Ibu Pergi 3 Hari Sebelum Hari Ibu, Gadis Ini Beri Hadiah Buat Semua Mak Ciknya Sebagai Penghargaan

Share

Hari Ibu yang disambut pada setiap bulan Mei diraikan bagi menghargai insan yang sangat disayangi dan bermakna dalam hidup iaitu ibu kita. Namun, tidak semua berpeluang meraikannya bersama ibu tercinta kerana ada yang terlebih dahulu sudah dijemput Sang Pencipta.

Di laman Twitter, Eisya Azlan

telah berkongsikan kisahnya yang sedih apabila ibunya telah pun meninggal dunia tiga hari sebelum Hari Ibu.

Bagi melepas rindu yang tiada berpenghujung, dia melakukan insiatif tersendiri dengan memberikan hadiah buat semua ibu saudaranya sempena Hari Ibu yang lalu.

Saya lihat ramai yang mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu mereka. Selamat Hari Ibu, ibu. Dia telah meninggal dunia tiga hari yang lepas jadi saya melakukan sedikit kejutan dengan memberikan hadiah kepada semua ibu saudara saya. Rindunya dekat ibu. Semoga ibu tenang di sana. Terima kasih untuk segalanya.

 

Al-fatihah untuk arwah ibunya.

Ramai netizen yang turut tersentuh apabila membaca perkongsiannya ini. Mereka turut berharap Eisya terus tabah menjalani kehidupan dan mendoakan agar arwah ibunya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah, amin.

Di samping itu, ada netizen yang turut berkongsi kisah yang sama dengan Eisya. Moga roh ibu mereka juga turut dicucuri rahmat daripadaNya.

kredit: twitter @eisyazln

IKLAN