Bau badan tentunya sangat mengganggu. Bau badan juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Biasanya untuk menghilangkan bau badan, ramai memilih untuk memakai deodoran. Namun ada alternatif lain untuk menyingkirkan bau tidak sedap di badan iaitu cara detoks.

Detoks ketiak adalah alternatif untuk mengurangkan produksi peluh di ketiak sekaligus menghilangkan bau badan menggunakan bahan-bahan alami.

 

Ramuan detoks boleh dibuat dengan mencampurkan sedikit air, tanah liat bentonit, cuka epal, dan minyak kelapa. Sapukan ramuan tersebut pada ketiak seperti masker. Biarkan selama sehingga 20 minit. Bila sudah kering, bilas dengan air hingga bersih.

IKLAN

DAPATKAN KURANGKAN PENGGUNAAN DEODARAN

Detoks ketiak dengan bahan semulajadi boleh menjadi pilihan untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia yang terdapat pada deodoran. Pati cuka epal dalam ramuan detoks ini dapat membantu menghilangkan bakteria penyebab bau ketiak.

Penggunaan deodoran menyebabkan peralihan bakteria sehingga meningkatkan jumlah bakteria penyebab bau busuk dan bakteria penyebab iritasi pada kulit. Walau bagaimanapun detoks ketiak hanya boleh mencegah iritasi bukan mengubati.

IKLAN

 

Apabila kulit anda sudah mengalami iritasi dan tetap menggunakan detoks ini, kemungkinan iritasi akan bertambah parah. Respons tubuh terhadap detoks pada setiap orang juga berbeza. Jika tidak sesuai boleh jadi detoks ini juga menyebabkan ketiak menjadi gatal dan kemerahan.

IKLAN

SEBELUM DETOKS KETIAK

Tubuh mempunyai cara sendiri untuk mengeluarkan racun seperti melalui peluh, urin, juga najis. Jika anda ingin mencuba memakai detoks ketiak, perhatikan keaslian bahan-bahannya. Buat ujian sensitiviti kulit di bahagian tangan anda terhadap bahan-bahan detoks ini.

Sebenarnya, cara terbaik untuk menyingkirkan bau badan adalah cukup dengan sentiasa membersihkan ketiak dengan sabun dan air kemudian menggosoknya dengan lembut. Walaupun prosesnya lama, namun cara ini terbukti paling sesuai berbanding pemakaian deodoran. Detoks pula membantu untuk mengurangkan bau badan dan ia perlu selari dengan cara bagaimana seseorang itu menjaga kebersihan bahagian ketiak.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI