Tidak dapat dinafikan penggunaan concealer boleh menjadi solusi agar kulit wajah nampak semula jadi. Kekurangan pada kulit wajah seperti parut jerawat dan jeragat mampu ditutup dengan bantuan sapuan concealer.

Walau bagaimanapun, penggunaan concealer haruslah tepat. Jika anda sering menggunakan concealer bagi menutup kekurangan pada wajah dan menginginkan sapuan tampak lebih semula jadi, anda perlu segera mengubah cara sapuan agar lebih berbeza.

Photo by Emma Bauso from Pexels

Berikut tip menggunakan concealer dengan cara yang betul agar hasil solekan jadi lebih mantap!

PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN RONA KULIT
Teknik menggunakan concealer agar kelihatan natural dengan rona kulit wajah adalah dengan memilih rona dasar. Jika anda menggunakan concealer warna terang pada kulit yang lebih gelap, hasilnya kulit anda akan kelihatan kelabu.

IKLAN

BIARKAN SEKETIKA AGAR CONCEALER SEBATI DENGAN KULIT WAJAH SEBELUM LANGKAH SOLEKAN YANG SETERUSNYA
Beri waktu seketika selepas anda mengaplikasikan concealer. Ini kerana ia penting untuk  mendapatkan hasil sapuan yang lebih kemas dan rata. Selain itu sela masa yang diberikan antara solekan memberi ‘peluang’ concealer melekat dengan lebih baik pada kulit. Cranya mudah sahaja. Biarkan concealer sekitar satu minit kemudian barulah mulakan langkah solekan yang seterusnya.

Photo by Sound On from Pexels

TAMBAHKAN WARNA YANG LEBIH TERANG HANYA PADA BAHAGIAN DALAM
Jika anda tersalah beli concealer yang terlebih terang, jangan buang concealer itu dulu kerana ia boleh digunakan untuk tampilan “no-concealer” concealer. Anda boleh terapkan warna yang sedikit lebih terang daripada warna kulit pada bahagian dalam bawah mata, yang biasanya merupakan kawasan yangp aling gelap. Lapisi kembali dengan concealer rona yang senada.

IKLAN

MENYATU DENGAN BAIK
Sama ada anda menggunakan jari, berus, atau span, hal terpenting yang harus diingat ketika mengaplikasikan concealer di bawah mata adalah dengan cara dap dap dan tidak menggosoknya. Cara ini amat bantu untuk menyamarkan noda tanpa kehilangan kemasan litupan yang kemas dan rata.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

SEGERA SAPUKAN LOOSE POWDER ATAU BEDAK DWI CARA
Selepas mengaplikasi concealer dan dibiarkan selama lebih kurang satu minit, segera sapukan bedak dwi cara atau loose powder bagi ‘mengunci’ concealer pada wajah.  Concealer yang dibiarkan begitu sahaja akan mula muncul garis-garis halus. Namun apa yang boleh dilakukan apabila keadaan ini terjadi ialah dengan cara menyapukan sedikit bedak dengan bantuan berus atau span untuk meratakan kembali garisan yang muncul pada wajah.

Photo by cottonbro from Pexels

HIJABISTA: Ambil masa untuk belajar cara-cara menggunakan produk solekan agar solekan yang diaplikasikan pada kulit wajah nampak sempurna. Solekan bukannya topeng wajah tetapi lebih kepada menaikkan seri wajah. 

Sumber kredit: Photo by cottonbro from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI