Hari Ibu yang disambut pada setiap bulan Mei diraikan bagi menghargai insan yang sangat disayangi dan bermakna dalam hidup iaitu ibu kita. Namun, tidak semua berpeluang meraikannya bersama ibu tercinta kerana ada yang terlebih dahulu sudah dijemput Sang Pencipta.
Di laman Twitter, Eisya Azlan telah berkongsikan kisahnya yang sedih apabila ibunya telah pun meninggal dunia tiga hari sebelum Hari Ibu.
Bagi melepas rindu yang tiada berpenghujung, dia melakukan insiatif tersendiri dengan memberikan hadiah buat semua ibu saudaranya sempena Hari Ibu yang lalu.
Ads
Saya lihat ramai yang mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu mereka. Selamat Hari Ibu, ibu. Dia telah meninggal dunia tiga hari yang lepas jadi saya melakukan sedikit kejutan dengan memberikan hadiah kepada semua ibu saudara saya. Rindunya dekat ibu. Semoga ibu tenang di sana. Terima kasih untuk segalanya.
Ads
Al-fatihah untuk arwah ibunya.
Ramai netizen yang turut tersentuh apabila membaca perkongsiannya ini. Mereka turut berharap Eisya terus tabah menjalani kehidupan dan mendoakan agar arwah ibunya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah, amin.
Ads
Di samping itu, ada netizen yang turut berkongsi kisah yang sama dengan Eisya. Moga roh ibu mereka juga turut dicucuri rahmat daripadaNya.
Suka melihat penampilan terkini pelakon Amyra Rosli yang tetap maintain cantik dan langsing walaupun sudah hampir setahun bergelar ibu. Ternyata isteri kesayangan Amar Baharin ini bijak memastikan dirinya tetap langsing biarpun kini sibuk menguruskan rumahtangga. Namun sebenarnya pelakon ini pernah berdepan dengan masalah gastritis yang teruk hingga menyebabkan perut rasa pedih dan membuatkannya tidak rasa selesa.
Menurut Amyra sakit ini bukan baru dialami tetapi sejak dia masih bersekolah menengah lagi. Malah dia juga pernah buat pemeriksaan dengan doktor memasukkan kamera dan juga scan bahagian dalam perutnya itu.
“Tapi tiada apa yang serius. Tida ulser. Cuma bila sakit ini datang perut akan jadi pedih dan akan kacau kerja-kerja yang sedang dilakukan.
“Biasanya kalau kena Myra akan rehat sekejap dan lama kelamaan akan hilang sendiri. Untuk elak berlaku, Myra tak boleh lambat makan atau ambil pemakanan pedas,” ujar isteri kesayangan kepada Amar Baharin ini.
Tambah Myra lagi, cara terbaik untuk mengelak sakit ini berulang adalah dengan menjaga pemakanan dan dengan berpuasa.
Apabila dia berpuasa, jarang sekali akan mengalami sakit perut. Walaupun begitu dia juga seorang yang suka makan cuma akan kontrol pengambilannya seperti tidak ambil makanan pedas.
Dia yang ditemui ketika majlis ‘Moments in The Kitchen bersama Amar & Amyra’ dianjurkan oleh Panasonis mengakui enjoy dengan pengalaman memasak yang dianjurkan itu.
Dalam majlis itu kedua personaliti popular ini berkongsi kegembiraan dan keseronokan menyediakan ‘Cake in Full Bloom’, kek gubahan bunga-bungaan segar menggunakan Panasonic Electric Oven bersama rakan media dan KOLs terkenal.
“Myra memang suka memasak. Tapi ikut mood masak masakan kampung atau western. Kalau ikut Amar dia gemar masakan kampung dan Myra pula lebih kepada ikut angin.
“Dulu pun masa sebelum kahwin memang Mira pikul tanggungjawab sebagai anak sulung ddan menyediakan masakan untuk adik-adik Myra. Kalau tak tahu biasanya Myra akan google dan selalunya resipi berkenaan menjadi,” tambah pelakon utama drama bersiri popular NUR Ramadan lalu.
Ditanya apa rahsia semakin cantik dan kekal langsing setelah melahirkan anak, Myra memberitahu segalanya bermula ketika berpantang tempohari. Sebaik habis pantang 100 hari memang badannya kekal langsing seperti hari ini.
Biarpun letih kerana sibuk menguruskan anak, namun Amyra seronok melalui pengalaman berharga ini. Justeru dia mengurangkan aktkviti lakonan kerana mahu beri perhatian pada anaknya yang masih kecil.
Selain itu pasangan ini juga turut melakukan home workout dan sama-sama bertanggungjawab berat badan mereka sentiasa maintain seperti sebelumnya.
Menurut Amyra dia masih lagi bekerja dan dalam masa sama juga duta untuk beberapa produk.
* Gastritis dikenali oleh kebanyakan orang dengan istilah gastrik. Ia (gastritis) merupakan kerengsaan atau keradangan yang berlaku pada selaput perut (stomach lining) yang menyebabkan ia bengkak dan menimbulkan rasa sakit.
* Simptom-simptom yang dialami ialah rasa sakit pada bahagian atas abdomen sejam selepas mengambil makanan, hilang selera makan, selera makan meningkat (kadang-kadang terdapat makanan yang meredakannya), sakit hulu hati (sakit perut), sering sendawa, perut sebu, loya (kadang-kadang muntah).
* Penyebab dan faktor-faktor risiko untuk penyakit tersebut termasuk penggunaan jangka panjang ubat anti keradangan bukan steroid (nonsteroidal anti-inflammatory drugs, NSAIDs), jangkitan bakteria Helicobacter Pyroli, merokok dan minum alkohol. Penyebablain pengambilan makanan proses, masa makan tidak menentu, buah sitrus, kafeina, makanan berempah, lahan makanan, kesensitifan makanan (food sensitivities serta juga dikatakan sebagai penyebab.
* Selain mengenal pasti punca, langkah mengambil makanan yang sesuai dan mengelakkan daripada mengambil makanan yang memburukkan lagi gastritis dan ulser adalah amat penting.
* Makanan/minuman yang sesuai untuk sesetengah penghidap gastritis dan ulser perut termasuk sayur-sayuran rebus (lobak, lobak putih, lobak bit, saderi, bayam Eropah; kecuali sayur-sayuran yang memburukkan simptom), pisang masak, nasi, telur rebus (sekadar beku kuningnya), roti tidak ceruh (kuantiti kecil), sup ayam, pear (kuantiti kecil), yogurt, kefir dan sup sayur.
Makanan/minuman lain ialah teh chamomile, teh chrysanthemum, teh pegaga, minyak zaitun ekstra dara (extra virgin), ikan, ayam, kacang gajus, badam (mentah) dan pasta semolina (dengan ayam atau makanan laut dan sayur-sayuran). Manakala buah-buahan kering seperti pic, aprikot, kismis dan tin juga sesuai pada kuantiti kecil.
Bukan senang untuk menurunkan berat badan. Tetapi tiada yang mustahil jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan yakin. Seperti perkongsian gadis ini di laman twitter. walaupun hanya berjaya lenyapkan 10 kg, tetapi sudah cukup memberi maksud mendalam pada dirinya. Dari 60 kg, kini gadis yang mengunaka nama akaun kind memiliki berat 48 kg. Kisahnya cukup beri inspirasi untuk mereka yang terlebih makan raya nanti dan cara terbaik untuk turunkan berat lepas Syawal nanti.
Ayuh ikuti thread yang dikongsi di laman twitternya. Perkongsian di medium sosial ini mendapat lebih 5 ribu retweet menggunakan cara yang cukup mudah tetapi dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehadiran cahaya mata sememangnya dinanti oleh setiap pasangan suami isteri. Cuma cepat atau lambat sahaja, bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika kita dikurniakan zuriat, bersyukurlah kerana masih ada orang di luar sana yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya.
Tetapi lain pula yang jadi kepada pasangan suami isteri ini. Naime dan Alper Tamga telah dikurniakan seorang bayi yang sungguh comel dan menjadi rakyat pertama Austria dilahirkan pada tahun 2018. Tetapi, kegembiraan mereka itu tidak berpanjangan kerana mereka telah dikecam dan dihina pengguna media sosial dengan komen perkauman yang agak serius.
Bayi bernama Asel Tamga itu telah dilahirkan pada 1 Januari 2018 dan kelahirannya itu telah disiarkan melalui media tempatan dan Facebook. Di dalam gambar tersebut, dilihat Naime dan Alper Tamga tersenyum gembira sambil mengendong bayinya itu dan ibunya memakai tudung.
Menurut Daily Mail, selain ribuan ucapan tahniah, terdapat segelintir individu yang melemparkan komen berbaur perkauman yang mengecam ibu bapa ini.
Seorang pengguna telah menulis: “Seorang lagi bakal pengganas lahir.”
Pengguna lain turut menulis: “Ibunya ada barah? Kenapa dia pakai tudung tutup kepalanya?”
Disebabkan hal ini menjadi semakin serius, Presiden Austria, Alexander Van der Bellen, 73 tahun, terpaksa masuk campur dalam hal ini. Beliau turut berkongsi berita kelahiran bayi ini di laman Facebook beliau dan mengutuk pengguna yang memberi komen negatif.
Ujarnya: “Semua manusia dilahirkan bebas, mempunyai hak yang sama serta maruah.”
“Keyakinan dan perpaduan lebih hebat berbanding kebencian dan kecaman.”
Malahan menurut media tempatan, kecaman yang diterima terlalu banyak hingga menyebabkan Facebook memadamkan berita tersebut.
Hijabista berasa sungguh simpati dengan berita ini di mana bayi yang tidak bersalah dikecam sebegitu rupa.
Manakala di laman Facebook Harian Metro Online pula, rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dengan tindakan Presiden tersebut dan bersimpati dengan ibu, bapa dan bayi tersebut. Namun, terdapat juga segelintir netizen berpendapat tiada beza Malaysia dengan Austria kerana kebanyakan rakyat Malaysia juga bersikap racist. Anda setuju ke?
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.