Hakikat untuk memiliki kulit wajah yang cantik, bersih tanpa cela, bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.

Kebiasaannya sebelum menanak nasi, sudah tentu anda akan membasuh beras itu terlebih dulu. Air cucian beras biasanya akan dibuang. Tahukah anda bahawa sebenarnya, air basuhan beras boleh digunakan untuk penjagaan kecantikan. Air beras mengandungi pelbagai khasiat tersembunyi yang akan membuat anda lebih cantik.

Beras terutama air beras banyak manfaatnya lebih-lebih lagi untuk kecantikan. Zaman dulu-dulu wanita tidak perlu pun beli produk kecantikan mahal-mahal. Hanya guna air beras sahaja untuk rawat kulit wajah.

Photo by Dario Mendez from Pexels

Air beras boleh dijadikan sebagai pencuci wajah (cleanser) atau pun (penyegar wajah) toner. Bagi yang tidak tahu, ianya juga rahsia masyarakat China dan Jepun memiliki kulit wajah yang berseri-seri (glowing). Memang menjimatkan. Tidak perlu pun hendak beli produk yang mahal.⠀⠀⠀

Air beras mengandungi allantoin yang mempunyai sifat anti radang, yang menjadikannya toner semulajadi yang hebat untuk kulit anda. Air beras juga boleh menggalakkan dan merangsang pertumbuhan sel dan regenerasi kulit. Namun apa yang paling menarik ialah ia boleh menegangkan kulit wajah dan mengurangkan liang-liang pori terbuka.

IKLAN

Selain itu air beras ini mengandungi vitamin B1, C, E dan garam mineral yang sangat bagus untuk memulihkan kesan jerawat, jeragat dan kesan parut. Selepas ini, jangan buang air beras  selepas membasuh beras. Gunakan ia sebagai pencuci wajah (cleanser) atau pun penyegar wajah (toner). Jika digunakan setiap hari kulit wajah akan kelihatan lembut dan gebu.

Photo by Tetiana SHYSHKINA on Unsplash

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat pencuci wajah (cleanser) dan penyegar wajah (toner).

IKLAN

PENYEGAR WAJAH (TONER) DAN PENCUCI WAJAH (CLEANSER) AIR BERAS⠀⠀⠀
1. Sediakan 1/2 cawan beras, dan basuh sebersihnya. Basuhan pertama untuk buang kotoran pada beras.⠀⠀⠀
2. Selepas itu masukkan beras yang sudah dibasuh dan masukkan air sampai beras tenggelam. (Sukatan lebih kurang seinci).⠀⠀
3. Biarkan selama 15 minit..⠀⠀⠀
4. Selepas 15 minit, tapis airnya ke dalam bekas yang sesuai untuk penyegar wajah (toner)/pencuci wajah (cleanser). Dan beras yang dibasuh itu janganlah dibuang pula. Masaklah seperti biasa.

Photo by cottonbro from Pexels

*Jadikan air beras sebagai pencuci muka (cleanser). Guna sebelum atau selepas dengan pencuci biasa. Gunakan air beras selalu bagi mendapatkan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.⠀⠀⠀

IKLAN

*Jadikan sebagai penyegar wajah (toner) muka, ‘dap-dap’ sahaja kulit wajah apabila air beras ini digunakan sebagai penyegar wajah (toner). Gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur untuk kesan yang maksimum.

HIJABISTA: Penting untuk kita menggunakan skrub wajah untuk menghilangkan sel-sel mati pada kulit wajah. Pilihlah skrub wajah yang kurang kasar bagi mengelakkan luka pada kulit muka terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis sensitif.

Sumber kredit: dieyaamolek Top image: Photo by Pierre Bamin on Unsplash Photo by cottonbro from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI