Mungkin ada di antara kita yang mempunyai keinginan untuk mewarnakan rambut. Namun, mungkin kita musykil atau keliru mengenai hukumnya dari segi Islam. Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak. Jadi yang mana satu ya?
Bagi menjawab persoalan ini, perkongsian Iman Danial @dr_mandan di twitter mungkin boleh merungkai kekeliruan mengenai mewarnakan atau dye inai rambut ini. Mari kita lihat perkongsiannya.
Pada mulanya, hukum asalnya ialah harus.
Asalnya mewarnakan rambut dengan warna hitam tidak boleh.
Takut menimbulkan fitnah kepada masyarakat.
Ads
Bolehkah warna rambut selain dengan inai dan katam ?
Sahkah wudhu dan mandi wajib jika dye rambut?
Ads
Wanita dapat pahala jika mewarnakan rambut jika suami mereka sukakannya.
Untuk lelaki, pilihlah warna yang berpada dan tidak aneh.
Ads
Dilarang jika menimbulkan fitnah.
Perkongsian ini bukan untuk mempromosikan dye rambut tetapi sekadar ingin berkongsi pandangan.
Jangan buat sesuatu hingga menjatuhkan fitnah.
Harus memikirkan persepsi dan pandangan masyarakat sebelum membuat sesuatu perkara.
Diharap perkongsian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang bermain di minda anda. Sama-samalah kita baiki diri kita ke arah yang lebih baik dan ke jalan yang diredhai Allah.
sumber foto :Jazeerat El Rahah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sewaktu menghadiri persidangan Islamik di Washington, seorang gadis muslim iaitu Shaymaa Ismaa’eel,24, telah melalui sekumpulan puak protes yang menunjukkan kebencian mereka terhadap Islam secara terang-terangan. Puak ini juga menjerit kepada Shaymaa dan rakan-rakannya dengan mengatakan yang mereka akan ke neraka.
Tidak melatah, Shaymaa sebaliknya berposing di hadapan mereka dan mengambil gambar sambal membuat lambing ‘peace’.
Menurutnya, dia mahu mereka (puak protes) melihat senyuman di wajahnya dan melihat betapa bahagianya dia menjadi diri sendiri dan boleh berjalan ke mana sahaja sebagai seorang gadis muslim dengan bangganya.
“Saya mahu tunjukkan pada mereka bahawa kita akan terus melakukan kebaikan dan menyebarkan kasih kasih kepada semua,” jelasnya.
Persidangan yang dihadiri olehnya ialah Islamic Circle of North America (ICNA), sebuah persidangan yang didedikasikan bagi mempromosikan Islam di Amerika Syarikat yang sentiasa menarik ribuan pengunjung pada setiap tahun.
“Wajah saya bercahaya apabila melihat mereka. Ini semua kerana saya mahu mereka melihat kegembiraan saya. Saya Cuma harap mereka dapat rasa kebahagiaan yang sedang disampaikan sewaktu dalam persidangan daripada membuat protes di luar ini dengan penuh kebencian”.
Tambahnya lagi,ramai rakannya yang mengenakan hijab telah diganggu di kawasan kejiranan rumah mereka. Ini membuatkan dia dan rakan-rakannya merasa tidak selamat. Sebelum ini, Shaymaa juga pernah mengambil gambar bersama puak protes yang lain namun gambar terbaru ini memberikan makna yang berbeza berikutan terjadinya kes penembakan di masjid di New Zealand baru-baru ini.
“Hari ini kita tidak perlu hidup dalam ketakutan lagi. Hari ini kita semakin sedar mengenai segala susah-payah kita dan kita akan berdiri mempertahankan diri,” jelas Shaymaa.
Pengeluaran khas caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau i-Sinar adalah langkah tepat bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. i-Sinar adalah antara inisiatif di bawah Bajet 2021 yang membolehkan ahli KWSP yang belum mencapai usia 55 untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 mereka bagi tujuan kelangsungan hidup.
Sebelum ini ia hanya boleh dikeluarkan apabila ahli KWSP mencapai usia 55 tahun sahaja.
Namun ketika penularan pandemik Covid-19 dan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada Mac tahun lalu, ramai hilang sumber pendapatan selain ada diberhentikan kerja.
Namun timbul persoalan adakah wang yang dikeluarkan daripada akaun KWSP perlu dikenakan zakat. Berikut pencerahannya.
SOALAN:
Saya ingin bertanya tentang wang simpanan KWSP. Kalau kita keluarkan wang sebanyak sepuluh ribu ringgit (RM10,000) adakah wajib keluarkan zakat? Ada orang berkata keluar RM10,000 tidak kena zakat sebab tidak sampai nisab maka tidak wajib keluarkan dan ada yang kata wajib keluarkan zakat. Saya hendak kepastian mana satu yang betulnya? Kalau wajib keluar zakat berapakah jumlah zakat yang wajib dikeluarkan dan bolehkah kita beri kepada anak yatim?
JAWAPAN:
Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan zakat apabila dikeluarkan oleh pemiliknya dengan syarat wang simpanan tersebut telah cukup haul iaitu sampai setahun dan telah sampai nisab iaitu lebih kurang RM20,000 sebelum dikeluarkan.
Perlu diketahui bahawa jumlah nisab adalah berubah-rubah mengikut naik turunnya harga emas dipasaran dan jumlah nisab boleh diketahui dengan tepat dengan menghubungi pejabat yang menguruskan zakat.
Dan jumlah zakat yang wajib dibayar ialah 2.5% dari jumlah wang yang dikeluarkan.
Jika wang simpanan tersebut sebelum dikeluarkan jumlahnya tidak sampai nisab misalnya berjumlah RM15,000 sahaja kemudian dikeluarkan RM10,000 maka tidak dikenakan zakat.
Jadi jika wang simpanan sebelum dikeluarkan telah sampai RM20,000 (jika nisabnya sebanyak ini) atau pun lebih kemudian pemiliknya mengeluarkan sebanyak 10 ribu ringgit maka wajib dibayar zakat sebanyak 2.5% dari RM10,000 tersebut maka zakatnya ialah 10,000 x 2.5% = 250
Maka zakat yang wajib dibayar olih penyoal yang telah mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 itu ialah RM250. Dan jika wang yang dikeluarkan hanyalah RM100 maka zakat yang wajib dibayar ialah RM2.50.
Zakat wajib diberikan kepada asnaf-asnaf zakat seperti faqir miskin dan muallaf dan seumpamanya. Anak yatim tidak termasuk asnaf zakat olih itu siapa yang memberikan zakatnya kepada orang yang bukan asnaf nescaya zakatnya itu tidak sah dan wajib dia keluarkan sekali lagi kepada asnaf yang betul.
Pernah merasa hidup susah dahulu menyebabkan juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin, nekad berusaha bagi mengubah nasib dia dan keluarga.
Jelas Mila, hasratnya untuk menyambung pengajian di menara gading terpaksa dilupakan kerana keadaan keluarganya yang susah pada masa itu.
“Saya anak sulung dalam keluarga dan ibu bapa pula bekerja biasa dengan pendapatan kecil. Bapa saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan aktiviti lainnya, turut memungut tin di tepi jalan.
“Saya sendiri ada pengalaman ikut bapa pungut tin, memang kasihan. Ibu pula bekerja di kilang untuk bantu pendapatan bapa bagi menyara kami sekeluarga.
“Malah, pernah satu ketika atap rumah kami berlubang, bocor dan rosak akibat tak dapat diganti kerana tiada duit. Bila hujan, basah satu rumah dan itu sangat menyedihkan saya,”jelasnya yang merupakan pemilik syarikat Bizmilla itu.
Ujarnya, kehidupan yang susah itu banyak mengajarnya untuk bangkit dan berusaha memajukan diri. Dia juga pernah bekerja di kilang sebelum menyertai Akademi Fantasia pada tahun 2007.
“Namun, kejayaan menjulang trofi juara AF5 sangat membantu saya untuk mengubah nasib keluarga. Dengan populariti diraih ketika itu, saya dapat memberi keselesaan pada ibu bapa dan adik-beradik.
“Apapun, saya terfikir juga sampai bila akan jadi penyanyi dan terus popular. Justeru, sedikit demi sedikit melalui simpanan dibuat, saya mula berniaga.
“Alhamdulillah, mujur bertemu suami saya, Isz Mustapha, ketika itu yang bertindak sebagai pengurus dan dia banyak membantu dengan mengajar saya selok-belok berniaga,” katanya.
Pada mulanya, dia berniaga secara kecil-kecilan selepas menyertai AF5 dan empayar perniagaannya dalam industri perkahwinan pula mula dibina sekitar 2013 lalu.
Jelasnya, kini dia bersyukur selepas tujuh tahun perniagaan Bizmilla dibina, ia sudah dikembangkan kepada tiga cawangan iaitu di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.
Tambah Mila lagi, Bizmilla juga sekarang mempunyai 18 dewan yang boleh digunakan untuk majlis perkahwinan dengan menyediakan beberapa pakej menarik untuk pelanggan.
“Apapun, kejayaan dimiliki saya kini adalah atas doa ibu bapa dan usaha. Namun, saya juga berterima kasih kepada semua pekerja yang banyak membantu dan hingga kini masih setia bersama,” katanya.
Bukan itu sahaja, Mila juga sedang dalam proses mengembangkan lagi perniagaannya di bahagian perkhidmatan dan bakal memperkenalkan pembelian dan penghantaran makanan secara dalam talian tidak lama lagi.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.