Blackhead adalah masalah kulit yang seringkali dihadapi oleh ramai orang selain masalah jerawat. Blackhead biasanya merupakan bintik-bintik hitam kecil yang ada di bahagian hidung, dagu, dan dahi.

Tidak dapat dinafikan blackhead akan mempengaruhi penampilan seseorang individu. Hal ini kerana wajah akan kelihatan kusam dan kulit tampak tidak berseri. Dalam istilah perubatan, blackhead adalah komedo yang terbentuk kerana pori-pori tersumbat oleh sel kulit mati dan sebum.

Berikut perkongsian Aisyah Badar Bajrai

TIP HILANGKAN BLACKHEAD DEGIL DENGAN PIL ARANG
Anda biasa tak beli masker arang untuk buang blackhead. Alaa yang nanti sapu kat hidung, bila dah kering kita tarik. Nanti blackhead dengan whitehead kat hidung pun ikut tertarik sekali.

Masker tu memang best tau sebab nampak blackhead keluar. Nanti hidung rasa bersih jek.
Jadi hari ni Aisyah nak ajar cara buat masker arang tu. Kita guna pil arang empat hinggit tu jek. Serious Aisyah tak tipu, masker ni memang 200% berkesan tuk hilangkan blackhead.

Memula anak sedara Aisyah tak percaya masker arang buat sendiri ni lagi best dari yang beli kat kedai. Sekali bila Aisyah buatkan dia, ehhhh banyaknya blackhead tanggal.
Dia terus excited nak buat sendiri kat rumah. Ye laaa, camana tak excited, hidung terus licin, sampaikan cucu blackhead pun hilang.??

Masker ni nampak jek macam leceh nak buat, padehal dia guna 4 bahan jek. Yang lagi best, tiga bahan tu murah sangat.

Berikut cara-cara membuat masker blackhead:

MASKER HILANGKAN BLACKHEAD
1 senduk serbuk arang / aisyah guna 4 tablet activated charcoal (tumbuk sampai halus)
1 senduk gelatin halal
2 senduk air panas
Tisu

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

CARA-CARA: 
1. Memula korang wajib steam muka dengan air panas supaya pori pori terbukak. Aisyah campurkan air panas dengan air sejuk sikit, pastu amik kain tekap kat hidung.
Buat 3-4 kali gituu. Korang jangan guna air panas mendidih pulak, melecur kulit nanti.

IKLAN

2. Campurkan semua bahan bahan masker arang ni. Pastu kacau rata-rata.

3. Bila dah rata, korang sapukan kat hidung yang kita dah steam dengan air panas tadi.

4. Lepas dah sapu kat hidung, korang letak tisu kat tempat masker tu. Kita letak tisu supaya masker cepat kering. Nanti nak tarik pun lagi senang tau.

5. Ok, lepas dah letak tisu tu, korang biarkan dia kering betul betul dalam 20-30 minit. Pastu baru tarik. Haaa, masa ni nanti korang nampak la semua atok nenek blackhead dengan whitehead.

6. Lepas basuh muka, wajib sapu ice kiub kat muka supaya pori pori muka yang terbukak tadi, kita tutup balik.

Haaa, gitu jekk cara buat dia. Senang jek kan. Nampak jek step berderet, padehal kacang goreng jek cara buat masker blackhead ni. Besok sah boleh la korang buat masker blackhead ni. Alang alang tengah cuti ni, boleh la buat

Sumber kredit: Aisyah Badar Bajrai

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI