Melihat situasi ini kita dapati remaja seawal usia 20 an, sudah bijak bergaya mengalahkan orang lebih dewasa. Mereka ini bukan sahaja pandai menjaga kecantikan, tetapi juga bijak bergaya dalam stail terkini. Lihat sahaja posting di laman sosial mereka, masing-masing sibuk membuat jualan review untuk pelbagai produk bagi menjana pendapatan.

Umur 20 an merupakan usia di mana anda bukan lagi remaja tetapi pada masa yang sama belum lagi cukup dewasa. Maka, usia ini anda seharusnya belajar sebanyak mana perkara yang anda boleh pelajari.

Begitu juga stail. Masuk sahaja umur 20-an, anda perlu berpakaian lebih matang berbanding remaja tetapi jangan terlalu dewasa untuk memberi komplimen kepada usia anda.

Mari Hijabista senaraikan 15 tip stail yang anda perlu pelajari usai menjangkau umur 20-an:

1. Beri perhatian kepada model yang memperagakan busana terkini

Apabila anda membeli belah secara ‘online’, perhatikan model yang memperagakan busana tersebut. Sekiranya dia memberi ‘pose’ yang pelik dan tampak tidak selesa, kemungkinan besar busana yang digayakannya juga tidak akan selesa pada anda.

2. Busana WAJIBLAH selesa

Tiada yang lebih menjengkelkan dari busana yang tidak muat dan terletak cantik pada badan anda. Tidak kira betapa ‘trendy’ satu-satu fesyen tersebut, ketidakselesaan mampu membunuh mood bergaya anda dan tidak kira banyak mana anda tarik atau betulkan, ia tetap akan kekal begitu.

3. JAHIT sekiranya perlu

Berbelanja sedikit untuk membuat sedikit pengubah suaian pasti akan berbaloi kerana dengan sedikit ‘nip & tuck’, busana tidak selesa boleh menjadi busana kegemaran anda selepas diubah suai.

4. Berbelanja sedikit untuk bra yang berkualiti

IKLAN

Jangan pandang rendah akan kepentingan bra ya! Keselesaan dan ‘fit’ yang sempurna mampu membuatkan anda lebih selesa dan berkeyakinan untuk menghadapi apa jua cabaran.

5. Ibu lebih mengetahui

Memang ada benarnya dengan pepatah ‘mother knows best’ dalam banyak perkara. Jangan pandang rendah ketajaman mata ibu anda dalam hal ini. Mungkin anda boleh belajar banyak stail klasik darinya.

6. Jika ia padan dengan anda, beli item tersebut dalam majoriti warna

Ini tertakhluk kepada keadaan dan item tersebut ya. Contoh jika anda terjumpa selendang sifon yang sempurna buat anda dan selesa dipakai, jangan berfikir panjang! Beli sahaja semua warna yang ada.

7. Sepatu ‘platform’ berkuasa!

Sepatu tumit ‘pumps’ semestinya akan membuatkan anda tampak sungguh elegan. Manakala sepatu ‘platform pumps’ tidak akan membuatkan kaki anda meraung kesakitan selepas 30 minit menyarungnya. Dan ia pastinya kelihatan ‘uber chic’!

8. Begitu juga sepatu ‘wedges’

IKLAN

Ini lagi satu sepatu wajib ada. Sebolehnya pilih ‘wedges’ yang tidak terlalu tinggi dan ke hadapan kerana ini hanya akan menyakitkan kaki anda.

A post shared by Jimmy Choo (@jimmychoo) on

9. Saiz hanyalah nombor

Kadang kala, jenama berbeza melabelkan busana mereka dengan saiz yang penuh variasi. Jadi jangan bimbang jika anda bersaiz M di satu jenama tetapi saiz L di satu jenama yang lain. Ia hanyalah nombor.

10. Berwaspada dengan perkataan ‘SALE’

Pastikan anda mendekati perkataan ini dengan penuh berhati-hati. Ini kerana ia mungkin busana yang dari musim-musim lalu atau ‘defect’.

11. Peraturan sebenarnya hanya ‘guidelines’

Tidak perlu anda patuh sepenuhnya. Pastikan busana yang anda gayakan sesuai untuk tubuh dan citarasa anda. Itu sudah mencukupi.

IKLAN

12. ‘Angle’ dan cahaya semada bergambar adalah penting

Zaman ‘selfie’ dan ‘wefie’ ini membuatkan ‘angle’ semasa mengambil gambar menjadi penting. Pastikan anda mempunyai sumber cahaya yang mencukupi agar gambar anda tidak gelap.

13. Begitu juga solekan

Solekan adalah boleh tetapi pastikan anda tidak berlebihan mengenakannya. ‘Less is more’.

14. Jenama bukanlah segalanya

Mungkin terdapat ramai di antara kita yang mementingkan jenama tetapi percayalah bahawa busana tidak berjenama juga memiliki ciri unik dan yang penting keselesaan yang ampuh.

15. Tetapi ‘alah membeli menang memakai’

Pepatah ini sesuai untuk item seperti kasut kulit, tas tangan, ataupun jam tangan untuk memastikan anda tidak terlalu kerap menggantikan mereka ini.

Semoga anda dapat belajar sedikit sebanyak tip stail untuk diterapkan ke dalam gaya anda terutamanya jika anda berusia 20-an. Selamat mencuba!

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI