Bintik hitam atau blackhead dan bintik putih atau whitehead adalah masalah kulit yang kerap kali dialami tidak kira wanita mahupun lelaki. Masalah ini akan membuatkan kulit wajah kelihatan kusam dan bila disentuh terasa sedikit kasar.

Maka sebab itulah wajah memerlukan perawatan yang konsisten agar masalah blackhead dan whitehead ini dapat dirawat. Jika tidak dirawat, masalah whitehead dan blackhead ini akan terus bersarang pada kulit wajah sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat dan sebagainya.

Photo by cottonbro from Pexels

Cara yang terbaik untuk membuang whitehead dan blackhead yang ada pada permukaan kulit adalah dengan menggunakan cleansing oil. Sifat cleansing oil adalah licin. Oleh itu ketika mengurut kulit wajah, whitehead/blackhead akan tergelincir keluar.

Cleansing oil sangat membantu untuk mengeluarkan white/blackhead. Untuk mengawal komedo dari terus tumbuh dengan banyak pula, anda perlu menggunakan Salicylic Acid (BHA) dan Lactic/Glycolic Acid (AHA).

Photo by Anna Shvets from Pexels

BHA memastikan pori-pori bersih dan AHA pula mengelakkan sel-sel kulit mati dari tersumbat dalam pori-pori. Whitehead dan blackhead adalah masalah semula jadi kulit. Ianya tidak boleh dihilangkan secara kekal. Walau bagaimanapun dengan penjagaan kulit yang betul, whitehead dan blackhead boleh dikurangkan.

Berikut dikongsikan pilihan cleansing oil yang boleh anda cuba pakai. Ianya boleh didapati dengan mudah di mana-mana drugstore.

SIMPLE HYDRATING CLEANSING OIL 

IKLAN

Produk Simple sering dicari-cari oleh pengguna berkulit sensitif. Kandungan bahan di dalam produk Simple sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif. Ia sangat berkesan dalam membersih solekan dan kotoran pada wajah. pembersih ini tidak mempunyai alcohol dan pewangi. Diperkaya dengan bahan pelembap yang akan menjaga kulit sensitif yang rapuh itu. Kulit wajah anda tidak akan terasa iritasi dan merengsa selepas menggunakannya. KLIK SINI UNTUK BELI.

GARDEN OF WISDOM SALICYLIC ACID

Menghilangkan kotoran dan sisa solekan dengan mudah. Bagi mereka yang kerap menggunakan solekan, produk ini sangat sesuai untuk anda gunakan kerana ia mampu menyingkirka solekan pada wajah dengan lebih berkesan agar kulit lebih terpelihara daripada cela. KLIK SINI UNTUK BELI

IKLAN

HADO LABO CLEANSING OIL MAKEUP REMOVER

Larut dalam air, ia tidak meninggalkan rasa berminyak yang tidak menyenangkan. Dalam masa yang sama juga ia turut mengimbangkan PH kulit dan semestinya bebas wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Diperkaya dengan Super Hyaluronic Acid untuk menghidrat dan mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit sehingga kulit terasa lembut dan licin. KLIK SINI UNTUK BELI

 

IKLAN

THE ORDINARY LACTIC ACID 10% HA

Penggunaannya secara teratur dan konsisten mampu menjadikan kulit lebih cerah dan sekata. Ia juga mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Sesuai juga digunakan oleh mereka yang memiliki kulit jenis sensitif. Dalam masa yang sama kelembapan kulit wajah juga kekal terpelihara. KLIK SINI UNTUK BELI

HIJABISTA: Ramai yang taksub untuk kelihatan cantik hingga berani mencuba apa sahaja produk kecantikan di pasaran. Namun harus diingatkan bahawa sebelum menggunakan sebarang produk perawatan kulit wajah, pastikan anda sesuai dengan kandungan bahan dalam sesuatu produk. Elakkan menggunakan produk yang menggunakan bahan yang sensitif dengan kulit anda. 

Sumber kredit: Kanda Azizi Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI