Kulit berjeragat sememangnya menjadi kerisauan ramai wanita. Ini kerana jeragat boleh menyebabkan penampilan terganggu kerana tompokan hitam ini akan membuatkan sapuan bedak sukar menutupinya. Malah ia meninggalkan kesan kehitam-hitaman yang memburukkan lagi kemasan solekan.

Mekaplah walau setebal mana sekalipun bedak atau semahal mana sekalipun bedak asas digunakan, ia tidak dapat menutupi jeragat. Maka sebab itulah ramai wanita mencuba pelbagai produk menghilangkan jeragat namun ia amat sukar untuk dihilangkan. Ada pula membuatkan jeragat semakin buruk disebabkan kesan produk yang tidak sesuai dengan kulit.

Sumber gambar: didyouknowdna.com

 

Percaya atau tidak wanita zaman dahulu hanya menggunakan bahan semula jadi daripada dapur bagi mencantikkan kulit. Mereka percaya bahan-bahan ini adalah ejen terbaik mengurangkan dan memperlahankan pertumbuhan jeragat.

IKLAN

Jeragat memang lebih sukar dihilangkan berbanding jerawat. Oleh itu pemakanan, petua dan juga cara mengurangkannya adalah berbeza sama sekali dengan kulit berjerawat.

TIP MUDAH HILANGKAN JERAGAT

Petua ini sesuai untuk jeragat yang baru berjinak-jinak nak keluar. Atau pun yang baru sedikit dan kecil. Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini.
Walau bagaimanapun, boleh juga diamalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.

IKLAN

Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Sudah terbukti. Jerawat juga susah naik dan kulit akan bersih serta cerah.

Sumber gambar: pinterest.com
Sumber gambar: pinterest.com

BAHAN-BAHAN:
Limau nipis
Susu tepung

IKLAN

CARA-CARA:
1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya.
2. Sedikit susu tepung (saya guna everyday/fernleaf/nespray)
3. Campurkan sebati
4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering
5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa

Sumber kredit: Facebook Nurul Diyana Kamaludin                                                  Sumber gambar (top image): home.mybios.me

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI