Ibu Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Terus Menyusukan Anak, Hebatnya Kuasa Allah

Share

Susu ibu keperluan terbaik kepada setiap bayi sejak dilahirkan sehingga menjangkau usia dua tahun.

Kelahiran seorang bayi sehingga menjangkau usia dua tahun ternyata satu tempoh yang kritikal bagi menggalakkan pertumbuhan optimum, kesihatan dan perkembangan tingkah laku.

Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak, semua bayi perlu disusukan dengan susu ibu saja bermula detik kelahiran sehingga berusia enam bulan.

Makanan pelengkap perlu diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun.

Penyusuan susu ibu yang diberikan kepada bayi bukan saja memberi kesan positif kepada bayi itu sendiri, malah mendatangkan kebaikan besar kepada ibu terbabit.

Namun bagi ibu yang sudah dijangkiti #covid19 adakah mereka masih boleh menyusukan anak mereka tanpa menjangkitkan wabak tersebut kepada anak-anak?

Berikut makluman khas dari Pusat Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

COVID-19 TIDAK MENJANGKITI MELALUI SUSU IBU

IBU PERLU GUNA MASK DAN CUCI TANGAN DENGAN TEKNIK YANG BETUL

Sekiranya keadaan ibu yang dijangkiti #covid19 semakin teruk, ibu dinasihatkan untuk memerah susu ibu dan susu tersebutkan diserahkan kepada orang yang sihat supaya dapat diberikan kepada bayi.

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik dalam pelbagai situasi.

Sumber kredit: National Lactation Centre

IKLAN