“I Love You Bapak. Bapak Pergi Dulu”- Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia

Share

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi khabar yang mendukacita apabila memaklumkan bahawa bapanya yang tercinta, Ibrahim Lew,84, telah meninggal dunia pada hari ini.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.

Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..

Beberapa hari lepas, Ebit telah berkesempatan melawat bapanya di hospital yang menghidap kanser hati di tahap terakhir. Beliau juga sebelum ini pernah memaklumkan bahawa keadaan kesihatan bapanya telah merosot sejak awal tahun yang lalu.

 

Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah bapanya. Moga kuburnya dilapangkan dan arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Amin Ya Rabb.

IKLAN