Serum merupakan produk asas yang membantu untuk menghilangkan parut jerawat serta melenyapkan masalah jeragat. Serum juga berfungsi untuk menjadikan kulit wajah lebih licin, rata dan lebih putih. Hari ini, banyak rangkaian produk serum yang memiliki fungsi yang berlainan daripada jenama yang berbeza. Pun begitu, tidak semua produk serum memberikan kesan terbaik kepada kulit wajah kita.

Sumber gambar: Her World

Tahukah kamu, sebenarnya serum boleh dibuat sendiri hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi, hanya menggunakan dua buah utama untuk membuat serum yang terbaik pada kulit wajah. Untuk hasil yang baik, sapukan di muka dua kali sehari, pagi dan malam untuk menjadikan kulit lebih bersih dan bersinar!

Resepi untuk menghasilkan serum sendiri:

Bahan bahan:

1. 1 hirisan grapefruit (limau gedang) 

2. 1 hirisan lemon 

3. 1 hirisan oren 

IKLAN

4. 2 sudu besar glycerin (boleh dapatkan di kedai kek)

5. 2 Sudu besar aloevera gel 

6. 2-3 biji Vitamin C (beli dekat farmasi)

7. 1-2 Sudu besar tepung jagung

IKLAN
Sumber gambar: Healthline

Cara buat :

1. Mula-mula, perah kesemua buah-buahan yang digunakan. Kemudian, ambil jusnya. 

2. Kemudian masukkan sedikit campuran glycerin. 

IKLAN

3. Masukkan aloevera.

4. Masukkan vitamin C yang di tumbuk. 

5. Masukkan tepung jagung. 

6. Kacau lawan jam sampai sebati.

7. Sapukan di permukaan muka. Tinggalkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Lakukan amalan ini dua kali sehari untuk kesan yang lebih terbaik.

Antara kelebihan serum yang boleh kamu perolehi adalah:

  1. Tekstur molekul serum yang nipis, yang menyerap jauh ke bawah kulit.
  2. Ia berfungsi sebagai pelembap terutamanya kepada kulit wajah yang berminyak kerana ia mampu menghalang daripada pembentukan minyak di kulit wajah.
  3. Fungsi khusus serum adalah untuk merawat masalah jerawat, antipenuaan, jeragat, bentuk-bintik hitam, kulit kering atau berminyak. Jadi ia memfokuskan kepada masalah kulit dan kesannya akan lebih cepat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI