Ramai antara dari kita yang suka mengenakan solekan ‘natural‘ ataupun no-make up look untuk dapatkan wajah yang kelihatan sihat tanpa solekan yang heavy. Tapi siapa tahu sebenarnya ianya bukan sekadar solekan sahaja.

Hari ini kita akan rungkaikan beberapa cara untuk anda dapatkan kulit wajah yang cantik tanpa solekan! Barulah orang puji kita kelihatan lebih menawan dan berkarisma tanpa bantuan make up!

Artikel berkaitan: Nak Cantik Tak Perlu Sampai 14 Langkah, Doktor Ini Kongsi 3 Tip Jaga Wajah Cara Straight Forward

Cantik Tanpa Gunakan Solekan!

Ada beberapa tip yang dikongsikan oleh Fit & Happy Girls, yang boleh anda ikuti untuk dapatkan wajah yang lebih rapi dan tampak bersiap!

1. Kemaskan kening anda!

Sumber dari Canva

Bukan cukur kening ya sis! Kami menyarankan untuk anda kemaskan bulu kening dengan brow-mascara atau gel mascara untuk berikan satu efek kemasan yang lebih rapi. Barulah kening yang togel kelihatan lebat atau kening yang berserabut kelihatan lebih teratur tersusun di muka.

IKLAN

2. Gunakan pelembap bibir yang berwarna

Sumber dari Canva

Seperti namanya, pelembap bibir berfungsi untuk berikan kelembapan yang cukup untuk permukaan bibir anda. Tapi jangan pula gunakan yang tiada warna kerana ia akan membuatkan bibir anda kelihatan pucat. Pakai pelembap bibir yang ada sedikit warna natural, barulah kelihatan mungil dan cantik.

3. Pakai sunscreen!

Sumber dari Canva

Sudah 2023, kenapa ada yang malas gunakan sunscreen? Mungkin sekarang anda rasa leceh untuk menggunakan sunscreen dalam kehidupan seharian kerana mahu cepat atau tidak mahu ‘memudaratkan’ kulit.

Apa yang anda kena faham, sunscreen banyak membantu melindungi kulit dari terdedah pada sinaran matahari yang boleh berikan kesan-kesan tompok gelap di muka. Malah, ia juga boleh menghalang kesan penuaan, dengan itu bolehlah anda kekalkan keremejaan meski pun melanjut usia.

IKLAN

Artikel berkaitan: Nak Wajah Nampak Cantik Berseri? Ikuti Asas Penjagaan Kulit Yang Dikongsi Gadis Ini

4. Minum air masak!

Sumber dari Canva

Ya, minum air masak memang menjadi satu kelaziman dan sudah biasa kita dengar dalam penjagaan kecantikan kulit. Seperti yang kita tahu badan kita mengandungi sebanyak 70% air, jadi jika kurang air boleh menyebabkan badan dehidrasi.

Jadi untuk lebih tampil cantik tanpa solekan, anda perlu minum air mencukupi untuk kekal hidrasi. Tambahan, ia boleh menjauhkan diri anda dari masalah kulit yang boleh berlaku seperti kulit kering sehingga menggelupas.

IKLAN

5. Pastikan rutin kecantikan anda terjaga!

Sumber dari Canva

Jika minum dah cukup dan sebagainya, anda perlu pastikan penjagaan kulit wajah juga terjaga. Rutin kecantikan harus diutamakan serta menjadi kewajipan dalam menjaga keremajaan anda dari masalah-masalah kulit seperti jerawat.

Sumber: Fit & Happy Girls

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI