Wajah yang berkedut tentunya boleh menganggu penampilan dan keyakinan diri seorang wanita. Maka sebab itulah perawatan kulit wajah perlu dilakukan seawal mungkin agar wajah kelihatan sentiasa awet muda.

Selain mengpaplikasi produk-produk ‘moden’ yang ada di pasaran, tidak salah jika anda mencuba petua-petua lama yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tidak ada yang lama aka tidak adalah baru.

PETUA MUDAH HILANGKAN KEDUT

Apabila usia sudah menganjak ke angka 40-an, biasanya banyak tanda-tanda penuaan jelas kelihatan pada kulit wajah. Bukan sahaja masalah wajah berkedut tetapi juga masalah lain seperti jeragat kulit menggelebeh dan bermacam-macam masalah lagi akan jelas kelihatan apabila usia semakin meningkat.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Namun itu bukan bermakna kita hanya perlu berdiam diri tanpa sebarang usaha untuk merawatnya. Salah satu cara yang boleh dipraktikkan ialah dengan mengguakan bawang putih.

IKLAN

Bawang putih pun boleh memudarkan garis halus dan kedut pada kulit wajah. Ia bersifat anti penuaan. Jom kita cuba petua seperti yang dikongsikan oleh Niza Hamid

BAHAN-BAHAN: Bawang putih dan sedikit air sahaja.

IKLAN

CARA-CARANYA:
1. Ambil 3 ulas bawang putih dan tumbuk halus (hendak kisar pun boleh).
2. Tambahkan sedikit air.
3. Sapukan pada kulit wajah dan leher.
4. Apabila sudah agak kering, boleh bilas.

Peringatan: Yang ada kulit sensitif, boleh cuba buat ‘patch’ di bahagian wajah (small area) terlebih dahulu. Hal ini adalah kerana kesan bawang putih ini agak kuat. Pastikan pakai pelembap wajah.

IKLAN

Dari segi amalan eloklah kita sentiasa sedar usia itu sudah tidak banyak berbaki. Namun tidak semestinya kita tidak boleh usaha jaga. Fitrah manusia suka yang indah-indah sahaja.

Kita guna bahan semula jadi sahaja. Tidak perlu suntik sana sini untuk tegangkan kulit wajah. Tidak akan ada yang sesempurrna ciptaan Allah.

HIJABISTA: Bagi anda yang rajin untuk mencuba petua yang berasaskan bahan semula jadi, cara ini amat sesuai untuk anda. Namun boleh juga mencuba produk-produk anti penuaan yang sudah banyak di pasaran.

Sumber kredit: Niza Hamid

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI