Kebiasaannya seleps membeli baju baharu, ramai yang terus memakainya tanpa dicuci dahulu. Mungkin ada berfikir bahawa bajunya masih baharu, dibungkus pula dengan plastik, tentulah bersih. Begitulah yang sering kita fikirkan. Tapi nanti dulu. Perbuatan anda ini mungkin mengundang masalah kesihatan.
Tahukah anda bahawa mencuci baju baharu yang dibeli sebelum dipakai itu sangat penting, Walau pun baju itu belum pernah dipakai dipakai, baju baharu menyimpan beragam potensi masalah kesihatan yang tidak kita sedari.
Mungkin anda terfikir bahawa baju yang anda bawa pulang itu baju baharu yang masih di dalam plastik, buka baju yang anda cuba namun sebenarnya semua pakaian baharu harus dicuci terlebih dahulu sebelum dipakai sebelum pakaian itu disarungkan dan menempel secara langsung pada kulit.
Pakaian baharu yang tidak dicuci sangat tinggi kemungkinan adanya bakteria dan bahan kimia, bergantung pada bagaimana cara baju tersebut dibuat, disimpan, mahupun saat pengangkutannya. Maka sebab itulah kita perlu mencuci baju dan ia merupakan langkah yang penting untuk dilakukan.
Jika baju yang baharu dibeli tidak dicuci terlebih dahulu sebelum dipakai risiko terkena virus dan bakteria daripada baju yang dibeli sangat tinggi. Antara masalah kesihatan yang mungkin dialami ialah seperti selesema, jangkitan kulat, penyakit gatal-gatal dan juga ruam pada kulit.
Kuman dan bakteria boleh memasuki ke dalam tubuh melalui pori-pori kulit. Selain itu, ketika kita berpeluh, pori-pori akan terbuka sehingga membuatkan kuman-kuman dan bakteria ini lebih mudah masuk ke dalam pori-pori.
Oleh itu pastikan sebelum memakai baju baharu yang dibeli, basuhlah terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang tidak diingini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI