Kecantikan

Ingin Kulit Wajah Seperti Selebriti Korea, Cuba Sapukan Masker Tepung Beras! Ini 5 Sebab Masker Ini Pilihan Terbaik!

Share

Inginkan kulit sehalus selebriti kpop? Seringkali kita menonton K-drama dan semua selebriti dari sana memiliki kulit wajah yang mulus dan berseri! Salah satu rahsianya adalah dengan tepung beras! Kita sudah terbiasa mendengar kebaikan masker tomato, timun dan juga kunyit untuk mencerahkan kulit wajah. Namun, masker tepung beras juga memberi banyak khasiat kepada kulit wajah. Bukan sahaja mampu untuk mencerahkan kulit, namun ada banyak lagi kebaikan masker tepung beras.

Sumber gambar: Metro.style

Ketepikan dahulu semua produk kulit wajah yang dijual di pasaran. Kos yang tinggi dan tidak menjanjikan keberkesanan kepada kulit wajah, ia juga mempunyai bahan kimia yang tinggi. Apa kata anda cuba mencantikkan kulit wajah dengan menggunakan masker tepung beras! Selamat mencuba!

Sumber gambar: Hello Lovely Living
  1. Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata

Lingkaran gelap bawah mata ataupun dikenali sebagai mata merupakan salah satu masalah kulit wajah yang menyebabkan wajah kusam dan tidak bermaya. Kurang waktu rehat dan tidur yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya kawasan gelap di bahagian bawah mata. 

Oleh itu, untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan masker tepung beras untuk mengurangkan kawasan gelap itu. Sapukan gabungan masker tepung beras di bahagian tertentu dan biarkan secara 10 minit. Lakukan dengan kerap untuk hasil yang terbaik. Ia mampu untuk mencerangkan kulit yang gelap.

2. Berfungsi sebagai losyen untuk elak sinaran UV

Diperkaya dengan kandungan ferulic dan allantoin yang terdapat pada beras, ia amat bagus untuk dijadikan sebagai krim penghalang dari sinaran UV. Sesuai untuk anda yang seringkali berada di luar untuk tugasan kerja. Selain itu juga, ia amat berguna sebagaibahan  anti-inflamasi, tepung beras ini juga bisa menyembuhkan kulit yang terbakar.

Cara penggunaannya sangat mudah, cukup campurkan tepung beras dengan air yang sejuk. Kemudian sapukan pada area tertentu dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih dan mulakan proses penjagaan wajah dengan produk penjagaan wajah pilihan anda!

Sumber gambar: PNW. Production

3. Mengurangkan masalah jerawat

Tepung beras juga mampu untuk mengurangkan masalah jerawat pada wajah juga di area tubuh yang lain. Tepung beras dikenali sebagai bahan efektif untuk mengurangi jerawat kerana sifat antiseptik yang tinggi. Ia sangat efektif dalam melawan kuman dan bakteria yang menyebabkan masalah jerawat.

Selain itu, ia juga mengandungi kandungan allantoin yang memiliki sifat anti-inflamasi sangat baik serta dapat membantu membaiki tekstur kulit.

4. Mencerahkan kulit

Kandungan tepung beras yang sangat kaya dengan mineral menjadi salah satu solusi semula jadi untuk mencerahkan kulit. Manfaat tepung beras untuk kecantikan tidak lain berasal dari asam amino dan vitamin yang terkandung di dalamnya.

Kandungan tersebut berfungsi untuk mencerahkah kulit dengan meningkatkan kadar kolagen serta elastisitas kulit. Selain itu, kandungan tirosinase pada tepung beras juga dapat mencegah produksi melanin yang berlebihan di kulit.

Sumber gambar: Polina

5. Mengurangkan tanda penuaan

Bukan sahaja untuk mencerahkan kulit, namun tepung beras juga berfungsi untuk mengurangkan tanda penuaan. Tepung beras mengandungi ferulic acid, iaitu sejenis anti-oksidan yang membantu menegangkan kulit yang kendur, menghalusi garis-garis halus di wajah, serta membuat kulit terasa lembap.

Tepung beras juga sangat kaya akan vitamin B yang mampu untuk meregenerasi sel-sel wajah serta melawan proses penuaan kulit. Tidak hanya itu, dengan penggunaan masker tepung beras secara konsisten juga, ia berfungsi untuk mempertahankan elastisitas supaya kulit tampak segar dan sentiasa awet muda!

 

IKLAN