Sebelum ini viral kisah dokor gigi palsu hingga menyebabkan ramai yang tertipu dengan perkhidmatan ditawarkan. Walaupun gadis berkenaan sudah dikenakan tindakan undang-undang, dan kisahnya patut dijadikan pengajaran. Sejak itu ramai yang cukup berhati-hati untuk membuat braces atau pendakap gigi kerana jika palsu boleh menyebabkan masalah kesihatan. Seperti kisah gadis bernama Jenny ini yang berkongsi pengalaman ngerinya membuat braces di sebuah klinik pergigian di Pandan Indah, Ampang.
Gigi mangsa yang memang tiada masalah dan dalam keadaaan tersusun. Tetapi gadis ini membuat keputusan untuk memasang pendakap gigi ini kerana mahu memastikan wajahnya nampak kurus terutama bahagian pipinya dan juga memastikan keadaan gigi nampak teratur dan lebih kemas.
TIADA SIAPA MAHU TANGGALKAN
Setelah enam bulan doktor gigi berkenaan berkata pendakap giginya sudah boleh ditanggalkan dan gadis ini segera menyelesaikan pembayaran. Namun begitu setiap kali dia pergi membuat susulan, tiada siapa yang menanggalkan pendakap gigi berkenaan. Dan keadaan ini berlanjutan selama setahun.
Lebih pelik lagi setiap kali dia sudah membuat temujanji, klinik tersebut tutup sebaik dia tiba. Keadaan ini menyebabkan giginya secara perlahan menjadi longgar dan tidak lagi tersusun. Bagaimanapun doktor berkenaan telah berjanji untuk membaiki keadaan giginya.
“Ketika gigi saya sedang digilap, peralatan yang digunakan telah tersangkut pada gigi. Dia telah memaksa ia keluar dengan kuat sehingga menyebabkan keretakan pada batang gigi dan bibir saya berdarah.
“Keretakan itu berlaku hingga ke akar gigi dan menyebabkan jangkitan. Bakteria membiak di sana dan terdapat nanah yang keluar darinya.
Kemudian doktor berkenaan memberitahu sesuatu yang tidak masuk akal seperti gigi Jenny akan kembali pulih seperti sediakala dan jangkitan bakteria yang berlaku adalah normal serta pernah berlaku pada sesiapa sahaja.
BERI SUNTIKAN MENYAKITKAN
Untuk meghilangkan jangkitan tesebut, doktor gigi berkenaan telah memberi satu suntikan yang menyebabkan dia merana kesakitan. Oleh kerana dia tidak mampu bertahan lagi, Jenny memilih untuk bertemu doktor gigi lain di Sunway.
Doktor di situ memberitahu akar giginya sudah rosak. Semua giginya menjadi longgar dan harus menjalani rawatan kanal akar (root canal treatment). Setelah doktor mengerudi lubang dan membersihkan akar gigi dan saraf, protesis telah dimasukkan ke dalam gusinya.
Sudahlah dia mengalami kesakitan yang melampau sebelum itu, kemudian dia terpaksa pula mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk rawatan dan prosedur mengeluarkan nanah. Malah Jenny juga diberitahu terdapat gigi yang retak tadi bakal menjadi longgar dalam masa lima tahun.
TAK BOLEH PASANG BRACES BUAT SEMENTARA WAKTU
Walaupun Jenny minta untuk memakai pendakap giginya, doktor berkenaan memberitahu dia perlu menunggu beberapa bulan lagi sebelum dipasang semula kerana keadaan giginya yang masih lemah.
Admin cukup simpati dengan kisah Jenny, hasratnya untuk tampil cantik tetapi lain pula jadinya. Kesimpulannya admin nak pesan jika gigi anda masih cantik, kuat dan tersusun, tidak payah nak buat apa-apa rawatan. Ini kerana jika salah rawatan anda akan ditimpa masalah dan juga hilang ribuan ringgit.
SUMBER: WORLD OF BUZZ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI