Imam Panik Bila Mikrofon Tak Berbunyi, Mujur Ada Pakcik Jadi Penyelamat Keadaan!

Share

Apabila berlakunya masalah teknikal seperti mikrofon imam tidak berfungsi di masjid, pastinya akan menimbulkan situasi panik buat barisan jemaah di belakang kerana dikhuatiri tidak mampu mengikuti bacaan daripada imam tersebut.

Mungkin itulah yang dirasai oleh Furqan Fawwaz

yang melalui pengalaman yang mendebarkan buat dirinya apabila mikrofonnya tidak kedengaran sewaktu dia menjadi imam solat tarawih pada Ramadan pertama yang lalu.

Menerusi hantarannya di laman instagram, pemuda berusia 23 tahun ini tidak sedar akan situasi itu dan mujurlah seorang pakcik yang juga bilal masjid berkenaan telah menolongnya menghidupkan semula mikrofon tersebut.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan bilal tersebut dan mendoakan kesejahteraannya.

Selain itu, ramai juga yang kagum dengan Furqan yang merupakan seorang penyanyi nasyid ini kerana mampu menjadi imam yang baik pada usia yang muda.

sumber: instagram @furqanfawwaz

IKLAN