Hidap Kanser, Maya ‘Matahari’ Meninggal Dunia

Share

Mya Ruslee atau Maya Matahari disahkan meninggal dunia hari ini akibat kanser. Difahamkan bahawa Maya baru sahaja pulang dari China menjalani rawatan di sana. Berita pemergian Maya disahkan oleh teman baiknya, Haiza yang juga seorang penyanyi dan juga penyampai radio.

Menurut Haiza, dia masih menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

“Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik,” katanya.

Menurut Haiza, dia tahu bahawa rakannya itu menghidapi kanser dan menjalani rawatan di China.

“Dia tak banyak berkongsi mengenai penyakitnya. Yang saya tahu, dia menghidap kanser sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah adalah ketika dia dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon,” katanya.

Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza.

Ramai rakan-rakan artis turut memberi penghormatan terakhir.

 

 

 

 

 

Sumber kredit: Harian Metro

 

 

 

 

IKLAN