Percintaan jarak jauh sering memberikan kesukaran buat ramai pasangan di luar sana. Banyak juga kes-kes dan terputusnya hubungan kerana percintaan ‘LDR’ (Long-distance relationship).
Sis! Tak semua percintaan itu semudah 1,2, dan 3, sudah tentunya ada cara yang boleh anda rapatkan hubungan meski pun berjauhan. Jom kita cuba beberapa cara ini untuk rapatkan serta menambahkan lagi kemeriahan dalam percintaan.
Word of Affirmation (kata-kata)
Sumber dari Canva
Bahasa cinta atau kata-kata yang meluahkan perasaan anda kepada pasangan. Dengan ‘Love Language‘ ini, pasangan anda akan lebih rasa menghargai meski pun anda bukanlah seorang individu yang suka menunjukkan isi hati.
Kata-kata itu bukanlah sekadar ‘I love you’ tapi boleh juga dengar bertanya khabar dan cuba berkongsi pendapat jika mereka sedang hadapi masalah. Ini juga akan merapatkan lagi hubungan serta toleransi anda dalam satu perhubungan.
Ads
Act of Service(Layanan)
Sumber dari Canva
Berbeza sedikit dari ‘Word of Affirmation‘, Layanan atau ‘Act of Service’ merupakan satu layanan anda kepada pasangan secara spontan tanpa mereka ketahui. Ini merupakan satu elemen yang ramai gemar kerana sifat keterujaan dan ingin tahu.
Boleh sahaja anda berikan sesuatu barangan atas talian seperti hadiah atau apa-apa buat pasangan anda. Boleh juga memesan makanan untuk mereka yang membuatkan pasangan anda lebih rasa di hargai.
Perhubungan jarak jauh sudah tentu mempunyai perbezaan masa yang ketara. Sebagai contoh, pasangan anda lebih banyak masa terluang ketika siang, anda pula lebih banyak masa ketika waktu malam.
Ads
Jadi, cuba luangkan masa yang walaupun singkat dengan sepenuh hati anda bersama pasangan. Dari situ, anda lebih memahami konsep masa yang terluang itu dengan lebih bermakna dan manfaat.
Bentuk kening yang betul boleh membuatkan anda kelihatan bagaikan ratu sehari. Ia juga membantu menonjolkan ciri wajah anda. Walau bagaimanapun, sebelum mencabut kening, anda harus mengetahui semua tentang bentuk kening yang berbeza dan yang mana satu yang mungkin sesuai dengan anda.
Setiap orang mempunyai cerita kali pertama mereka mencabut kening secara berlebihan atau memberi mereka lengkungan dramatik. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda mengetahui tentang bentuk yang sesuai, anda boleh memamerkan kening anda dengan bergaya. Anda pasti terkejut apabila mengetahui bentuk muka memainkan peranan penting dalam menjadikan kening anda kelihatan elegan dan begitu juga sebaliknya. Jom, teruskan membaca untuk mengetahui bentuk kening yang paling sesuai dengan bentuk muka anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Terdapat beberapa bentuk kening, kening penuh dengan lengkungan yang lebih tinggi, kening nipis dengan lengkungan yang lebih tajam, kening lurus, lengkungan lembut dan terdapat banyak pilihan. Berikut adalah tiga perkara yang perlu anda ingat semasa membentuk kening anda:
Terdapat banyak bentuk muka, seperti bulat, berlian, persegi, bujur, jantung dan bujur. Sesetengah bentuk kening berfungsi lebih baik dengan bentuk muka tertentu. Ketahui bentuk kening yang lebih rata, bentuk muka yang mana di bawah.
Bentuk Muka: Muka bulat lebar di pipi. Bentuk muka ini lebih bulat dengan garis rahang yang lembut.
Bentuk Kening: Kening yang tajam dan bersudut menambah definisi pada muka bulat. Pastikan anda menggunakan kening yang penuh dan tebal jika anda mempunyai muka yang lebih besar kerana ia berpasangan dengan baik dengan dahi dalam dan tulang pipi luar. Jika anda mempunyai wajah yang lebih kecil, pilihlah kening yang lebih nipis.
Bentuk Muka: Muka bujur adalah lebar di tulang pipi dengan panjang muka yang lebih besar. Muka bujur kelihatan lebih berbentuk telur kerana tidak selebar muka bulat.
Bentuk Kening: Perkara terbaik tentang wajah bujur ialah sebarang jenis bentuk kening sesuai dengan bentuk wajah ini. Wajah bujur cenderung lebih seimbang atau simetri dan berfungsi dengan semua bentuk kening.
Bentuk Muka: Muka anda lebar di dahi dan sempit di rahang.
Bentuk Kening: Kening dengan lengkungan lembut dan ketebalan penuh kelihatan hebat dengan wajah berbentuk hati. Ketebalan penuh berfungsi dengan baik dengan dahi yang lebih lebar. Gerbang lembut mengalir dari dahi ke garis mata dengan lancar dan tanpa kelihatan terlalu dramatik.
Bentuk Muka: Lebar dahi dan permulaan rahang hampir sama saiz. Walaupun dagu semakin nipis, ia masih lebih lebar dan lebih bersudut daripada bentuk muka biasa.
Bentuk Kening: Set gerbang melengkung sedikit tinggi sesuai dengan muka persegi. Ketinggiannya menambahkan penampilan memanjang pada wajah. Lengkungan kening melengkung melembutkan garisan muka. Hujung kening tidak boleh diletakkan terlalu rendah kerana ia boleh membuat mata anda kelihatan kuyu.
Bentuk Muka: Sama seperti berlian, bentuk muka ini sempit di bahagian atas dan bawah. Wajah berlian lebih sempit di dagu, lebar di pipi dan sedikit sempit di dahi.
Bentuk Kening: Kening melengkung memberikan dahi anda rupa yang lebih lebar untuk mengimbangi tulang pipi lebar. Padankan ia dengan lengkungan bersudut untuk melicinkan garis muka anda.
Bentuk Muka: Muka bujur adalah panjang dan umumnya kelihatan sempit.
Bentuk Kening: Gerbang lembut atau lurus berfungsi paling baik untuk menjadikan muka bujur kelihatan lebih lebar. Jika anda memilih kening lurus, berikan ia lengkungan yang sangat sedikit dengan hujung lembut. Kening lembut melembutkan sebarang garisan muka yang kasar. Kening yang lebih tebal akan menjadikan dahi anda kelihatan lebih lebar, memberikan penampilan yang lebih berbentuk hati pada wajah bujur anda.
Setelah anda tahu bentuk kening yang akan menyanjung bentuk muka anda, Bagaimana pula untuk memberi sedikit volum pada kening yang nipis. Begini cara anda boleh tebalkan kening anda supaya anda boleh bereksperimen dengan membentuknya!
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak semalam wanita cantik ini dihujani ucapan tahniah dari followernya. Ini gara-gara ucapan sweet suaminya yang mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga. Walaupun sepatutnya pengumuman dibuat setelah perut besar sedikit, tetapi nampaknya Norman Hakim tidak sabar menghebahkan berita yang tidak dijangka itu. Inilah dinamakan berkat ‘honeymoon’ sekali lagi setelah beberapa bulan majlis persandingan yang lalu.
Sebelum ini memang tular di media sosial betapa ‘sweet’nya cinta mereka. Masih inat lagi di mana Norman Hakim memberi kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza dengan membawanya menaiki helikopter. Dan September lalu juga menyaksikan mereka bersanding sekali lagi dengan bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya, Jaiezzany.
Saat itu terpancar kebahagian keluarga ini. Majlis itu turut disambut dengan kehadiran anak-anak mereka (perkahwinan pertama) yang turut merestui majlis persandingan semula itu. Sememangnya keakraban hubungan keluarga ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat luar sana.
Walaupun pernah berlaku kontroversi sebelum itu,tetapi demi anak-anak semuanya sudah dilupakan. Malah hubungan mereka sekeluarga cukup rapat dengan usik mengusik antara satu sama lain.
Dan dua hari salu pastinya berita gembira buat Memey dan Norman Hakim dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga mereka. Nampaknya majlis persandingan semula mereka menjadi kerana dalam tempoh bulan madu itu, keduanya bakal dikurniakan zuriat lagi.
Patutlah sebelum itu kika dilihat di laman IGnya, Memey kelihata berseri-seri. Rupa-rupanya seri ibu mengandung. Dia yang sebelum ini tidak lagi berlakon, tetapi lebih senang menguruskan keluarga di rumah. Dalam masa sama, Memey juga turut mengusahakan butik dan dilantik menjadi duta kepada satu produk.
Walaupun tidak terbabit dalam dunia seni secara aktif, wanita cantik ini tetap sibuk dalam urusan seharian. Memey dilihat senang membesarkan dan mendidik anak-anaknya sendiri di rumah. Dia juga dilihat sangat rapat dengan Abby yang dipanggil kakak. Malah anak-anak Norman turut dianggap sebagai anaknya sendiri.
Ternyata hubungan Memey dan Abby memang cukup baik. Di mana ada Memey dan Norman di situlah juga aka nada Abby bersama suaminya. Gurau senda dan usik-mengusik antara mereka adalah ‘real’ dan yang bukan dibuat-buat.
Sebelum itu, mereka baru sahaja menyambut majlis Maulidur Rasul beserta sambutan hari jadi Abby dengan memanggil pelajar tahfiz di rumah mereka yang memang sebelum ini menjadi rutin bulanan dengan membaca Yasin.
Biarpun tidak berlakon tetapi penampilan Memey tetap dijaga sepenuhnya. Walaupun kadang-kadang foto dimuat turun tanpa mekap, wajahnya tetap cantik dan jelita. Dengan senyuman terpamer di bibirnya menampakkan sifat keibuan dalam dirinya.
Admin doakan kandungan Memey akan selamat hingga saat untuk melahirkan. Moga kehadiran bayi ini nanti memberi rezeki berlipat ganda buat pasangan ‘sweet’ ini.
Jom intai beberapa #OOTD Memey yang sedap mata memandang. Ternyata Memey cukup bijak bergaya dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah walaupun tampil sedikit stailo.
Ramai yang beranggapan jerawat tumbuh di muka kerana ketidakseimbangan hormon atau kerana tidak menjaga kebersihan wajah. Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit. Namun, ketahuilah bahawa kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula dari dalam.
Sejak dulu kita memang selalu perasan ada bintik jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu selain pada titik spot. Biasanya jerawat tumbuh kerana kedatangan haid atau terlalu stress. Namun situasi ini sebenarnya boleh mengundang bahaya yang tidak kita ketahui memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.
Sebaik tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.
Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.
Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidak seimbangan sistem buah pinggang dan nyah hidrat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.
Bahagian atas: Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka. Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu.
Bahagian atas: Uniknya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.
Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.
Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan garam dan kafein.
Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.
[su_label type=”info”] BACA JUGA ARTIKEL INI:[/su_label]
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.