Setiap kali pergi menonton wayang pastinya popcorn atau bertih jagung menjadi snek wajib. Seakan begitu sinonim dengan aktiviti menonton wayang, popcorn juga menjadi kegemaran golongan dewasa dan juga kanak-kanak ketika bersantai-santai di rumah.
Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini hendak pergi menonton wayang tentulah tidak boleh bukan? Menonton di rumah bersama keluarga juga apa kurang meriahnya apatahlagi sambil menikmati popcorn air tangan sendiri.
Jom Kita cuba buat Honey Caramel Popcorn hasil perkongsian Norien Abdul Wahab.
Cara-caranya:
1- Panaskan periuk atau kuali. Masukkan minyak dan bertih jagung.
2- Tutup periuk atau kuali dengan penutup. Gunakan api perlahan. Biarkan semua bertih jagung kembang menjadi popcorn.
*Jangan buka penutup sehingga semua menjadi popcorn
3- Setelah itu keluarkan popcorn ke dalam bekas lain. Biarkan seketika.
Ads
Bahan Honey Caramel:
125gm mentega
170gm gula Kastor
2 sudu makan madu
Cara-caranya:
1- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak di atas api perlahan.
2- Biarkan sehingga berbuih dan bertukar keperang-perangan. Tutup api.
Ads
3- Bolehlah tuang ke dalam bekas popcorn. Kacau hingga rata.
4- Bolehlah dilerai-leraikan di atas dulang. Biar hingga sejuk. Bolehlah masukkan ke dalam bekas.
HIJABISTA: Senang sangat hendak buat sis. Lagi pun menu air tangan sendiri ini menjadi pengikat kasih sayang seisi keluarga.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang model jelita iaitu Wardina Anuar yang sudah bergelar isteri walaupun baru sahaja berusia 19 tahun.
Berkenalan di sebuah konsert di Indonesia pada tahun lepas, Wardina telah sah menjadi isteri kepada Asyraf Aley,26, pelakon drama Meh Sandar Pada Aku pada 6 Jun yang lalu.
Perkahwinan mereka menjadi tumpuan ramai kerana ia diadakan dalam suasana yang sangat indah biarpun ia berlangsung sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Asyraf, biarpun dalam tempoh PKPB di mana semua langkah terbatas, dia enggan melengahkan hari bahagianya itu.
“Hendak tunggu wabak ini pulih kita tidak mampu menganggar bila. Pada saya, buat apa hendak menangguhkan perkara baik? Apa yang penting bernikah dan majlis persandingan dibuat mengikut adat,” katanya.
Akur SOP ditetapkan, ujarnya hanya 10 orang hadir pada majlis pernikahannya.
“Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis resepsi pada 1 Januari depan. Harap semua urusan itu dipermudahkan,” katanya yang tidak keberatan melepas rindu untuk berlakon jika ada tawaran menarik biarpun sudah tidak aktif sejak tiga tahun lalu.
Rumah yang cantik, teratur dan bersih memang menjadi idaman semua. Lagi-lagi apabila tak perlu mengeluarkan bajet yang besar pun mengemas rumah. Hanya dengan modal serendah dua ringgit dan sedikit kreativiti, kita boleh mendapatkan semua itu.
Mendapat lebih 15 ribu shares, seorang pengguna facebook iaitu Hani Mynis telah berkongsikan caranya untuk menjadikan dapur yang kemas dan sistematik dengan menggunakan barang RM2 sahaja.
Lepas baca tips ini, terus sis dapat banyak idea untuk mengemas rumah. Memang sangat membantu. Tak sabar-sabar nak mengemas lepas balik rumah ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai wanita, kita memang perlu menjaga rutin kecantikan kulit wajah. Namun lambakan pelbagai produk boleh membuatkan kita keliru yang mana satu pilihan terbaik. Dan jika salah pilih produk pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit wajah akan mengakibatkan ketidak selesaan pada kulit wajah, jangkitan kuman, iritasi atau kerengsaan hingga menyebabkan timbulnya jerawat.
Jadi pemilihan produk pencuci wajah yang betul akan memberikan kesan terbaik pada kulit wajah. Hijabista senaraikan produk yang terbaik untuk pencuci muka. Bukan sahaja mudah didapati terutama di drugstore, tetapi juga harga ditawarkan sangat berpatutan iaitu hanya sekitar bawah RM50 sahaja.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.