Tomato bukan hanya bahan masakan tetapi juga merupakan bahan yang bermanfaat untuk rawatan kecantikan wajah. Tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri.

Kandungan antioksidan seperti likopena dan zeaxanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas. Biji tomato pula berkhasiat dan mampu merawat pelbagai masalah kulit. Ia melambatkan penuaan.

Berikut perkongsian Arryana Nasution

TIPS!!!
Untuk dapatkan skin flawless, Merawat masalah jerawat dan glowing boleh amalkan masker tomato ni. Yang penting bebas bahan kimia!!! Homemade, lebih diyakini tanpa was-was.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
1- 1 biji Tomato
(Bersihkan tomato dengan air bersih. Kemudian belah tomato menjadi potongan kecil (untuk diblend) untuk sebiji tomato.)

2- Yogurt Asli

3- Kcolly, yang ni pilihan. Kalau nak guna pon boleh tak nak pon tak ape. Tapi yana suka guna sebab bila nak cuci muka tu rasa macam ada biji biji scrub gitu. Time awal period memang stop makan Kcolly kejap tapi boleh je buat masker or scrub.

4- Susu Segar

CARA CARANYA:-
1- Beli je memane kedai yang ada jual yogurt dan tomato. Alah tak sampai pon RM3 tau.

2- Amik satu sudu tepung yogurt, sedikit susu segar tomato dan kcolly. Kemudian letak dalam blender.

3- Blend sehingga lumat, dan lepas tu letak dalam peti ais sekejap dalam 10 minit.

4- Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk. Pakai sampai kering dan kemudian basuh. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.

5- Amalkan setiap hari, dan korang leh nampak kesan dia. Kulit akan makin lembut dan cerah. Jerawat pon dah tak muncul. Kulit kusam pon dah xde. Nak cakap skin macam telur tu tak lah, tapi ia dapat bantu masalah kulit korang yang bermasalah.

Berikut langkah-langkah lengkap pemakaian masker home made daripada tomato.

 

Yana guna yoghurt natural, susu segar, tomato & Kcolly. Kalau nak tambah bahan lain pun boleh, tak ada masalah. Boleh ja nak guna timun, pisang or madu.

 

IKLAN
So makesure blender bersih, tak ada bau cili.. Eh kang, tawa dalam tangisan pula.. Satukan semua bahan & susu sikit ja (agak2 ja ok, jangan banyak sangat nanti tak lekat pula kat muka)

 

Bila dah siap blend bahan tadi boleh letak dalam peti sejuk 10-15 minit.. Barulah nanti bila pakai rasa sejuk nyaman seperti rawatan spa .. ewahh..

 

IKLAN
Pakai mask tadi satu muka. Boleh guna sudu atau brush.. Kalau nak pakai tangan pun boleh tapi comotlah sket.. Pastu dugaan dia jangan jilat plak muka sendiri okeh.. I tau sedap sebab I dah try tadi.

 

Insyaallah boleh amalkan selalu. Hopefully dapat bantu yang ada masalah jerawat atau kulit kering.

Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal-mahal. Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur

Sumber kredit: Arryana Nasution

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI