Proses penuaan tidak dapat dielakkan, itu adalah lumrah kehidupan kita sebagai manusia. Namun kesihatan dan kecantikan boleh dijaga sebaik mungkin, kerana amanah Allah SWT ini merupakan hadiah terindah buat kita.

Oleh itu, jangan makan secara berlebihan kerana ia akan memudaratkan. Menjaga wajah dan dan tubuh agar kekal sihat dan berseri, semuanya bermula dari pemakanan. Alam semuala jadi cukup kaya dengan buah-buahan dan juga tumbuh-tumbuhan yang memberi seribu satu manfaat kepada diri.

Ini adalah tujuh makanan yang boleh anda amalkan untuk membantu melambatkan proses penuaan.

DELIMA
Buah delima memang popular dan digunakan sejak dahulu lagi sebagai satu sumber untuk pengubatan. Dengan nilai vitamin C yang tinggi, buah delima mampu melindungi tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas sekaligus mengurangkan keradangan. Nikamti buah delima ini di dalam minuman ataupun anda boleh menjadikannya sebahagian dari bahan di dalam salad.

IKLAN

BAYAM
Nyum! Ini merupakan sayur kegemaran penulis. Kalau anda nak tahu, bayam memiliki kandungan antioksida yang tinggi dan ia sangat bagus untuk tubuh. Selain itu, kandungan vitamin C yang tinggi dari dedaun hijau akan meningkatkan perkembangan kolagen bagi memastikan kulit anda tetap halus dan anjal. Sayuran ini juga merupakan sumber vitamin A yang dapat membantu mengurangkan keradangan sel dan juga vitamin K yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan di kulit.

IKLAN

BERI BIRU (Blueberry)
Buah beri biru mungkin sedikit mahal kerana ia bukan tanaman keluaran tempatan. Buah kecil ini memeiliki vitamin C, K dan nutrient lain yang mencegak kerosakan sel dan memiliki efek anti penuaan. Anda boleh nikamati buah ini begitu sahaja atau masukkan di dalam minuman anda.

IKLAN

TOMATO
Bah tomato antara bahan yang selalu kita masukkan ke dalam masakan. Kalau nak tahu, buah tomato mengandungi lycopene yang merupakan karetenoid yang membantu melindungi kulit dari sinar sinar matahari. Tomato juga mengandungi kelebihan anti inflamasi pada kulit manusia. Enak dimakan begitu sahaja, tomato juga boleh dimasukkan kedalam setiap masakan sepeti sup ataupun salad.

LEMON
Buah lemon merupakan sumber vitamin C yang sangat baik. Penulis selalu minum air lemon setiap pagi untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Kalau anda nak tahu Vitamin C yang ada pada buah lemon merupakan antioksidan yang menghalang radikal bebas dan ia juga memiliki kandungan flavonoid yang baik untuk kulit. Perah buah ini ke dalam air suam ataupun nikmatinya sebagai salad dressing. Yums!

Sumber: Cosmopolitan Indonesia, Sumber Gambar: pexels.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI