Wanita dan solekan mana boleh dipisahkan. Paling tidak pun jika keluar rumah, jika malas hendak bersolek pun, ukup sekadar sapu bedak dwi cara dan sedikit calitan lipstik pada bibir. Rasa kurang berkeyakinan pula jika keluar dengan wajah yang kelihatan pucat lesi dan tidak bermaya.

Tidak dapat dinafikan solekan amat membantu menaikkan seri wajah seseorang wanita. Maka sebab itulah wanita perlu rajin meluangkan sedikit masa untuk membaca dan membuat pemerhatian tentang item solekan sebelum digunakan.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Mungkin anda biasa mendengar tentang Beauty Balm/Blemish Balm (BB), Colour Correcting Cream (CC) dan Dynamic Do Cream (DD) bukan? Ketiga-tiga produk solekan ini mempunyai perbezaan antara satu saa lain namun masih ramai yang keliru.

Berikut perkongsian Herry Rozular

IKLAN

Perbezaan antara Beauty Balm/Blemish Balm (BB), Colour Correcting Cream (CC) dan Dynamic Do Cream (DD)

Tipulah kalau korang tak pening kan? BB la CC la, DD la padahal kalau picit sama je pun nampak keluarnya. Sama juga nampak dgn foundation. Pening kan kan? Ha takyah pening2. Abam explain sini. Jangan lupa share biar semua tahu beza dia okay!

IKLAN
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

1)BB Cream (Beauty Balm/ Blemish Balm)
= BB cream ni jenis cream yg ringan, dia punya coverage tak heavy kalau nak banding dgn foundation. Biasanya formula BB Cream ni dia akan hydrate kan skin, ada SPF, and biasanya dia ciri2 utk control oil kat skin. BB cream ni mcm sy ckp td, dia pnya coverage light to medium shj so kalau1 nak full coverage BB cream bkn utk awak. So if skin kita parut pn biasa2 tak berapa jelas, boleh grab BB cream. Contohnya kalau dah malam ke rasa nak keluar malaih nak pakai makeup tebal2, BB cream la sesuai even coverage dia tak tebal, tapi okay la tu nk elak muka nampak kusam dri tak pakai pape. Dulu2 BB Cream ni biasanya sesuai utk oily n combination skin tp skrg dah ada utk all skin type/dry skin. So sebelum beli please read the label dlu ye sayang?

2)CC Cream (Colour Correcting Cream)
CC Cream bermaksud Colour Correcting Cream, dia provide extra coverage kalau nak compare dgn BB cream, so incase kalau awak ada parut yg byk, jeragat or redness CC cream yg awak patut pakai. Disebabkan CC Cream ni coverage dia extra skit dri BB cream so texture dia agak pekat n heavy skit dri BB Cream. Senang cakap, ibarat CC Cream ni kita pakai dia je then yg tak perfect kat skin kita mcm dark circle, parut ke or any imperfections lain tu kita takyah pakai concealer/colour corrector dah.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

3) DD Cream (Dynamic Do Cream)
DD cream ni texture dia sama mcm BB cream, and ada juga particles Colour Correcting mcm CC cream. DD cream sesuai dgn mature skin. So kalau skin kita pnya concern berkaitan anti ageing, umur dah 40 ke atas, DD Cream la patut korang pilih instead of BB or CC cream. So DD cream ni kalau nak fight fine lines dan anti ageing this one for you.

HIJABISTA: Buat hijabi yang gear bersolek tidak salah untuk membuat sedikit ‘kajian’ tentang sesuatu jenis produk solekan. Barulah solekan pada wajah nampak sempurna tetapi dalam masa yang sama masih kelihatan natural.

Sumber kredit: Herry Rozular