Sememangnya jodoh itu rahsia Allah. Dia yang mengatur bila harus bertemu, bila harus bersatu, dan bila harus berpisah. Perancangan Allah Maha hebat. Allah tahu apa yang terbaik untuk setuap hambaNYA.
Bagaimana hendak tahu seseorang itu adalah jodoh kita? Soal jodoh memang satu topik yang penuh dengan rahsia dan misteri. Kongsi Heliza Helmi, formula tentang jodoh itu dia perolehi daripada perkongsian Ustaz Salahuddin Harun. Moga ia bermanfaat kepada semua.
Waktu itu Ustaz Salahuddin hendak berkawin. Tanya ustaz Salahuddin kepada saya, apa tujuan kita kahwin? Jawapan saya dan tentunya jawapan lazim yang kita akan jawab ialah sudah tentulah hendak ikut sunnah, hendak ada keluarga besar dan hendak bahagia.
Ads
Kemudian ustaz tanya lagi, apa pula tujuan kita solat dhuha? Jawab kita tentulah sebab nak tambah rezeki. Tapi bila kita buat sunat dhuha, sudahnya rezekinya tak juga bertambah, rasanya kita nak buat atau tidak solat sunat dhuha selepas itu? Maka sebab itulah kita kena betulkan balik mind set kita.
Ads
Solat dhuha adalah merupakan jalan untuk kita dekat dengan Allah. Jadinya Allah tambah rezeki ke, tak tambah rezeki ke yang penting buat solat dhuha maka kita akan dekat dengan Allah. Jadi nak tahu dia tu jodoh kita, tujuan kita nak kawin dengan siapa, apabila kita nak kawin itu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.
Ads
Maka teori ini sangat senang untuk kita praktikkan. Dalam hiburan contohnya, apa-apa kita nak buat, lagi dekat dengan Allah ke makin jauh. Itulah kayu ukur yang paling senang termasuklah kita main Instagram, Facebook atau apa-apa sahaja yang kita nak buat, contoh pakaian kita, apa kita nak pakai, ia lagi dekat dengan Allah ke, Allah marah ke Allah suka ke. Jadi ia lebih mudah untuk kita tengok kayu ukur.
Jadi bila ada media sosial kita akan lebih ‘melekat’. Jadinya saya selalu terfikir apakah post terakhir kalau tiba-tiba aku meninggal dunia, apakah post yang terakhir di Instagram. Jadi dari situ akan menyebabkan kita cuba sedaya upaya untuk post perkara yang mendatangkan manfaat.
HIJABISTA: Walau apa pun, berdoalah dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk hambaNYA.
Bila kita nak memulakan solat, angkat takbir sahaja, pada awalnya kita dapat rasa fokus kita untuk solat, menghadap Allah yang Maha Besar. Namun, tak sampai 20saat selepas itu, fikiran kita mula menerawang.
Lalu teringat apa perkara yang sudah berlaku dan akan dilakukan selepas solat yang langsung tiada kaitan dengan solat kita. Solat itu tuntutan dan wajib kita lakukan. Solat bukan sekadar rutin malah bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk.
Lebih menarik ada beza antara solat kusyuk dan tidak. Keduanya terpamir pada otak manusia.
solat dengan khusyuk. Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti OTAK bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terfikir perkara apa yang hendak dilakukan selepas solat. Apabila OTAK masih sibuk fikir hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.
Soalnya bagaimana mahu kurangkan aktiviti Parietal Lobe supaya solat lebih kusyuk?
Untuk tenteramkan bahagian ini perlu praktis. Setiap hari. Sama seperti orang berlatih sukan.
Tanpa latihan tiada pencapaian. Caranya mudah. Perlu praktis dahulu.
1. Cari tempat yang tiada gangguan – Contoh bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai yang jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.
2. Duduk dalam keadaan selesa – Cara duduk terpulang, asalkan selesa. Cuba pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap keselesaan.
3. Bernafas melalui hidung – Rasakan udara yang masuk sejuk atau panas. Hembus nafas melalui mulut, rasakan udara yang keluar.
4. Teruskan bernafas – Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.
5. Teruskan bernafas – Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.
6. Mungkin fikiran akan melayang – Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.
7. Selepas dua minit, boleh mulakan zikir – Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya ‘Allah’. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.
8. Ppraktis 5 minit dahulu – Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkanPARIETAL LOBE.
9. Dapatkan Rentak – Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.
10. Perlu rancang waktu mahu solat – Beri lebih masa dan perlu ada ruang utnuk bertenang.
11. Bernafas dengan Tenang – Selepas zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.
12. Semasa solat nafas perlu dijaga – Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.
13. Fokus pada sebutan bacaan – Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.
14. Elakkan sejadah yang bercorak – Sejadah yang bercorak akan membuatkan kita lali dengan lukisan dan corak yang terlukis pada sejadah. dengan ini, pilih lah sejadah yang tepat seperti sajada dari AMRU SEJADA.
Tidak seperti sejadah biasa yang berada di dalam pasaran, sejadah AMRU menjanjikan pelbagai kelebihan yang boleh membantu anda untuk beribadah dengan lebih baik. Sejadah ini lebih selesa, lembut dan tebal dari sejadah biasa. Malah mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.
Tanpa sebarang corak, sejadah AMRU boleh membantu pengguna untuk lebih fokus apabila mendirikan solat. Tiada lagi mengelamun memerhati corak sejadah.
Warna Putih, Bersih Lagi Suci
Bukan sekadar kelihatan cantik dan elegan, apabila bersentuhan dengan permukaan sejadah AMRU, ia sangat lembut kerana dihasilkan dari kapas asli sepenuhnya.
Sangat selesa apabila kita berdiri, sujud dan duduk di antara dua sujud di atas sejadah AMRU kerana ia kapas asli ini boleh menyerap tekanan dengan sangat baik!
Walaupun tebal, ia masih boleh dilipat untuk di bawa kemana-mana sahaja. Sangat praktikal untuk di bawa ke masjid, travel dan sebagainya.
Sejadah AMRU boleh dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Ia tidak akan mengecil atau mengembang, masih kekal cantik walaupun bertahun.
Tidak perlu risau untuk solat di atas permukaan lantai yang licin seperti simen atau tiles kerana ia dilengkapi dengan ‘anti-slip’ pada permukaan belakang.
Sejadah AMRU dihasilkan dengan kain kapas putih bagi mencerminkan lambang kebersihan dan kesucian untuk menyembah Sang Pencipta. Biasanya sejadah jarang sekali dicuci. Insyallah warna putih akan membuatkan kita sentiasa peka terhadap tahap kebersihan sejadah yang digunakan.
Perlu PRAKTIS. Tenang tidak bertandang tanpa diundang. Khusyuk itu REZEKI.
Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah SWT tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.
Apabila tiada juga khusyuk mungkin itu tanda kiamat kecil makin menghampiri kita. Saya doakan ada manfaat dari kaedah ini apabila kita beramal. Saya doakan khusyuk itu bertandang apabila aktiviti di Parietal Lobe berkurang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila berbadan dua, ada bermacam-macam situasi yang terpaksa dilalui. Keadaan ini turut dialami oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Akui Datuk Siti, kedua-dua kehamilannya beliau tidak boleh menjamah makanan yang pedas.
“Kehamilan saya sudah masuk ke trimester kedua. Ketika trimester pertama saya hanya boleh makan sup sahaja. Alhamdulillah saya sudah boleh mencuba pelbagai variasi makanan. Walau bagaimanapun makanan pedas saya tetap perlu elakkan.
“Pilihan jenis makanan yang saya boleh makan agak terhad kerana saya suka makan makanan yang pedas. Sejak hamil anak kedua, saya sudah kurang ke dapur sebab saya tidak boleh bau minyak, dan bawang goreng.
“Saya lalui proses kehamilan ini dengan tenang. Memasuki trimester ke dua kehamilan, saya juga sudah boleh ‘masuk dapur.’ Itu pun hanya masakkan makanan untuk Aafiya dan juga makanan yang ‘simple’ untuk suami (Datuk K),” ujar Datuk Siti.
Seperti yang kita ketahui, Datuk Siti kini hamil anak lelaki. Ditanya tentang keadaan kehamilan beliau kali kedua, ini jawapan Datuk Siti.
“Memang ada perbezaan hamil anak perempuan dan anak lelaki. Kehamilan kedua ini lebih penat, perut pun nampak lebih besar berbanding hamilkan Aafiya dulu. Simptom kehamilan lebih banyak saya rasa pada kehamilan kedua. Apa pun yang penting ‘baby’ sihat dan doakan saya selamat melahirkan nanti,” ujar Datuk Siti.
Terbaharu, Datuk Siti kembali bekerjasama dengan jenama Vantage. Kali ini beliau bekerjasama dengan produk eksklusif Vantage Siti Series 2021 yang akan dilancarkan 7 Mac ini. Produk eksklusif ‘Vantage Siti Series 2021’ menawarkan set peralatan memasak, set pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan alat mesin penggorengan udara atau ‘air fryer’ beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia.
Kesemua produk di dalam siri eksklusif ini akan memperlihatkan tandatangan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza di permukaan luarnya. Mana-mana pelanggan yang membuat pembelian set-set eksklusif ini akan menerima hadiah percuma dari Go Shop.
“Saya cukup berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Vantage dalam melancarkan set produk eksklusif khas untuk Go Shop dan berkongsi manfaat memasak dengan lebih mudah dan sihat dengan rakyat Malaysia. Sejujurnya, saya cukup teruja apabila memasak dengan menggunakan peralatan Vantage.
“Produk ini menawarkan kualiti terbaik yang mana secara tidak langsung memudahkan saya untuk menyediakan masakan yang mudah, sedap dan pada masa yang sama berkhasiat untuk keluarga saya. Tambahan pula, set pinggan mangkuk Vantage juga direka
indah dan membuat pengalaman makan saya pada bila-bila masa lebih seronok,” kongsi Datuk Siti.
Datuk Siti juga berharap agar diberikan kekuatan untuk bersama penonton sepanjang tiga jam bersiaran di Go Shop pada 7 Mac kelak.
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar meluahkan rasa terkilannya kerana sukar untuk menunaikan solat di pusat membeli-belah gara-gara surau masih ditutup disebabkan pandemik Covid-19.
Meluahkan rasa sedihnya di Instastory, Lufya menceritakan dia akhirnya terpaksa menunaikan solat di kawasan terpencil berhadapan lif di pusat membeli-belah itu.
“Rasa sedih sangatlah macam ni. Kita dah tak ada dalam keadaan PKP lagi tapi surau pun masih tutup!
“Pergi stesen minyak surau tutup. Pusat membeli-belah yang elit pun sama.Tiada tempat solat. Ditutup. Tanya pekerja Islam pun tak tahu di mana nak solat. Akhirnya solat tempat tercorot di depan lif.”
Di samping itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini merasakan bahawa ini adalah masa yang sepatutnya umat Islam mendekatkan lagi diri kepada Sang Pencipta dan bukannya makin menjauh.
Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Lufya ini. Susah juga apabila kita terpaksa berada di luar rumah namun tidak dapat menunaikan ibadah gara-gara pusat ibadat ditutup. Apa pendapat anda pula?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.