Hadiah Buat Arwah Ayah, Graduan Politeknik Terima RM80 Ribu Lepas Cemerlang Dapat Anugerah Dekan

Share

Tiada apa yang lebih puas apabila dapat memberikan senyuman di wajah orang tua kita di saat mereka melihat kita berjaya. Ya, itulah hadiah yang sangat indah dan bermakna buat mereka. 

Terharu dan bersyukur, itulah perasaan yang dirasakan oleh Nur Shahira Sazlin Sharom apabila berjaya mendapat Anugerah PKT Excellence Award 2019 sebanyak RM80 ribu selepas memperoleh keputusan cemerlang keseluruhan pengajian.

Berkongsi kisahnya di twitter, Shahira yang merupakan graduan Politeknik Shah Alam dalam jurusan pengurusan logistik dan rangkaian bekalan ini layak menerima anugerah tersebut selepas berjaya menerima anugerah dekan di majlis konvokesyen.

Study smart bukannya study hard!

Bila dekat dengan Al-Quran, insyaAllah segalanya akan jadi mudah untuk kita.

Dia juga tak lokek berkongsi bersama semua mengenai caranya belajar hingga berjaya memperoleh anugerah dekan.

Haaa… ingat tau sis panduan yang diberikan ini. Pentingnya jaga carry marks

kalau nak cemerlang setiap semester. Terharu dengan komen-komen positif daripada kenalan twitter, Shahira juga mendedikasikan kejayaan ini buat arwah ayahnya yang tercinta. Didoakan akan Shahira akan terus sukses dalam bidang yang diceburi ini. InsyaAllah.
IKLAN