Senaman yang paling berkesan dan diakui dapat membakar lemak dengan cepat serta mampu membina otot otot penting serta menaikkan stamina dengan baik ialah senaman yang dipanggil senaman Burpees.

Burpee (beberapa burpees) ini adalah latihan plyometric, yang merupakan gabungan melompat, papan dan push-UPS. Latihan yang sangat berkesan ini melibatkan semua otot dalam badan anda dengan cepat mengambil zon degupan jantung pembakaran lemak dan membolehkan anda membakar banyak kalori dalam masa yang singkat.

Sumber gambar: Healthline

Latihan burpee (atau disebut beberapa burpees) diciptakan pada tahun 1939 oleh doktor sains fisiologi Amerika , Royal H. Burpee sebagai kaedah cepat dan boleh dipercayai untuk menjalankan ujian kecergasan. Tetapi populariti istimewa aktiviti ini telah diterima setelah burpee latihan crossfit lonjakan adalah elemen utama dalam pelajaran. Kini burpee digunakan secara meluas bukan hanya dalam crossfit, tetapi dalam latihan selang, fungsional dan kardiovaskular.

FUNGSI SENAMAN BURPEES

Senaman Burpee memang tidak dinafikan ianya amat membantu untuk membakar apa yang anda makan dan  melibatkan penggunaan seluruh otot. Tahukah anda dengan melakukan senaman burpees ini ianya memberikan anda 100 % cabaran. Ini adalah kerana, apabila Burpees dimulakan maka senaman tekan tubi  diikuti dengan lompatan dan kemudian kembali ke tekan tubi merupakan satu cabaran yang baik dan berkesan. Maka kajian menunjukkan ianya lebih efektif jika melakukan 10 reps dengan pantas untuk melancarkan metabolisma

IKLAN

Selain itu dengan melakukan burpee 30 saat secepat mungkin, kesan senaman ini akan menunjukkan peningkatan mendadak dalam metabolisma dan kardiovaskular. Senaman burpee melibatkan tahap-tahap yang diakui dalam meningkatkan ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan seluruh kekuatan tubuh.

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BURPEES YANG ANDA WAJIB TAHU.

1- Senaman ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. 

IKLAN

2- Senaman ini tidak memerlukan sebarang peralatan dan ruang yang besar. Hanya menggunakan ‘bodyweight’ kita sahaja.

 3- Senaman ini melatih dan bekerja untuk keseluruhan anggota badan kita dalam satu masa. 

IKLAN

4- ‘Muscles target’ untuk senaman ini adalah di bahagian ‘chest’, ‘back’, ‘triceps’, ‘biceps’, ‘shoulder’, paha, punggung dan perut. 

Sumber gambar: Thoughts And Pavements

5- Senaman ini bukan sahaja untuk ‘lose weight’, malah ia berfungsi untuk ‘burn fat’ atau ‘build muscles’. Tapi senaman ini sangat membantu meningkatkan stamina kita lebih baik dan hebat. 

6- Senaman ini adalah antara senaman yang paling efektif mempercepatkan pembakaran kalori serta lemak kerana heart rate meningkat. 

7- Senaman ini juga adalah kategori ‘AFTER BURN EFFECT’. Bermaksud, walaupun kita dah selesai melakukan senaman ini, proses pembakaran lemak masih lagi berlaku dalam tempoh masa lebih kurang 48 jam.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI