Penampilan serba putih menyerlahkan seri pengantin buat dua mempelai yang sama cantik sama padan ini.
Penyanyi berwajah manis, Nabila Razali hari ini berkongsi hantaran di akaun Instagramnya bahawa dia kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan Nik Iruwan dengan hanya sekali lafaz.
Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz.
Majlis yang berlangsung secara privasi ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden itu, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
Ads
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini berlangsung secara sederhana dan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat serta selebriti.
Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Ads
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.
Berikut beberapa lagi koleksi foto sekitar majlis pernikahan Nabila Razali dan Nik Iruwan: –
Ads
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebelakangan ini negara digemparkan dengan pelbagai berita berkaitan selebriti dan juga figura seni tanah air yang kembali ‘U-turn’, meskipun setelah berhijrah dengan memakai hijab.
Perkara ini seolah menjadi fenomena apabila berita mengenainya, lepas satu-satu didengari. Justeru, pelawak dan pelakon, Noorkhiriah tampil mengulas isu ini. Dalam masa sama, menitipkan tiga pesanan buat selebriti berhijab di luar sana.
Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Noorkhiriah telah mengekspresikan rasa dukacita dan sedih, tatkala melihat semakin ramai individu dalam dunia seni dan rakan-rakan seperjuangan yang memilih untuk membuka tudung.
Jelasnya lagi, dia turut merasakan tempias dan runsing memikirkan isu ‘tudung terbang’ yang sememangnya bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama Islam, dimana para wanita WAJIB menutup aurat dengan sempurna seperto yang digariskan oleh syarak.
Bagaimanapun, Noorkhiriah sedar bahawa dia bukanlah individu yang layak untuk membahas serta mengulas isu ini. Apatah lagi menghakimi golongan ini kerana dirinya juga masih sentiasa bertatih memperbaiki diti ke arah lebih baik.
Namun, beliau merasa bertanggungjawab untuk menitipkan tiga pesanan khusus untuk rakan selebriti, khususnya mereka yang berhijab diluar sana. Berikut merupakan tiga nasihat yang diberikan Noorkhiriah.
“Bukan tugas akak untuk menilai… Akak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik.
“Nak jadi macam yang itu yang ini. Sebolehnya hati kena kental dik.. Kalau tak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada.
“Sedih juga sbenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing. Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu.
“Cuma pesan akak bila dah puas kepok-kepokan cinta dan baju belahan dada, berdoalah berdoalah semoga dibukakan kembali pintu hidayah yang pernah dapat dulu.
“Akak pernah muda, pernah macam rasa sama macam adik-adik yang tengah bergelora sekarang ini.
“Pesan akak cuma satu, bila Allah dah bagi petunjuk dan hidayah, ambillah… Pegang kemas-kemas sebab tak semua dapat.
“Jangan sampai Allah murka tak nak pandang langsung, buruk padah dik. Ini berdasarkan pengalaman akak yang berdosa ni.
“Rupanya macam-macam hidup ini kena jaga bukan setakat aurat. Jangan sampai Allah tarik nikmat. Jaga diri semua. Berpesan pesanlah pada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon hebat ini juga memohon maaf seandainya pesanan yang diberikan itu mengguris hati sesiapa.
“Maaf andai tulisan akak mengguris tapi akak sebagai saudara seislam, itulah tanggungjawab akak supaya bila ditanya Allah nanti.. Sekurang-kurangnya Allah tahu akak dah pesan dekat sini, maaf sekali lagi,” tulisnya dalam hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Sekadar info, pada Ahad lalu seorang penyanyi wanita BBNU telah mengejutkan industri seni tanah air, apabila dia memuat naik foto terbaharu tanpa memakai hijab dan menggayakan skirt beserta boot panjang.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sememangnya sinonim dengan tudung bawal yang menjadi pelengkap dalam setiap penampilan formal mahupun kasualnya.
Biarpun nampak ringkas dan sederhana namun gaya Ahli Parlimen Nibong Tebal serta Ketua Wanita ini sering menjadi perhatian ramai.
Lebih-lebih lagi ketika beliau menggayakan kurung pesak mahupun moden, penampilannya nampak sangat manis dan ‘awet muda’ pada usia 46 tahun!
Sebelum ini, beliau pernah berkongsi hantaran di akaun media sosialnya di mana beliau menyarungkan pakaian hasil jahitan pelajar Kolej Vokasional (KV).
Biarpun berstatus VIP beliau tetap memilih tudung, baju dan beg karya pelajar kolej kemahiran itu. Malah, beliau juga adalah peminat setia kepada hasil-hasil jahitan institusi tersebut.
Terbaharu, beliau telah memuat naik satu hantaran di mana beliau menyarungkan tudung bawal keluaran kolej tersebut.
Dalam hantaran itu, beliau mengenakan kemeja polos berwarna biru muda dilengkapi dengan tudung bawal warna senada. Ia digayakan dengan kemas mengikut syariat.
“Begitulah eloknya kejadian tudung bawal yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional ini apabila dipakai.
“Ada pelbagai warna dan corak dikeluarkan oleh Kolej Vokasional bagi koleksi bawal mereka.”
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan hasil produk inovasi keluaran Kolej Vokasional KPM yang sangat berpotensi untuk pasaran komuniti.
“Di Kolej Vokasional KPM, kami sentiasa berbangga dengan produk inovasi keluaran KV kerana ia adalah hasil tangan anak tempatan yang sebenarnya sangat baik untuk pasaran komuniti.
Malah, menurut beliau ia juga mampu memberi inspirasi keusahawanan untuk lepasan Kolej Vokasional meneruskan perniagaan sendiri selepas tamat graduasi.
Warga maya tertarik dengan penampilan beliau dan meluahkan rasa bangga dengan hasil keluaran Kolej Vokasional.
“Semoga keluaran KV terus cemerlang.”
“Sejak YB berkongsi berkenaan baju-baju yang YB pakai adalah hasil pelajar-pelajar KV.. saya sangat terinspirasi.. dan sekarang tudung pula.. tahniah YB kerana usaha murni YB menaikkan nama KV.. semoga dipermudahkan semua urusan YB.. Aamiin.”
“KV antara produk KPM yang berharga di pasaran kerja dan masyarakat..”
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semakin hari, debaran bagi rakyat Malaysia dapat dirasakan kerana bakal melaksanakan tanggungjawab yang besar untuk memilih pemimpin yang seterusnya. Pilihan raya kali ini menjadi penentuan bagi masa depan negara ini.
Namun, dalam kesibukan orang ramai dalam mendengar manifesto dan membuat pilihan parti politik, beberapa syarikat makanan sedia memberi manfaat buat anda yang mengundi! Banyak promosi serta diskaun yang diberikan jika ada tercalit dakwat di jari anda!
Pemilihan yang tepat sewaktu hari undian pilihan raya yang bakal dijalankan 19 November 2022, Sabtu ini, akan menandakan satu permulaan baru bagi negara Malaysia. Banyak ideologi yang telah tersebar untuk menyakinkan hati memilih pemimpin yang bagus.
Setiap orang pasti ada pemilihan parti politik mereka tersendiri, mengikut faktor-faktor yang mendorong seseorang itu tertarik dan ingin parti itu memimpin di masa hadapan. Apa-apa pun, semua pilihan adalah di atas tangan anda!
Saat ramai yang sibuk untuk mendengar manifesto dan membandingkan ideologi parti politik antara satu sama lain, syarikat makanan sudah mula mengeluarkan iklan promosi dan diskaun bagi rakyat Malaysia!
Tujuan sedemikian adalah untuk mendorong rakyat Malaysia supaya keluar mengundi dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Dalam masa yang sama, diskaun dan promosi yang tersedia juga ingin menceriakan orang ramai dalam keadaan yang agak gelisah buat semua untuk mengetahui pemimpin yang bakal menerajui negara ini kelak!
Perkongsian oleh pemilik akaun Twitter @ErahSootelah senaraikan beberapa promosi dan diskaun yang ada pada hari mengundi. Banyak juga manfaat jika anda pergi keluar mengundi! Jadi apakah ia? Jom kita lihat bersama.
#1 Secret Recipe
Diskaun sebanyak 30% untuk mana-mana minuman yang anda beli hanya di Secret Recipe!
#2 Taco Bell
Jika ada yang belum mencuba Taco Bell yang sudah buka di Malaysia, ini peluang anda untuk mencuba! Hanya berharga RM5 sahaja untuk menikmati hidangan di sini.
#3 Old Town White Coffee
Penggemar kopi boleh mendapatkan 1 percuma minuman kopi di Old Town White Coffee. Ikuti sahaja terma dan syarat yang disertakan untuk claim minuman anda!
#4 Tealive
Promosi ini sudah bermula sejak 14 November dan akan berlangsung sehingga 20 November! Jadi bagi mereka yang ingin mencuba minum perisa yang berlainan dari kebiasaannya, bolehlah mencuba di Tealive sementara waktu masih ada!
#5 Hokkaido Baked Cheese Tart
Sedapnya! Tart keju Hokkaido ini sangat popular dan pasti anda inginkannya lagi selepas makan!
Ha…bukan sahaja syarikat makanan malah Beam juga menawarkan promosi bagi anda yang ingin bergerak dengan lebih mudah ke tempat undian nanti. Jadi apa lagi? Segera muat turun aplikasi Beam untuk naiki dan nikmati promosi ini.
#7 Watson
Bagi anda yang ingin restock semula barangan kelengkapan mandi atau penjagaan diri, segeralah ke Watson yang berdekatan pada hari mengundi. Apa-apa jenis barangan jenama Watson boleh mendapat diskaun sebanyak 15%!
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.