi molekul micellar yang unik bertindak seperti magnet untuk menghilangkan lebihan sisa dan kekotoran dari kulit dengan teliti. Ia membersih, mengeluarkan solekan dan menenangkan kulit selepas seharian.
Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
Gabungan ramuan 3 jenis minyak iaitu minyak kacang hitam, sesame hitam dan biji blackcurrant hitam. Minyak kacang hitam membantu mengawal sebum, meningkatkan keanjalan kulit dan memberi sensasi segar. Manakala, minyak sesame hitam adalah untuk hidrasi kulit dan mengekalkan keremajaan pada wajah.
Minyak biji blackcurrant pula adalah untuk melindungi kulit muka dan membaik pulih sel kulit. Pencuci makeup yang sangat sesuai untuk pembersihan sehingga ke dalam liang pori anda.
Shu Uemura Anti/Oxi + Skin Pollutant & Dullness Clarifying Cleansing Oil
Pencuci makeup ini mengandungi ekstrak betik yang dapat melembutkan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak teh hijau yang bersifat antioksidan dan estrak moringa sebagai ejen anti-pencemaran. Makeup remover ini dapat menanggalkan solekan dengan mudah termasuk maskara kalis air dan gincu tanpa meninggalkan sisa dan melindungi kulit.