Punya impian? Namun masih bertemu laluan buntu untuk menggapai anganan itu? Usah berlengah lagi. Bangkit dan usahakan sesuatu agar anda mampu berdiri megah selepas ini! Hidup ini masih panjang perjalanan. Sudah menjadi lumrah jika berdepan halangan.
Tambahan melibatkan hal kerjaya. Dugaan boleh muncul pelbagai cara hingga boleh buat anda putus asa. Jangan menyerah kalah dahulu, anda masih boleh mencapai keinginan diri jika ada kesungguhan. Namun, sebelum itu lihat lima langkah untuk ke laluan kejayaan.
TETAPKAN KERJA
Keputusan atau pilihan kerja bermula kala anda mengambil kursus di peringkat diploma atau ijazah. Harus tentukan jurusan yang punya hubung kait dengan bidang kerja impian anda. Penting memilih universiti atau kolej berprofil tinggi dan ada latar belakang baik. Malah, setiap universiti atau kolej sekarang punya kursus atau program popular masing-masing.
Ads
ORGANISASI IDAMAN
Perlu tetapkan syarikat disertai. Jika menanam impian untuk bergelar pereka fesyen, pastikan anda telah sasarkan universiti atau kolej dicitakan. Sasaran penting supaya anda dapat melihat dengan jelas arah tuju kerjaya. Ia juga membantu anda untuk kenal pasti peluang yang barangkali diperoleh dengan memasuki organisasi yang tepat.
LETAKKAN MASA
Sasaran masa penting sebagai motivasi untuk berusaha lebih gigih. Dan waktu itu harus realistik. Andai bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan, pasti anda meletak jangka masa tertentu bagi membuat variasi rencana. Setahun jagung bekerja, ada hati mahu mulakan bisnes? Usah berangan!
Ads
TEROKA PELUANG
Ambil berat tentang bidang ingin diceburi. Jika bercita-cita hendak menjadi doktor, pastikan anda mengetahui selok-belok dunia kedoktoran. Untuk berjaya, bukan hanya berbekalkan bakat dan minat. Anda harus belajar hal perubatan secukupnya. Sentiasa penuhi ilmu di dada.
Ads
CEDUK PENGALAMAN
Anda tidak hanya dinilai berdasarkan segulung diploma atau ijazah. Waktu sama, pengalaman turut diutamakan. Ia sesungguhnya menjadi kayu pengukur kepada sesebuah organisasi terutama berskala besar. Jika punya latar belakang kerja yang baik, peluang anda pasti lebih bersinar.
Ekstra Info:
“ Banyak disiplin diperlukan dalam usaha menjana idea yang boleh diubah kepada teknologi inovatif.” – Mendiang Steve Jobs, Pengasas Apple Corp
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam Lailatul Qadar, merupakan antara malam yang dicari oleh setiap umat Islam kerana ia dikabarkan malam yang paling istimewa kerana lebih baik daripada 1,000 bulan!
Bagaimanapun, terdapat beberapa tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang ditunjukkan kepada umat manusia agar dapat mengambil ikhtibar daripadanya sekligus sentiasa mendekaktkan diri kepada yang maha esa dan meletakkan Allah sebagai yang utama serta agama Islam sebagai pegangan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, sekiranya berlaku fenomena aneh yang luar biasa berlaku di sekeliling kita. Mungkin ia adalah peringatan agar kita dapat meningkatkan keyakinan serta keimanan kepada Allah.
Baru-baru ini kecoh di aplikasi Tik Tok apabila sebuah video dimuatnaik menerusi akaun pengguna @urzuqni_syahadah memaparkan satu kejadian luar biasa hingga perkongsian video itu menjadi tular.
Video berkenaan memaparkan satu kejadian aneh yang tidak mempunyai penjelasan logik yang boleh diterima dek akal, apabila sebatang pokok keladi bergerak meliuk-liuk seolah-olah sedang bertasbih mengikut alunan zikir dari surau yang berhampiran.
Pokok tersebut kelihatan begitu rancak berzikir dan bergerak ke kiri kanan dengan sendirinya, meskipun tiada angin yang mengoyangkannya. Malah, pokok tanaman hiasan yang lain di sekililing pokok keladi itu berada dalam keadaan pegun dan langsung tidak berganjak.
“Rancak pokok ni ikut bertasbih,” tulis pemilik video itu ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum dengan kejadian itu. Hingga ada dikalangan mereka yang turut sama berkongsi pengalaman yang serupa.
“Saya selalu nampak daun sehelai je yang bergerak macam ni, tahu dia tengah berzikir. Dan terus ingatkan aku supaya jangan lupa zikir juga.
“Mungkin itu malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan, boleh jadi salah satu petanda. Allahualam, hanya Allah yang mengetahui.
“Saya pernah jumpa pokok yang bergerak sendiri macam ni, bila saya tegur dia perlahan-lahan berhenti. Mereka ni hidup
sebenarnya.” Tulis warganet pada ruangan komen.
Sesungguhnya Allah itu maha esa, maha besar sifat dan kekuasaaNya. Jadi sebagai hambaNya yang kerdil, sama-samalah kita mengambil ikhtibar dan pengajaran terhadap fenomena aneh yang berlaku ini.
Meskipun tidur itu sebagai perkara tabi’i kebiasaan bagi manusia, begitu juga makan minum dan naluri lain seumpamanya.Semua tuntutan naluri tabi’i dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan akhirat.
Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari. Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan menjadi bekalan hidup diakhirat. Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh berehat dan cergas semula.
Di Akhirat ada habuan bagi manusia itu, oleh itu Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi sesuatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.Peraturan dan adab pertama, ialah bersihkan mulut dengn bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk. Islam bukan sahaja menyuruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca Al–Quran sahaja, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.
1. Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur anda akan bernafas semula untuk meneruskan hidup.
2. Oleh itu apabila seseorang hendak tidur, hendaklah bersiap-siap kerana anda sendiri pun tidak tahu masih adakah baki umur selepas tidur.Setelah bersugi dan berwuduk anda dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus untuk tempat yang sukar mendapat air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperlauan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi SAW.
3. Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah anda menanam azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadah solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya. Sekiranya tidur berniat begini akan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk bangun dihujung malam. Kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa beringat-ingat akan niatnya.
4. Adab tidur yang seterusnya ialah bagi anda yang sepatutnya ada wasiat kelansungan berhutang, maka kewajipan mereka ialah menyediakan surat wasiat.Kewajipan orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.
Jika orang yang berhutang itu meninggal dunia menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana–mana dan tidak dapat menikmati fadhilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.Orang yang mempunyai keyakinan tentang bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur
Haruslah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mangalir dan nafas keluar masuk. Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Justeru itu dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik keatas seperti benar–benar telah mati.
5. Adab seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.
Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.
Berikut doa dan istigfar para nabi semenjak daripada Nabi Adam hingga ke Nabi akhir zaman, telah dinukilankan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya. Bahawa doa kebanyakan para nabi a.s, ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):
“Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang telah aku bertaubat, tetapi setelah itu aku melakukannya kembali. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan”. “Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba–tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu”.
“Aku memohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu”. “Wahai Tuhan yang Maha Mengatahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut”.
Maulidur Rasul merupakan tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Sambutan Maulidur Rasul ini diraikan setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada hari istimewa ini, umat islam digalakkan untuk memanjatkan doa buat Rasulullah S.A.W.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Tambahan itu, berselawat juga sangat digalakkan dan dituntut bagi setiap umat Islam kerana banyak fadilat yang bakal kita peroleh daripadanya. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”.
Pendakwah bebas iaitu Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Kenyataan ini telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018.
“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.
“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT” ujarnya lagi.
Tambahan itu, menerusi perkongsian melalui mstar, terdapat figura lain yang juga telah menghuraikan mengenai tujuan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia adalah daripada Doktor Najmuddin Khalfallah iaitu seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis. Di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016, dia telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).
3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.
4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.
5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.
6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).
7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat)baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).
8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.