Bahagian hidung dengan kesan bintik-bintik hitam menjadikan penampilan seseorang itu nampak tidak sempurna. Memang ia boleh diselindungkan dengan solekan namun itu hanyalah penyelesaian sementara. Namun dengan cara mencuci wajah dengan betul serta penggunaan produk yang tepat masalah bintik hitam atau sebaceous filament dapat di atasi. 

Ikuti perkongsian ZinniRah Zulaikha

The power of hydrating & proper cleansing!

Sebelum nih dah cuba macam-macam cara untuk hilangkan bintik-bintik hitam kecik kat hidung. Benda nih bukan blackhead tau. Nih adalah sebaceous filament (SF). SF adalah particle yang dihasilkan dari kalenjar minyak yang berfungsi untuk bawa sebum ke permukaan kulit bagi mengimbangi kelembapan kulit. Dia berbeza dari blackhead. Blackhead adalah clog pores.

Masa belum kenal dunia skincare dulu selalu cuba keluarkan bintik-bintik nih guna besi untuk picit jerawat. Tak pun guna pore strip yang melekat macam gam gajah sampai hidung merah-merah. Yang nih cara paling cepat berkesan. Hidung terus rasa licin. Tapi sakit! & tahukah korang pore strip boleh menyebabkan iritasi & berpotensi merosakkan pembuluh darah di kawasan yang terlibat?

IKLAN
Sebelum kenal skrub (saya try skrub first untuk exfoliant), SF nih lagi teruk dari dalam gambr nih. Tak close up pun still boleh nampak dari jauh & sorry. Gambar “AFTER” ada miss j sikit. Dia naik sekejap situ.

Bila dah tahu sikit pasal rutin penjagaan wajah nih, baru sedar. SF tak boleh hilang pun sebab dia memang semulajadi & normal bagi setiap manusia. Kalau buang pun dia tetap akan muncul balik. So, kita just boleh kawal or minimizekan appearance dia dengan cara yang betul.

Before & after saya amalkan rutin yang betul. Indeed, hydration & proper cleansing are the key!

Firstly, hydration is the key. Hidrasi kulit kena jaga. Basic skincare routine jangan skip sebab benda nih wajib buat walaupun kita malas. Pembersih muka, pelembap & sunblock. 3 benda nih at least kena ada.

Next is exfoliate. Mula-mula dulu saya pernah guna physical exfoliant (PE) seperti skrub & konjac sponge. Ada perubahan kat hidung, kulit pun rasa smooth but sadly tak berapa efektif utk treat SF. So, saya cuba guna chemical exfoliant (CE); AHA & BHA. Tapi kena ingat, sebelum nak guna CE, basic kena kukuh. Kalau belum kukuh, better guna PE je dulu tau.

IKLAN
Physical exfoliant. Mostly skrub. Pernah try st ives apricot masa mula-mula kenal skrub dulu. Tapi tekstur dia yang kasar boleh menyebabkan micro-tears kat kulit. Saya stop lepas pakai 1 botol je. So, tak nak listkan kat sini. Konjac sponge saya jarang pakai sebab asyik lupa, tapi still pakai.

Selain CE, clay mask & cleansing oil pun sangat membantu untuk minimizekan SF nih. Cleansing oil korang boleh buat sebagai double cleansing, guna sebelum pencuci muka biasa korang tuh. Clay mask & CE pulak tak perlu guna setiap hari. Just 2-3 times per week.

Chemical exfoliant yang saya pernah & tengah guna. Among these 3 products, paula’s choice 2% bha liquid is my holy grail!

And ada 1 hari dalam seminggu, saya akan combinekan 3 produk nih (cleansing oil, CE & clay mask) sebelum guna skincare lain. Yang nih untuk gritting method. And hasilnya korang boleh tengok sendiri.

 

IKLAN
Clay mask.. so far, innisfree warna biru nih je boleh tolerate dengan kulit saya. I mean tak drying mcm typical clay mask.

 

Cleansing oil. So far pernah try yang nih je. Actually sebelum nih kulit saya ok guna biore nih. Tapi sekarang macam tak boleh dah. Naik tiny bumps. So, kena cari cleansing oil yang baru. Tapi, yes. Cleansing oil nih paling banyak berjasa untuk double cleansing step saya.

One thing kena ingat. Produk yang saya guna tak semestinya akan sesuai & berkesan untuk setiap orang. Your milleage may vary. I share based on my own experience. Yang penting kena patch test dulu sebelum guna.

*Skin type: Normal to dry

Sumber kredit: ZinniRah Zulaikha

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI