Ikon FESYEN Vivy Yusof Kongsi Tip Mudah Nak Pakai Tudung PUTIH Supaya Nampak STAILO & Tak Comot

Share

Tidak semua hijabi sesuai dan berani menggayakan hijab warna putih. Bagi mereka putih cepat kotor dan agak sukar untuk menjaganya dengan baik. Namun bagi Pengasas Bersama FashionValet dan pemilik jenama dUCk Scarves, Datin Vivy Yusof gemar sekali memilih warna putih dan memadankannya dengan busana bersesuaian.

Kekerapan beliau yang bijak memadankan tudung warna putih dengan busana lain menyebabkan ramai tertanya-tanya apa tip yang boleh dikongsi bersama dengan hijabi di luar sana.

Vivy Yusof yang semakin jelita dan berseri sejak mengandung anak ketiga ini tidak lokek berkongsi petua bagi mereka yang gemar memilih hijab putih untuk menutupi mahkota. Beliau ditemui ketika majlis Pembukaan Butik Fizikal Yang Ketiga dan Terbesar di sebuah pusat beli belah.

TIP MENGGAYAKAN TUDUNG BERWARNA PUTIH:

1. Jauhkan anak dari tudung anda.

2. Pakai innner putih kerana lebih nampak elok dan konsisten.

3. Pilih baju warna polos.

4. Apabila makan perlu lebih berjaga-jaga.

5. Kalau sesiapa nak cium, jauhkan diri sedikit kerana boleh elakkan mekap yang dipakai.

VIDEO PENUH:

VIVY YUSUF IN LOVE WITH WHITE HIJAB

1. Ringkas Tapi Stailo

2. Lembut Padanan Warna Pastel

3. Berani Bergaya

4. Paduan Bersama Denim

5. Bring It On GIRLS

6. Ringkas & Menawan

7. Hitam Putih Kehidupan

8. Bermain Dengan Jalur

9. Suntikan Reben

10. You Never Walk Alone

KREDIT FOTO: INSTAGRAM VIVY YUSOF

IKLAN