Memiliki kulit sehalus bayi merupakan idaman seluruh wanita terutamanya yang sudah meningkat usia. Namun hakikatnya, bukan mudah untuk memiliki kulit sehalus bayi dalam usia yang semakin tua. Semuanya tertumpu kepada rutin penjagaan kecantikan tubuh badan anda. 

Sumber gambar: Shiny Diamond

Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Apa kata anda cuba amalkan petua yang kami sarankan ini. Mana tahu selepas beberapa kali anda lakukan, kulit wajah anda terus lembut seperti bayi? Ha! Apa tunggu lagi? Selamat mencuba!

1. Scrub

Sumber gambar: Monstera

Ramai yang tahu tentang kebaikan scrub tetapi ramai juga yang tidak mementingkan fungsinya dalam rejim kecantikan harian. Seperti yang anda semua tahu, fungsi scrub badan ialah ia mampu untuk melembapkan kulit dengan membuang sel-sel kulit yang dah mati. Apabila sel-sel kulit mati, kulit akan menjadi lembut dan anjal. Tetapi jangan gunakan dengan terlalu banyak kerana ia boleh membuatkan kulit rosak.

2. Pelembap

IKLAN
Sumber gambar: Mskin Pro

Produk pelembap boleh membuatkan kulit anda kekal lembap, lembut dan tegang. Ia mengelakkan kulit anda dari kering dan tampak tua.

Apa yang penting, anda harus tahu jenis kulit anda untuk membeli produk pelembap yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.

3. Produk susu kambing

IKLAN
Sumber gambar: Charlotte

Tahukah anda susu kambing tinggi dengan sumber vitamin dan mineral secara semulajadi? Oleh disebabkan itu, sebarang produk yang berasakan susu kambing boleh digunakan untuk melembabkan dan menyuburkan kulit kita! Secara tidak langsung, ia boleh membuatkan kulit lebih lembut dan halus seperti bayi.

Bukan itu sahaja, malah lactic asid semula jadi yang ada dalam susu kambing membuatkan ia sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah kulit kering!

IKLAN

4. Pelindung matahari

Sumber gambar: Cottonbro

Bagi anda yang sering melakukan kerja di luar, lindungikah kulit anda dari kerosakan akibat cahaya matahari dengan menggunakan pelindung matahari, pelembap atau solek dengan SPF 15 atau lebih tinggi untuk mengelakkan wajah nampak tua dan menjadi lebih lembut mulus. Tidak kira apa warna kulit anda, sentiasa melindungi diri anda dari sinar matahari.

5. Minum air kosong

Sumber gambar: Arnie

Petua yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut ialah selaluh minum air kosong kerana ia bukan sahaja melembutkan kulit tetapi mengegarkan tubuh badan serta mencantikkan kulit wajah. Elakkan minum kafein dan alkohol, kerana ia boleh mengeringkan kulit.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI