Kecantikan

Gigi Nampak Kotor Kerana Pemilihan Warna Braces Yang Salah, Ikuti Tip Ini!

Share

Para hijabi perlu mengetahui bahawa warna getah “braces” memainkan peranan yang sangat penting kerana mampu mempengaruhi penampilan anda. Pernah tak anda melihat seseorang yang memakai “braces” dan merasakan bahawa mereka kelihatan begitu menawan tetapi ada pula yang  kelihatan biasa? Ha inilah rahsianya.

Dengan warna getah yang betul, anda boleh tampil dengan lebih yakin dan senyuman anda pasti akan menjadi kegilaan ramai. 

Sumber gambar dari pexels

Braces atau pendakap gigi adalah alat yang membantu untuk meratakan atau mengemaskan gigi yang berantakan. Penggunaan pendakap gigi ini biasanya mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun mengikut pada keadaan gigi anda. Sebahagian golongan terutamanya golongan muda kini memakai pendakap gigi hanya disebabkan “trend“. Tetapi ingat ya, jangan terpedaya dengan “fake braces”. Buruk padahnya nanti.

Artikel berkaitan: ‘Fake Braces’ Punca Penyakit Berjangkit, Pakar Kongsi Tentang Trend Pemakaian ‘Braces’

Pemakaian warna getah braces mengikut warna kulit anda.

Untuk mendapatkan warna getah yang tepat, anda perlu terlebih dahulu menyesuaikannya dengan jenis kulit dan warna rambut anda. Jika anda mempunyai kulit gelap, anda disarankan untuk memilih getah yang berwarna gelap. Namun jika anda mempunyai kulit cerah, anda boleh mencuba warna yang cerah.

1.PINK

Sumber gambar dari pinterest

Warna ini adalah antara kegemaran pemakai braces. Jika anda mempunyai tona kulit yang cerah, warna ini sempurna untuk anda. Ditambah pula jika dipadankan dengan warna bibir merah jambu anda, memang menawan!

2. UNGU VIOLET

Sumber gambar dari pinterest

Warna ungu violet ini sangat sesuai untuk anda yang berkulit sawo matang. Ungu adalah warna yang selamat untuk dipadankan dengan apa-apa warna pakaian anda. Ini disebabkan warna ungu tidak menimbulkan kesan yang tajam atau menonjol, sebaliknya memberikan kesan neutral.

3. KELABU ATAU PERAK

Sumber gambar dari Dr. Amy Ortho

Warna pendakap getah kelabu juga dikatakan warna yang selamat untuk dipilih. Kelabu atau perak merupakan warna neutral dan tidak menonjol. Terlihat seperti anda tidak memakai pendakap gigi langsung. Tambahan itu, warna getah ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan makanan.

4. BIRU MUDA

Sumber gambar dari pinterest

Biru muda boleh menjadi pilhan yang tepat untuk anda. Warna biru muda selalunya melambangkan personaliti yang ceria,“bubbly”

dan tenang. Selain biru muda, anda juga boleh mencuba warna teal. Ditambah pula jika anda berkulit cerah, amatlah sepadan. Jangan bimbang, jika anda berkulit sawo matang atau gelap, anda boleh memilih warna biru tua.

5. WARNA-WARNA GELAP

Sumber gambar dari pinterest

Warna-warna seperti merah, hitam dan biru sering menjadi pilihan utama pemakai “braces” terutama yang baru sahaja memakainya. Sebabnya adalah warna gelap boleh membuatkan gigi kita tampak lagi cerah. Jika anda seorang “beginner“, warna ini mesti menjadi pilihan hati anda kerana warna gelap sukar untuk menjadi kekuningan atau berubah warna. Biasalah, terkadang kita tidak dapat menahan diri untuk makan makanan yang mengandungi pewarna ataupun rempah yang kuat seperti kunyit, kari, masak lemak dan sebagainya.

6. WARNA WARNI

Sumber gambar dari WallpaperAccess
Sumber gambar dari Ogden Orthodontics

Para hijabi yang memakai “braces” pasti ada yang sudah mencuba kesemua warna diatas dan sudah bosan kan? Boleh lah cuba padankan getah dengan warna-warni. Anda boleh mimilih untuk memadankan dua warna atau lebih. Seperti sedia maklum, warna getah braces perlu ditukar setiap bulan, jadi jangan takut untuk mencuba dan bereksperimen ya. Lebih-lebih lagi dengan warna magenta, warna ini kelihatan tenang seperti pastel tetapi tidak membuatkan anda kelihatan pelik.

Artikel berkaitan: Penat DIEJEK, Gadis Ini Nekad Pakai Braces Melalui DOKTOR BERTAULIAH. Hasilnya Senyuman Jadi Cantik & Lebih CONFIDENT!

Selain itu, anda juga perlu tahu warna yang sebolehnya dielakkan agar gigi anda tidak terlihat kotor atau kekuningan.

  • KUNING atau OREN : Gigi anda akan terlihat seperti tidak digosok dan ada kekotoran.
  • HIJAU : Terlihat seperti ada sayur atau lumut melekat.
  • COKLAT : Akan terlihat karat.
  • PUTIH : Mudah bertukar warna.

Sebagai kesimpulan, memilih warna getah pendakap gigi mengikut warna kulit anda akan menjadikan anda kelihatan lebih yakin dan menawan. Yang paling penting, sentiasalah menjaga kebersihan gigi anda, dan bersihkan dengan ubat kumur. Penjagaan gigi semasa pemakaian “braces” sangatlah penting. Bahaya jika dibiarkan bakteria dan kuman terkumpul pada gigi anda.

Sumber: TokoPedia

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

IKLAN