Bagi mereka yang memilik kulit sensitif, anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk bila tidak ingin mengalami masalah kulit. Mereka yang memiliki kulit jenis sensitif sangat berisiko tinggi untuk mengalami masalah kulit mengelupas.

Bukan itu sahaja, kulit wajah juga mudah menjadi merah ketika kulit menjadi terlalu kering, lama terdedah dengan sinar matahari serta suhu panas dan lembap, atau ketika mencuba produk perawatan kulit yang baru.

Seeloknya mereka yang memiliki kulit sensitif menghindari berganti-ganti produk perawatan kulit wajah. Paling penting, pastikan kulit wajah sentiasa lembap. Maka sebab itulah anda yang memiliki kulit sensitif perlu berhati-hati dalam menggunakan produk kecantikan.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Ada bahan-bahan yang perlu anda elakkan ketika menggunakan sesuatu produk perawatan kulit wajah.

1. Produk Perawatan Kulit Wajah Dengan Wangian Atau Parfum

Hindari produk kecantikan yang memiliki bahan wangian atau parfum. Walaupun wangi tetapi produk kecantikan dengan wangian biasanya menyebabkan kulit iritasi dan alahan.
Ada produk yang menambahkan agen pengharum agar produknya lebih harum atau menutupi bau kimia dari bahan aktif di dalam produk tersebut. Ambil masa untuk membaca kandungan di dalam sesuatu produk untuk mengetahui bahan yang boleh menyebabkan reaksi pada kulit. Dengan cara ini anda dapat menghidari produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut.

IKLAN

2. Produk Perawatan Kulit Wajah Yang Mengandungi Bahan Aktif Terlalu Banyak

Elakkan juga daripada menggunakan produk yang mengandungi terlalu banyak bahan aktif. Pilih produk yang bahan aktifnya sedikit untuk memudahkan anda mengetahuidalam mengetahui bahan penyebab iritasi pada kulit. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kulit untuk mengetahui bahan-bahan aktif apa yang sebaiknya dihindari.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

3. Minyak Esensial

IKLAN

Bagi mereka yang memiliki kulit sensitif, ada yang memilih untuk minyak esensial semula jadi agar kulit tidak mengalami alahan. Tahukah anda bahawa tidak semua produk kecantikan berlabel organik selamat digunakan pada kulit sensitif. Elakkan daripada  menggunakan minyak esensial. Hal ini kerana selain biasanya memiliki aroma tertentu yang menyerupai peewangi, minyak esensial juga boleh menyebabkan iritasi.

4. Produk Perawatan Wajah Yang Mengandungi Alkohol

Produk kecantikan yang memiliki kandungan alkohol boleh memburukkan keadaan kulit yang sensitif. Produk ini biasanya akan membuatkan kulit menjadi semakin kering. Kulit akan terasa pedih ketika digunakan pada kulit wajah.
Walaupun alkohol jenis pelarut dapat meningkatkan keberkesanan beberapa produk namun alkohol tetap berisiko menimbulkan rasa tidak selesa bagi mereka yang memiliki jenis kulit sensitif.

IKLAN
Photo by Anna Shvets from Pexels
Copy

5. Produk Perawatan Wajah Yang Mengandungi Sulfat

Sulfat diperbuat daripada garam mineral yang mengandung sulfur. Kandungan ini boleh menyebabkan kulit sensitif menjadi lebih kering dan gatal-gatal. Pastikan anda mengelakkan diri daripada membeli produk-produk perawatan wajah yang mengandungi bahan ini.

Bagi mereka yang memiliki kulit sensitif, inilah antara bahan-bahann di dalam produk kecantikan yang boleh menyebabkan alahan pada kulit sensitif. Berbincanglah dengan doktor kulit anda untuk mengetahui produk yang sesuai dan selamat dengan jenis kulit anda.

Sumber kredit: Top image:  Photo by Polina Tankilevitch from Pexels  Photo by Anna Shvets from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI