Bagi mereka yang memiliki kulit sensitif tentunya alahan pada kulit wajah akan menyebabkan kulit semakin teruk. Kulit wajah yang merah dan tegang membuatkan si pemilik kulit wajah berasa kurang selesa. Keadaan ini bertambah teruk ketika berpeluh da cuaca panas.

Berikut perkongsian dari Sarifa Redzuan II

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH KULIT SENSITIF YANG KERING, KUSAM, BERBINTIK MERAH DAN TONA TIDAK SEKATA AKIBAT KESAN DARI ALERGIK DALAM MASA 14 HARI.

Masker kopi sangat sesuai untuk masalah seperti berikut:
*masalah kulit kering dan gatal
*masalah kulit muka sensitif
*masalah kulit muka berjerawat
*masalah kulit muka kusam
*masalah kulit muka tidak sekata
*masalah kulit muka bekas parut jerawat
*masalah kulit muka jeragat ringan

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK DAPAT KEMBALI KULIT CANTIK, CERAH, HALUS DAN BERSERI DALAM MASA 14 HARI?

BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil serbuk kopi halus
1 sudu kecil susu tepung
1 sudu kecil gula perang halus
1 sudu kecil oat yang dikisar
1 sudu kecil true love magical spell elixir

CARA PENYEDIAAN:
1.Bancuh semua bahan sehingga sebati bersama sedikit air. Tidak terlalu cair.

CARA MEMAKAI:
1.Bersihkan wajah dan lap dengan kering

2.Sapu di wajah.Biarkan selama 30 minit.

3.Basahkan sedikit wajah. Perlahan lahan, urut wajah putaran membulat.

4.Cuci wajah dengan air biasa. Sebaiknya amal seminggu 2 kali

5.Sangat sesuai utuk lelaki dan perempuan.

IKLAN

CARA SIMPAN:
*Lebihan boleh simpan dalam peti sejuk.
*Sekiranya terlalu keras boleh tambah sedikit air suam.

MANFAAT BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN:

MANFAAT KOPI:
1. Mengurangkan Keradangan kulit
Kandungan kafeinnya, ditambah dengan bahan antioksidan yang kuat seperti polifenol dan asid hidrokinamik, bertanggungjawab untuk membantu keradangan kulit

2. Kurangkan jerawat
Antioksidan dalam kopi boleh membantu menenangkan jerawat merah dan meradang.

3. Anti Penuaan
Kopi kaya dengan polyphenols, sekumpulan antioksidan berfungsi untuk melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan akibat kerosakan DNA.
Sebagai bonus, mereka juga telah ditunjukkan untuk melindungi daripada sinaran ultraviolet dan melambatkan penuaan kulit yang disebabkan oleh pendedahan cahaya berat
Antioksidan dalam kopi yang disebutkan tadi juga boleh memulihkan kulit yang letih, membantu membawa nutrien yang diperlukan ke dalam liang-liang. Di samping keupayaannya meningkatkan peredaran (terima kasih kepada kandungan kafeinnya menjadikan kulit tegang dan berseri.

4. Mengurangkan Bengkak terutama bahagian bawah mata
kafein dan pelbagai sebatian seperti methylxanthine dalam kopi mempunyai kesan diuretik, yang boleh membantu mengurangkan edema, atau tisu yang bengkak kerana pengekalan cecair yang berlebihan.

IKLAN

MANFAAT SUSU:
1. Vitamin A
.Merawat kulit kering, berpeluh dan mengelupas.
Perlu untuk pembahagian sel baru yang sihat.

2. Vitamin D
Untuk kulit berseri muda.
Meningkatkan pengeluaran kolagen.
Melambatkan garis halus dan kedutan.
Melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan penuaan pramatang.
Membantu menghilangkan bintik dan tanda gelap.
Mengurangkan jerawat.
Menggalakkan keanjalan kulit.

3. Vitamin B6
Perlu untuk pembentukan sel kulit baru.
Memastikan kulit lembap dan sihat.

4. Biotin
Untuk kulit yang sihat.
Menyembuhkan kulit kering, kering

5. Protein
Untuk pembaikan dan pertumbuhan tisu.
Memberi kulit tegang tanpa kedutan dan garis halus

6. Vitamin B12
Menyembuhkan kulit yang kasar. Mempunyai sifat mencerahkan kulit.
Menghilangkanparut jerawat.

7. Asid laktik
Melembapkan, menghidrat dan menyuburkan kulit kering.
Memelihara kulit kelihatan muda dengan memerangi radikal bebas

IKLAN

8. Potasium
Menghidrat dan melembapkan kulit.
Menyelesaikan kulit kering dan gatal.

9. Kalsium
Membuat lapisan kulit teratas.
Meningkatkan pengeluaran kolagen.
Menggalakkan keanjalan kulit.
Memerangi aktiviti radikal bebas.

10. Magnesium
Untuk muda, kulit berseri.
Melambatkan proses penuaan.

11. Selenium
Melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.
Melindungi kulit daripada kerosakan matahari.
Membantu mengekalkan ketegasan dan keanjalan kulit, menjadikannya kelihatan lebih muda.

MANFAAT GULA PERANG:
*Menjadikan proses pengelupasan pada wajah lebih halus kerana gula perang lebih lembut
*Gula perang mengandungi asid glikolik, yang melawan bakteria. Asid Glycolic adalah asid alfa-hidroksil, yang penting dalam menjaga kulit anda lebih sihat.
*Gula perang memberi kulit yang lebih muda dan segar.

*Gula perang membantu mengekalkan kelembapan
*Ia melindungi kulit daripada toksin yang merosakkan dan menjadikan ia sihat, dipelihara dan bersinar.
*Penggunaan gula perang membantu meringankan kulit dan mengurangkan parut.
*Asid glikolik dalam gula perang diketahui menjadikan kulit menjadi lebih cerah. Ia juga mengawal pembentukan melanin.

Manfaat Oat MANFAAT OAT:
*Disebabkan kandungan saponinnya, oat berfungsi sebagai pembersih kulit semulajadi yang hebat.
*Jika anda mempunyai kulit ultra-sensitif, oat boleh menjadi alternatif yang hebat kerana teksturnya. Kaya dengan protein dan lipid. Oat mempunyai sifat emolat yang menjadikannya pelembap hebat.

*Oat mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang membantu menghalang kerosakan yang dilakukan pada kulit oleh pencemaran, sinaran UV dan bahan kimia.
*Oat membantu mengurangkan kegatalan dan keradangan dan boleh digunakan untuk menenangkan ekzema dan menyembuhkan psoriasis.

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI