‘Ibu, Ini Rumah Kita’- Lama Berhajat, Impian Wany Hasrita Untuk Beli Rumah Sendiri Tercapai

Share

Setelah sekian lama menyimpat hasrat, impian penyanyi terkenal iaitu Wany Hasrita untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai apabila dia menerima kunci rumah pertamanya baru-baru ini.

Melalui laman instagramnya, penyanyi lagu Canggung itu meluahkan rasa syukur kerana akhirnya doanya itu dimakbulkan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay. Tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan. ❤️

Bukan itu sahaja, Wany turut membuat house tour
bersama ibunya, Norita Jaafar di laman YouTubenya yang kini sudah mencecah lebih 100 ribu pengikut.

“Ini adalah tanggungjawab, jangan suka sangat ya. Tak besar, tapi cukuplah untuk saya dan ibu saya,” jelasnya.

IKLAN