Bau badan adalah salah satu punca rasa keyakinan diri akan menurun. Ada juga menggunakan deodorant sebagai solusi tetapi masih tidak menjadi. Pelbagai cara alami yang anda tidak tahu, salah satunya tawas.

Tawas adalah kumpulan garam berhidrat berupa kristal yang mudah larut dalam air ini terkenal sebagai bahan yang mampu menghilangkan masalah bau badan secara alami. Walaupun bahan tradisional yang satu ini kehilangan prestij dengan peningkatan deodoran yang dijual di pasaran, tetapi nyatanya masih banyak yang memilih untuk ‘kembali’ menggunakan tawas bagi mengatasi permasalahan bau badan.

Jom semak ini 5 manfaat tawas, bahan semulajadi yang mampu mengatasi bau badan.

5 Manfaat Tawas untuk Mengatasi Bau Badan

Terdapat dua jenis tawas, iaitu tawas ketul dan serbuk tawas. Keduanya boleh digunakan untuk mengatasi bau badan, namun cara penggunaannya sedikit berbeza. Perkara yang sama dan wajib anda lakukan adalah, keduanya wajib diaplikasikan pada ketiak yang keadaan yang bersih, atau kebiasaanya sesudah mandi.

Hilangkan Hitam Dan Bau Ketiak Dengan Cara Alami. Ini 5 Manfaat Tawas Ramai Yang Tidak Tahu

Untuk ketulan tawas, anda boleh guna terus aplikasikannya dengan cara digosokan secara halus dan perlahan pada ketiak. Hati-hati jangan terlalu kuat atau kasar kerana boleh jadi menyebabkan iritasi kulit. Setelah tawas melekat pada kulit seketika, biarkan beberapa saat hingga benar-benar kering. Tidak perlu dibilas ata dilap agar hasil nampak maksima.
Serbuk tawas pula, anda boleh menggunakannya dengan cara mencampurnya dengan air. Setelah itu gunakan tuala kecil atau kapas yang cukup tebal untuk menyerap air tawas tersebut, lalu padatkan sambil ditekan-tekan perlahan pada seluruh permukaan kulit ketiak.

Ulangi setidaknya tiga kali agar hasilnya maksima, lalu biarkan air tawas mengering di kulit ketiak, jangan dibilas.

Tidak sukar bukan menggunakan tawas? Agar menyakinkan penggunaan tawas ini, anda juga perlu tahu manfaat tawas dalam proses menghilangkan bau badan dan untuk kesihatan kulit ketiak.

1. Tawas Dapat Menyerap aroma bau badan, terutama pada bahagian ketiak

Berbeza dengan deodoran mengandung parfum yang memberikan aroma pada tubuh, tawas bekerja dengan cara menyerap aroma bau badan yang ada pada tubuh anda, terutama pada bahagian ketiak. Caranya, larutkan tawas dalam air dengan cara biarkan selama seharian. Lalu, gunakan larutan tersebut sebagai deodoran dengan cara diusap pada bahagian ketiak. Anda juga boleh memindahkan larutan tersebut ke dalam botol spray sehingga lebih mudah untuk digunakan dan dibawa kemana-mana.

2. Mencegah peluh yang berlebih pada bahagian ketiak, sehingga ketiak tidak mudah berbau

Anda yang kuat berpeluh pada bahagian ketiak? Anda boleh mencegah peluh yang berlebih dengan menggunakan larutan tawas sebagai deodoran. Soalnya, peluh cenderung menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Jangan lupa untuk kurangkan makan junkfood dan fastfood supaya peluh yang dihasilkan oleh tubuh anda tidak menyebabkan bau yang mengganggu.

3. Tawas Dapat Mencegah Ketiak Hitam

Deodoran boleh menimbulkan warna ketiak menjadi kehitaman kerana kandungan kimia di dalamnya. Supaya ketiak anda tidak semakin menghitam, gunakan larutan tawas sebagai pengganti deodoran.

Apalagi, parfum yang terdapat pada deodoran juga boleh membuat ketiak menjadi bau kerana parfum tersebut tercampur dengan peluh semulajadi pada tubuh. Masih ada 2 manfaat lainnya yang boleh anda dapatkan dari tawas untuk menghilangkan bau badan.

4. Tawas Boleh Membantu Merangsang Aroma Semulajadi Tubuh

Anda boleh tetap tampil wangi tanpa menggunakan parfum yang berlebihan, terutama parfum yang terdapat pada deodoran. Soalnya, tubuh manusia biasanya memiliki aroma semulajadi yang secara buatan dan terlalu tajam.
Anda boleh merangsang aroma semulajadi tubuh anda dengan menggunakan larutan tawas. Selain pada bahagian ketiak, anda juga boleh menggunakan larutan ini pada bahagian tubuh lainnya yang bau, terutama bahagian-bahagian yang mengandung lipatan seperti lipatan lengan dan lipatan kaki di belakang lutut.

5. Tawas Dapat Membuat Kulit Ketiak Lebih Lembut

Larutan tawas juga boleh membuat kulit ketiak lebih lembut. Apalagi, larutan tawas ini juga boleh membuat aroma sabun yang anda gunakan tercium secara lebih ketara. Namun, pastikan anda menggunakan tawas yang telah dilarutkan dengan air. Tawas yang belum dicampur dengan air tidak akan bekerja dengan efektif untuk menghilangkan bau badan.
Sekiranya anda hadapi masalah ini, bolehlah memcari tawas salah satu solusi untuk menghilangkan bau agar lebih yakin berdepan dengan orang sekeliling.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI