Photo by Element5 Digital from Pexels

Dek kerana kesibukan tugas-tugas seharian tidak dapat dinafikan ramai hijabi akan mencuci rambut pada waktu malam. Memang tidak sempat untuk mencucinya pada waktu pagi kerana mengejar waktu mahu ke tempat kerja ataupun ke kelas. Tambahan lagi kalau lewat bangun, manalah sempat hendak cuci rambut bukan?

Rambut tidak kering nanti akan menyebabkan kepala berbau pula. Yang menjadi masalah apabila mencuci rambut pada waktu malam adalah tertidur awal tanpa sempat mengeringkan rambut terlebih dahulu. Jangan begitu hijabi. Sebenarnya tidur dengan rambut yang basah tidak baik untuk kesihatan.

Hijabi Kena Elak Cuci Rambut Pada Waktu Malam, Salah Satu Sebabnya Boleh Buat Sakit Kepala
Photo by Spencer Davis on Unsplash

Berikut dikongsikan EMPAT kesannya pada kesihatan sekiranya anda tidur dengan rambut yang basah.

Diserang Selesema

Hijabi Kena Elak Cuci Rambut Pada Waktu Malam, Salah Satu Sebabnya Boleh Buat Sakit Kepala
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Jika anda tidur dalam bilik yang sejuk ditambah dengan rambut yang basah, tubuh akan lebih mudah terkena jangkitan selesema. Ketika tubuh terkena udara sejuk, sistem pembuluh darah pada hidung akan menyempit. Keadaan itu akan mempengaruhi sel darah putih di mana ia akan menjadi lebih lambat untuk melawan infeksi tubuh.

Ads

Rambut Rosak

Hijabi Kena Elak Cuci Rambut Pada Waktu Malam, Salah Satu Sebabnya Boleh Buat Sakit Kepala
Pexels.com

Tidur dengan rambut basah akan membuatkan pori-pori pada kulit kepala dan helaian rambut menjadi lembap serta rapuh kerana ia dibiarkan lembap semalaman. Akhirnya, rambut pun akan menjadi lebih mudah gugur dan rosak.

Infeksi Kulit Kepala

Ads
Hijabi Kena Elak Cuci Rambut Pada Waktu Malam, Salah Satu Sebabnya Boleh Buat Sakit Kepala
Photo by Element5 Digital from Pexels

Bantal merupakan tempat untuk bakteria berkembang kerana ada peluh, kotoran, debu, sel-sel kulit mati dan air liur. Jadi sekiranya anda tidur dengan rambut yang basah, bakteria akan lebih aktif berkembang pada bantal sekali gus meningkatkan risiko infeksi atau iritasi pada kulit kepala.

Sakit Kepala

Ads
Hijabi Kena Elak Cuci Rambut Pada Waktu Malam, Salah Satu Sebabnya Boleh Buat Sakit Kepala
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Tidur dengan rambut yang basah boleh menyebabkan anda terkena sakit kepala kerana suhu kepala yang sejuk tidak sesuai dengan suhu tubuh yang hangat. Apatah lagi kalau anda tidur dengan rambut berbungkus tuala.

Keadaan ini akan menyebabkan kelembapan di kepala bertahan lebih lama hingga mempengaruhi peredaran darah pada kulit kepala. Darah menjadi tidak lancar dan akhirnya menyebabkan anda sakit kepala.

HIJABISTA: Meskipun berhijab, kesihatan rambut dan kulit kepala mesti dijaga rapi. Agak memalukan jika rambut berbau sehingga menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa.

Sumber kredit: Top image: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI