Pemilihan warna gincu perlu sesuai dengan tona kulit. Malah, ada beberapa rahsia untuk membuatkan sapuan lipstik anda kekal kemas dan menawan sepanjang hari.

Seperti yang selalu diprakikkan oleh selebriti yang kita lihat cukup terletak sapuan gincu bibir mereka. Ada cara tertentu untuk memastikan riasan di bibir ini sempurna seperti juga solekan di bahagian mata.

Kata orang tidak perlu bermekap tebal cukuplah sekadar sapuan nipis pada bibir mungil anda. Pilih gincu bibir bersesuaian agar tidak mendatangkan masalah kelak.

  1. Bagi mengelakkan bibir kekeringan dek kerana sapuan gincu, kenakan pelembap bibir terlebih dahulu adalah cara paling afdal.

2. Jika mahu kekalkan rona lipstik, sapukan bedak padat pada bibir selepas diletakkan dengan sedikit pelembap bibir. Kemudian, barulah oleskan gincu. Warnanya akan tahan lebih lama. Cubalah.

IKLAN

3. Seandainya anda memilih untuk mengenakan pengilat bibir, sapuan perlu kemas agar bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna gincu yang cantik, oles gincu dan pengilat bibir yang mempunyai rona senada. Gabungan dua warna ini akan membuatkan warna lipstikmu kelihatan luar biasa indahnya.

IKLAN

4. Seelok-eloknya, ‘touch up’ bibir dengan gincu secara kerap agar ia kelihatan semula jadi. Hasilnya terkesan wow!

5. Tentu sekali anda mahukan warna bibir yang nampak natural, bukan? Pedapkan sahaja bedak padat pada bibir dan gunakan pengilat bibir tanpa warna. Cantik!

6. Inginkan solekan bibir yang ‘penuh’ dan tidak comot, cuma penuhkan bibir dengan warna pensel bibir. Hasilnya, warna tampak lebih kemas dan tahan lama.

IKLAN

Info Ekstra:

Sekiranya anda mempunyai bibir yang tebal, gincu jenis ‘matte’ adalah paling afdal buatmu. Ia membuatkan bibir anda kelihatan ‘penuh’ dan menawan. Namun begitu, pengilat bibir tidak digalakkan kerana hanya akan membuatkan bentuk bibirmu tampak terlalu besar.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI