Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan dan ibadah. Inilah masanya kita mengambil kesempatan melipat gandakan amalan kerana ada kebaikannya diberikan oleh Allah. Penyanyi dan pengacara, Heliza Helmi berkongsi di laman Instagramnya tentang amalan kelebihan berdoa ketika berbuka puasa.
Menurutnya doa ringkas ini bagus diamalkan setiap kali berbuka puasa. Dia turut senaraikan 30 doa yang boleh diamalkan 5 minit sebelum berbuka, antaranya minta sihat tubuh badan, murah rezeki, jauhi dari azab kubur, mudah bayar hutang dan banyak lagi.
Perkongsiannya mendapat lebih 200K tontonan dan 800 komen di ruangan komen. Kebanyakan netizen turut tag nama teman masing-masing atas perkongsian diberi.
Heliza yang aktif dalam kemanusiaan memang dikenali sebagai seorang selebriti yang rajin berkongsi menyebarkan dakwah digital di laman sosial.
Dalam video yang dimuat turut itu, Heliza turut membandingkan perihal sambutan suasana Ramadan di Malaysia dan Mekah, khususnya sebelum waktu berbuka puasa.
Ayuh kita baca perkongsiannya dan boleh dipanjangkan kepada sanak saudara serta sahabat handai di alam maya.
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur
Ads
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ads
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja….. boleh diubah mengikut hajat masing
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman 2. Sihat tubuh badan 3. Mati yang baik. 4. Murah rezeki. 5. Anak soleh. 6. Keluarga bahagia. 7. Rahmat Allah. 8. Jauh azab kubur. 9. Lapang dada. 10. Kekalkan iman. 11. Ampunkan dosa. 12. Anak2 berjaya. 13. Perniagaan yg diberkati. 14. Jauhi segala penyakit. 15. Ibadat diterima. 16. Mudah segala urusan. 17. Diterima taubat. 18. Lapangkan kubur. 19. Mudah bayar hutang. 20. Lailatulqadar. 21. Syafaat Nabi SAW. 22. Syurga Firdaus. 23. Jauhi neraka. 24. Terima kitab tgn kanan. 25. Selamat meniti Sirat. 26. Selamat fitnah Dajal. 27. Ketenangan hati. 28. Doa ibubapa. 29. Keluarga yg dirikan solat. 30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sepertimana yang kita semua maklum, apabila datangnya haid semua ibadah yang wajib kita lakukan tidak dapat dilaksanakan. Begitu juga semasa bulan Ramadan nanti.
Tetapi tidak bermakna kita tidak boleh mengumpul pahala semasa bulan Ramadan. Jangan jadikan haid sebagai alasan untuk mengabaikan melakukan kebaikan untuk mengumpul pahala.
Terdapat beberapa amalan yang boleh anda lakukan walaupun anda haid. Walaupun Ramadan belum muncul, tetapi sekurang-kurangnya anda buat persediaan awal.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.” Riwayat At-Tirmizi
Jadi, anda hanya perlu menyediakan makanan berbuka untuk keluarga anda dan pahala puasa menjadi milik anda!
Amalan ini seharusnya menjadi amalan rutin hijabi yang haid tidak kira masa. Cuma In Shaa Allah pada bulan Ramadan ini, pahalanya akan dilipat gandakan.
Bulan Ramadan sangat dituntut untuk dilakukan qiamullail namun hijabi yang haid pasti tidak boleh melakukan solat-solat sunat. Jadi, hidupkanlah malam anda dengan bermunajat, bertafakur, berzikir, bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Jelas bagi wanita yang haid tidak boleh menyentuh dan membaca Al-Quran dengan kuat. Gunakan masa haid anda ini dengan membaca dan memahami terjemahan Al-Quran. Cara ini boleh mendekatkan anda dengan Al-Quran dan juga peroleh pahala yang banyak.
Sepanjang Ramadan ini nanti sudah tentu masjid atau surau meriah dengan kuliah atau majlis ilmu. Hadirkan diri anda di majlis-majlis ini agar keberkatannya dapat anda perolehi.
Ibadah ini paling senang dilakukan. Lakukan ini dengan kerap dan konsisten. Pahala dari sedekah akan digandakan sehingga 700 kali ganda di bulan Ramadan ini.
Hubungan antara kita dan manusia lain seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin terutamanya dengan ahli keluarga terdekat kita. Cuba kawal emosi dan tahap moody semasa haid ini dan layan mereka dengan sehabis baik.
Semoga kita yang sedang datang bulan ini tidak sesekali alpa dan lalai dalam merebut pahala semasa Ramadan nanti. Sesungguhnya sangat rugi jika kita tertinggal peluang ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah mengalami wajah yang rosak teruk akibat breakout, tetapi tidak pernah berputus asa untuk merawatinya. Setelah hampir lima bulan, akhirnya wajah gadis ini pulih selepas menggunakan produk murah yang hanya dibeli di drugstore. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, boleh mencuba pengalaman dikongsi gadis ini, Lana Hazis di facebook beberapa tahun lalu.
Usahkan biarkan breakout menganggu mood merai Syawal gara-gara tidak yakin untuk berhadapan dengan orang atau kala diajak tema-teman untuk berselfie. Apa yang penting rajin menjaga wajah supaya ia tetap kekal terjaga.
Memandangkan ramai yang bertanya skincare apa yang saya gunakan untuk kulit muka saya yang breakout. Saya kongsikan beberapa produk yagn saya gunakan sejak dari bulan Mac hingga ke hari ini. Mungkin boleh membantu anda yang sedang mengalami masalah kulit wajah yang teruk pada waktu ini. Ini berdasarkan pengalaman saya. Siapa yang kenal saya, tahulah macam mana rupa wajah saya sebelum ini.
Okay, ini adalah wajah saya semasa breakout. Teruk sangat-sangat. Berlaku pada bulan Mac yang lalu. Memang teruk habis dengan jerawat pun bengkak, memang stress masa itu. Pipi, dahi, dagu semua terjejas.
Ini gambar pada bulan Mei kalau tak silap. Wajah saya pun okay sikit, hanya sedikit sahaja jerawat yang timbul. Cuma parut sahaja memang jelas kelihatan walaupun letak foundation tebal mana pun, tetap akan nampak.
Gambar dalam bulan Mei juga. Muka dah kurang berjerawat namun parut masih menggila.
Ini gambar wajah saya yang breakout teruk. Tak pernah berlaku sebelum ini dan ini kali pertama saya terkena. Memang sakit bila nak cuci muka, guna tangan pun sakit. Dahi langsung tidak dapat disentuh, sengsara sangat sampai nak menangis pun ada. Dari muka putih, lalu menjadi gelap, kusam sebab nak elak gunakan skincare pemutih.
Cetaphil Cleanser ini saya gunakan sejak bulan Mac hingga sekarang. Ini dah botol yang ketiga. Percubaan pertama guna Cetaphil Cleanser 125 ml sahaja. Kemudian digunakan secara konsisten hingga sekarang, malah ketika kulit muka tak berjerawat sangat pun saya masih gunakan.
Harganya bagi 125 ml tak mahal, dalam harga RM18 sahaja. Kalau 250 ml ini saya beli semasa ada promosi dengan harga RM20 sahaja. Harga asalnya RM30. Serius cleanser ini sangat bagus sebab tak ada buih. Rasa gentle saja bila gunakan di muka. Paling penting ia produk dermatologist. Boleh dapatkan di Watson atau Guardian. The best cleanser bagi saya setakat ini.
Yang ini untuk kulit muka yang ada liang pori kecll atau yang halus-halus boleh cuba gunakan produk ini. Bukan setakat mengecilkan liang pori sahaja tetapi boleh mengurangkan parut yang kelihatan di wajah. The best scrub ever that I had. Highly recommended.
Selain itu boleh menggurangkan blackhead dan whitehead juga. Cubalah. Anda tidak akan menyesal selepas cuba menggunakan scrub ini. Tetapi jangan guna seketika sahaja, sebab ia tidak akan memberikan kesan yang ketara. Konsisten guna produk ini, barulah nampak kesannya. Harganya dalam RM15 dan boleh dapatkan di Watson dan Guardian.
Eucerin Cleansing Foam, boleh tahan mahal harga pencuci muka ini, RM34. Tetapi ia bagus sebab boleh mengurangkan tahap sensitiviti kulit wajah kita. Jenama Clinical tak ada produk agen pemutih. Jadi tak perlu hairanlah kenapa muka saya dulu kusam dan gelap semacam. Tetapi serius produk ini best. Memang habis licin muka saya dicuci. Saya guna produk ini dulu sebelum guna scrub St. Ives, kemudian Cetaphil.
Ini cleansing lotion kegemaran saya. Saya baru gunakan produk ini sejak bulan Mei. Serius best dan kurang jerawat di muka. Kulit muka saya yang kering menjadi lembab selepas mencuci muka menggunakan produk ini. Tetapi pastikan anda guna toner dulu, kemudian baru guna losyen ini.
Boleh juga guna losyen jenama yang lain, asalkan bersesuaian dengan kulit wajah. Tetapi saya lebih gemar menggunakan produk yang ini sebab harganya murah dan sesuai untuk kulit saya. Harganya dalam RM15 untuk sebotol. Seperti biasa, anda boleh dapatkan di Watson atau Guardian.
Ini toner yang saya katakan tadi. Toner untuk membuang segala kotoran selepas kita mencuci muka. Tetapi jangan gosok terlalu kuat, gosok perlahan-lahan sahaja. Serius best, bau pun best. Bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti saya. Alhamdulillah sekarang dah kurang. RM10 saja harganya kalau tak silap dan seperti biasa, boleh dapatkan di Watson atau Guardian.
Nak lembabkan muka di waktu malam, saya guna moisturiser dari Melaleuca. Ya, ini moisturiser yang paling best saya pernah rasa bila digunakan sewaktu tidur. Kulit wajah rasa lembut saja. Tak kering, tak kusam dan tidak berminyak juga. Ini adalah produk skincare organik. Harganya dalam RM28 kalau tak silap.
Ini pula moisturiser yang digunakan pada waktu siang sahaja. Yang Melaleuca tadi digunakan pada waktu malam sebab yang ini berminyak sikit. Jadi di waktu siang, saya akan sapu bedak sikit dan moisturiser ini untuk melembabkan muka dan tidak keringkan kulit muka walaupun anda guna bedak berkilo-kilo di muka.
Biasalah jenama Cetaphil, hampir kesemua produknya bagus. Buka setakat muka, tangan dan badan pun boleh guna. Cubalah dulu, jangan guna seketika sahaja sebab ia tidak akan memberikan kesan. Yang penting, konsisten cara penggunaan, barulah nampak hasilnya.
Ini untuk mengecutkan jerawat batu atau jerawat besat. Produk ini bagus dan ia lebih kurang seperti Dalacin T. Harganya boleh tahan, RM35. Memang bagus tetapi pedih sedikit. Sapukan pada bahagian jerawat sahaja. Sekarang dah jarang guna Pipi saya ada nixoderm.
Untuk menghilangkan parut, cuba guna blemish control stick ini. Ia berfungsi mengurangkan parut dan harganya pula RM29. Sama juga produk dari Melaleuca, sapu di parut sahaja. Jangan sapu pada keseluruhan muka dan hanya dipakai pada waktu. Waktu siang tak perlu, hanya pada waktu malam sahaja ia berkesan.
Selepas muka dah kurang berjerawat, saya cuba guna produk ini. Dari sekolah dulu dah suka guna produk ini. Tapi selalu diskip sebab malas. Ada dua jenis, satu biru dan satu lagi berwarna hijau. Yang biru untuk kulit normal dan yang hijau untuk kulit berjerawat. Tak mahal, RM8 sahaja. Ini bukan produk pemutih tetapi merawat kulit kita selepas breakout teruk.
Selain dari menggunakan moisturiser pada waktu malam, saya selangkan hari menggunakan bedak sejuk ini. Malam ini guna bedak sejuk, malam esok guna moisturiser. Berselang-seli gitu. Nak cantik mesti pandai, kan? Apa yang saya campur dengan bedak sejuk ini? Kalau nak tahu, saya lebih gemar campur atau bancuh dengan eskinol yang ada vitamin sebab kesannya lebih cepat. Cubalah dulu dan rasa kesannya macam mana. Tetapi eskinol saya dah habis dan sekarang dah jarang guna bedak sejuk. Eskinol boleh guna yang mana-mana jenis pilihan anda, semuanya sesuai. Lebih best lagi, campur eskinol dari air biasa. Percayalah.
Mineral spray dari Avene. Agak mahal juga sebab masa saya beli combo dua botol besar dengan harga RM80 di Sasa pada waktu promosi. Sembur setiap 30 minit pada muka. Setiap satu minit pun boleh asalkan rajin nak sembur. Produk ini bagus bagi mengurangkan tahap sensititiviti kulit muka selain memberi kesegaran pada muka kita.
Saya selalunya sebelum cuci muka, saya sembur dulu kemudian selepas cuci dan sebelum menggunakan semua produk skincare, saya spray juga dan tunggu sampai kering, barulah gunakan skincare. Produk ini ada banyak jenis. Yang berwarna jingga untuk kulit sensitif, warna merah jambu untuk kulit kering.
Yang ini baru dibeli tadi sebab terinin nak cuba, Orang kata Cosmoderm bagus. Muka saya memang dah pulih dan tidak seperti dulu. Tetapi kita mesti menjawab muka. Tak mahal, harganya RM25 sahaja dan boleh dapatkan di Watson atau Guardian. Ia berfungsi mengurangkan parut, rekahan kulit, sunburn bagai. Lembut saja teksturnya.
Inilah wajah saya yang sudah pulih seperti sedia kala sejak dari bulan Mac hingga kini. Tak adalah flawless sangat tetapi sekurang-kurangnya bersih sikit dari wajah yang sebelum ini seperti kertas pasir. Liang pori dan parut memang masih ada tetapi semakin berkurangan tidak hitam seperti dulu. Jerawat pun segan dah nak tumbuh di muka saya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diam tak diam kita sudah hampir sampai ke penghujung Ramadan. Dalam bergembira menyambut Syawal, ada antara kita yang sedih untuk meninggalkan bulan penuh mulia ini. Ramai menangis mengenangkan betapa masanya sudah hampir tamat untuk melakukan banyak amal ibadat di bulan Ramadan ini.
Seperti perkongsian Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang memberi ingatan kepada netizen untuk menangis di hujung Ramadan ini. Banyak perkara yang perlu ditangisi sebelum berakhirnya bulan paling mulia dari seribu bulan ini.
Ayuh ikuti perkongsian Ustazah Norhafizah yang boleh kita jadikan peringatan untuk diri kita sendiri.
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yg keras… menangislah untuk hati yg masih belum bisa memaafkan…
hati yg belum redho… hati yg belum bersyukur… hati yg masih lupa tujuan hidup… hati yg sibuk dgn dunia… menangislah juga utk hati yg dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yg sempurna… menangislah utk hati yg tidak pandai menyayangi dan menghargai …
mudah2an dgn tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah utk ramadhan yg telah disia-siakan… mana tangisanmu utk kematian yg semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis… menangislah utk setiap tangisan yg tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah utk mata mu yg kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah…
Ya Allah berapa banyak tangisan yg akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yg Engkau redhoi.
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan utk menangis kerana kasihNYA kepada kita.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!