Banyak cara untuk kita menghilangkan whitehead dan blackhead di wajah kita. Ada yang suka menggunakan skrub dan ada juga yang memilih untuk melakukan rawatan facial. Namun, jika anda gemar melakukan sendiri di rumah dengan bajet yang murah, anda bolehlah mencuba cara yang dicadangkan ini.

Di facebook, Hidayah Mohan Shah telah berkongsi caranya menghilangkan whitehead dan blackhead engan hanya menggunakan kunyit, telur dan tisu sahaja. Mudahnya!

TIPS MEMBUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD GUNA KUNYIT, TELUR & TISU

Bahan-bahan

1. 1 tsp FACE MASK TURMERIC
2. 1 biji Putih telur
3. Tisu

Cara-cara

IKLAN

1. Campur serbuk Face Mask Turmeric & putih telur, kacau sebati
2. Sapu campuran tadi pada wajah. Tampal tisu atas sapuan tadi.
3.Untuk tebal kan lagi mask, ulang langkah 2 banyak kali.
4. Tunggu sehingga betul ² kering baru tanggalkan mask tersebut dan bilas dengan air bersih.

Actually ada banyak cara untuk buang whitehead & blackhead. Yang ni adalah salah satu cara yang boleh korang guna.

By the way, dalam resepi ni Kak Yaya guna Face Mask Turmeric dari The Beauty Hacks. Kak Yaya memang suka guna Face Mask Turmeric ni sebab kunyit dia memang dah di khaskan untuk kulit wajah mengandungi kolagen, vitamin & akar kayu.Kebaikan masker kunyit ni banyak sekali antaranya :

IKLAN

1.Mengubati dan mengatasi masalah Jerawat
2.Mengatasi kulit berminyak
3.Mengurangkan kedutan dan mencegah penuaan 
4.Mengatasi pigmentasi
5.Menghaluskan kulit wajah
6.Mengangkat sel kulit Mati
7.Mengurangi lingkaran hitam pada mata.
8.Meratakan dan mencerahkan warna kulit.

Selamat Mencuba ??

Yayamohans ✍️

IKLAN

kredit: facebook Hidayah Mohan Shah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI