Pasangan sejoli Mira Filzah dan Wan Emir Astar yang baru sahaja menyambut kelahiran putera sulung mereka, akhirnya berkongsi nama cahaya mata mereka itu di laman sosial.
Menerusi akaun Instagram, mereka mengumumkan nama putera sulung itu yang diberi nama Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami- Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
Menurut pasangan ini, pemilihan nama tersebut dipilih sempena meraikan sifat-sifat yang elok. “Khair” itu sendiri membawa maksud baik dan elok. Manakala “Amir” pula sebagai simbolik penyatuan cinta pasangan Mira Filzah dan Wan Emir Astar.
Khair membawa makna ‘baik, elok’ juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). “Amir” pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah.
Ads
Dalam masa yang sama juga, ucapan terima kasih turut diucapkan kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid kerana dapat meluangkan masa pada majlis tahnik dan bercukur yang dilakukan semalam.
Ads
Mengenai majlis yang dijalankan, Mira juga turut memuat naik Instagram Story memohon maaf kepada semua pihak yang tidak dijemput kerana majlis yang dibuat hanyalah sekadar kecil-kecilan sahaja untuk kaum keluarga terdekat.
Ads
Team Hijabista mendoakan agar putera sulung mereka Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. InsyaAllah.
Jika sebelum ini, kedatangan haidnya memang normal. Malah tidak pernah alami senggugut atau sakit perut yang melampau. Namun ujian Tuhan datang tanpa diduga. Setelah berbulan-bulan dia mengalami kesakitan di bahagian perut yang menyakitkan hingga menyebabkan tidak boleh berjalan dan terbongkok-bongkok sambil memegang perut. Rupa-rupanya dikesan menghidap cyst dan setelah berjaya melakukan pembedahan, doktor nasihat untuknya elak ambil 17 makanan ini agar masalah tidak lagi berulang.
Menurut wanita ini, Sarina Mohd Som, 40 tahun, ketika berdepan masalah itu sebelum ini ada kalanya dia juga diserang cirit birit dan sakit pinggang hingga membuatkannya tidak boleh berbuat apa-apa.
Setelah doktor mengesahkan ada cyst dalam perut dan perlu dibuang segera. Nasibnya juga cukup baik kerana cyst itu bukanlah sejenis kanser yang amat ditakuti.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial facebook tatkala berdepan ujian getir ini. Malah turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar menjaga kesihatan.
Ibarat diberi peluang kedua yang tidak akan dilepaskan dan memberi keinsafan untuk menyayangi diri sendiri.
Sharing is caring
Khas untuk sahabat wanita.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat. Bayangkan…
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya.
Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa di lupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi. Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
2. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
3. Banyakkan makan ikan.
4. Banyakkan makan sayur.
5. Jauhi FAST FOOD
6. Elakkan makanan dalam tin.
7. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
8. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
9. Daging merah.
10. Ikan terubuk.
11. Ikan parang.
12. Siakap bela.
13. Manisan (kurangkan gula)
14. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
15. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
16. Ikan pari.
17. Ikan bawal hitam.
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa itu tak boleh dan ini tak boleh. Itu yang disarankan oleh beberapa orang doktor dan kenalan yang mempunyai pengalaman yang sama kepada saya)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anda sering tiba-tiba merasa lemas atau kesejukan? Mungkin kerana kekurangan zat dan nutrisi penting dalam tubuh. Seseorang yang menjalankan gaya hidup sihat sahaja dapat mengalaminya, apalagi jika pola hidup anda berubah-rubah. Di zaman modern seperti ini, makanan yang diproses kadang tidak akan mengandungi semua nutrisi yang anda perlukan.
Ada beberapa nutrien yang sering mengalami kekurangan di dalam diri wanita, iaitu:
Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan imunitasi tubuh. Kekurangan vitamin D terjadi kerana kita semakin jarang terdedah dengan sinar matahari. Seseorang yang kekurangan vitamin D ini biasanya nampak dengan gejala ngeri seperti tulang dan otot yang lemah.
Sumber vitamin D: Sinar matahari dikenal sebagai sumber vitamin D semulajadi. Usahakan berjemur di bawah sinar matahari selama 15 minit pada jam 9 pagi sebanyak 3 kali seminggu. Sementara sumber makanan yang mengandung vitamin D di antaranya lemak ikan, cendawan, kuning telur, hati, susu, ikan salmon, dan jus jeruk.
Zat besi sangat penting kerana berperanan dalam produksi hemoglobin iaitu zat dalam sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh anda. Wanita sangat terdedah kekurangan zat besi kerana siklus menstruasi setidak-tidaknya sebulan sekali. Wanita hamil juga sering kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi dapat menyebabkan anemia, dengan gejala kelelahan ekstrem, lemah, pusing, sesak nafas, sakit kepala, serta pucat pada kulit dan di bawah kelopak mata.
Sumber zat besi: Daging tanpa lemak, seafood, kacang-kacangan, bayam. Anda juga disarankan meminum minuman yang kaya vitamin C pada masa yang sama, kerana vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan sayur-sayuran.
Kalsium adalah mineral yang sangat penting bagi tubuh kerana diperlukan untuk kontraksi pembuluh darah, fungsi otot, transmisi saraf, sekresi hormon, dan tugas vital yang lainnya. Sebahagian besar kalsium dalam tubuh anda disimpan dalam tulang dan gigi. Tidak hanya penting untuk kesihatan tulang, tetapi seiring dengan bertambahnya usia seorang wanita, ia juga lebih terdedah mengalami osteoporosis (kehilangan kepadatan tulang). Kalsium bekerja bersama dengan vitamin D, untuk membantu membentuk tulang yang kuat dan sihat, oleh kerana itu jangan lupakan memenuhi keperluan vitamin D ini. Menurut National Institutes of Health (NIH), sebahagian besar orang dewasa antara usia 19 dan 70 tahun memerlukan 1.000 hingga 1.200 miligram kalsium sehari.
Sumber kalsium: susu, yoghurt, keju, san sayuran seperti sawi, kangkung, dan brokoli.
Vitamin ini penting untuk pembuatan sel darah merah, melancarkan pencernaan, serta meningkatkan fungsi saraf dan kerja otak. Biasanya pemakan vegetarian sering mengalami kekurangan vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 umumnya terjadi pada wanita yang sudah tua, meskipun wanita dari segala usia dapat mengalaminya. Jika mengalami kekurangan vitamin B12, biasanya akan muncul gejala seperti kelelahan, lemah, pusing, kulit pucat, dan rasa kebas pada tangan atau kaki.
Sumber Vitamin B12: ikan, daging, telur, dan produk susu.
Magnesium berperanan dalam membantu fungsi otak, jantung, dan otot, dan merupakan faktor penting dalam setidaknya 600-800 reaksi enzimatik. Kekurangan magnesium akan mengakibatkan otot menjadi tegang, kejang, mual, migrain, dan kesulitan tidur. Magnesium juga merupakan mineral penting untuk menyeimbangkan sistem saraf dan mengurangi tingkat stress.
Sumber magnesium: Sayuran hijau, kacang-kacangan, legume, dan biji-bijian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sentiasa bersemangat ketika mengacara dan tidak jemu mengukir senyuman, itulah Nur Hidayah Abu Bakar ataupun lebih dikenali sebagai Dayah Bakar. Bakal menyambut Syawal sebagai seorang isteri buat pertama kalinya, Dayah dan kakak sulung yang tercinta iaitu Nur Adelin (Lin) teruja berkongsi cerita buat pembaca Hijabista di lokasi yang indah iaitu di The Pearl, Kuala Lumpur mengenai memori raya mereka.
Walaupun teruja meraikan Syawal pertama sebagai seorang isteri, namun Dayah tetap tidak boleh melupakan memori rayanya sebagai anak bongsu apabila segala persiapannya pasti akan disediakan oleh kakak-kakaknya.
Akui Kak Lin, Dayah boleh sahaja duduk bersantai dan bermain lagi pada waktu kecil tatkala adik-beradik yang lain sedang sibuk membuat persiapan raya dek kerana posisinya sebagai anak bongsu.
Meskipun kini semua sudah berumah tangga, namun hubungan akrab itu tetap terjalin dengan cara berkumpul bersama di pagi raya selain mengadakan rumah terbuka pada setiap tahun. Untungnya, rumah mereka yang berdekatan memudahkan mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Mengenai perkembangan Dayah yang terkini, ternyata sememangnya banyak yang telah dirancang dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
“Ketika ini, Dayah sedang giat mengacara bagi rancangan Borak Kopitiam untuk setiap minggu dan pada bulan puasa nanti pula, Dayah akan muncul dengan program terbaru iaitu Sembang Sahur. Ini memang istimewa kerana ia hanya disiarkan ketika bulan Ramadan sahaja.
“Dayah juga sedang sibuk menguruskan perniagaan Modesty by Dayah Bakar, istimewanya ia adalah rekaan Dayah sendiri dan pada tahun ini juga kita akan muncul dengan koleksi baru iaitu bawal bercorak.
“Dayah bukan buatnya dengan suka-suka tetapi setiap rekaan itu ada inspirasi dan certia bagaimana terhasilnya sesebuah rekaan itu. Selain itu, Dayah juga mengambil peluang sempena Raya dengan bakal mengeluarkan baju raya sendiri berkonsep batik dan istimewanya adalah ianya sangatlah terhad dan tak akan sama dengan orang lain dan Dayah sendiri yang memilih kain tersebut,” ujar anak bongsu ini.
Ketika ditanya bagaimana beliau mengimbangkan waktu di antara kerjaya dan keluarga, Dayah akui personaliti suaminya iaitu Kapten Hanif Hamidi yang begitu memahami memudahkan kehidupannya sehari-harian.
“Jujurnya, sebelum kahwin lagi dia sudah faham dan sentiasa memberi sokongan dalam setiap perkara yang dilakukan. Nak bahagikan waktu itu tidak susah asalkan masing-masing ada toleransi, kerja memang kerja tetapi tetaplah suami itu keutamaan. Kita kenalah bijaklah bahagikan antara dua perkara itu.
“Untuk raya kali ini, Dayah tak tahu apa untuk digambarkan kerana ini adalah raya pertama sebagai seorang isteri. Dayahlah yang kena pilih nak raya mana dulu. Mungkin kita akan ‘osom’ untuk raya di mana (ketawa). Ianya bukan satu isu. Persiapan baju raya pun belum difirkan lagi bagaimana.
“Dayah sebenarnya sangat teruja untuk ke kampung suami di Kuala Pilah kerana tak sabar mahu menikmati pengalaman di desa yang betul-betul rasa suasana kampung kerana selama ini Dayah beraya di Sg.Besi, Kuala Lumpur. Jadi, memang terujalah,” tambahnya lagi.
Mengenai caranya meyambut Ramadan dan Aidilfitri, Dayah sememangnya gemarkan air tangan ibu dan jarang memilih makanan luar.
“Kalau waktu puasa, air soya wajib ada. Tak best kalau tiada. Begitu juga dengan tepung pelita. Boleh nangis kalau tiada. Tapi tidak elok makan tiap hari jadi Dayah cuba kurangkan. Dayah suka sekali masakan ibu Dayah macam nasi minyak bersama kurma ayah, ayam masak merah dan lain-lain lagi.
“Jika waktu raya pula wajib ada lemang bersama rendang ayam yang ada hati dan limpa dimasak pekat oleh ibu. Pergh! Itu memang favourite,” ujarnya yang teruja sekali sewaktu bercerita.
Dayah juga mengharapkan rayanya kali ini membawa seribu satu momen baru buatnya sebagai isteri.
“Ini kerana hubungan jarak jauh Dayah dan suami disebabkan kerjayanya, jadi tentulah Dayah berniat untuk masak buatnya setiap kali ada peluang apabila dia pulang. Walaupun mungkin hanya ikan goreng semata mungkin peluang itu hanya seminggu sekali tetapi saya berharap yang saya dapat menghidangkan masakan daripada air tangan sendiri untuknya.”
Menganggap hubungannya bersama kakak-kakaknya adalah sesuatu yang sangat istimewa, Dayah juga menganggap kakak-kakaknya sebagai teman karib yang tidak akan pernah hilang.
“Kakak tahu luar dan dalam diri kita. Merekalah orang yang boleh kita mengadu tanpa memberikan hukuman atau pandangan negatif terhadap diri. Dayah memang rapat dengan keluarga. Segala yang dilakukan adalah untuk keluarga. Jika ada masalah merekalah yang akan bantu. So, my sisters are my BFF, ujar Dayah dengan penuh terharu.
Ketika ditebak soalan bagaimana perjalannya dalam industri ini, Dayah akui ianya sememangnya bukan mudah dan ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi.
“Bukan mudah untuk Dayah tapi Dayah selalu fikir pasti ada orang yang lagi sukar jalannya. Cabaran untuk terus kekal relevan, bagaimana hendak jadi approachable. Tapi yang pasti, Dayah tak pernah berniat nak bersaing dengan orang lain, Cuma mahu menjadi versi diri yang lebih sahaja. It’s all about me.
“Pastinya Dayah pernah berhadapan dengan rejection, failure dan pengharapan tapi gagal. Jadi hos ini kena selalu pergi ujibakat macam kerja lain yang perlu menghadiri temuduga. Ada masa dapat, ada masa tidak. So, you must keep on going kerana ada jalan yang lebih sukar di hadapan. Bukan meminta, tapi haruslah bersedia,” jelas pelantun lagu Imamku ini.
Jika dilihat karakternya yang sangat bubbly dan ceria, ianya ternyata sama di realiti dan bukan dibuat-buat. Jelas Dayah ianya satu benda yang menarik apabila ramai orang yang berpendapat sedemikian.
“Dayah bersyukur bila orang kata begitu. Ia seumpama you will get what you see. Saya bukan buat ini untuk menghasilkan persona yang berbeza. Jadi, saya rasa seronok apabila orang dapat menghargai dan menerima diri saya yang sebenarnya,” ujarnya yang lahir pada bulan Ogos ini.
Ketika ditanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan, Dayah ternyata mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai hal ini.
“Ini isu yang penting sebab sekarang ini ramai wanita yang mempunyai inferiority complex termasuklah Dayah. Dayah bukannya rasa cantik dan sempurna sepanjng masa. Ada juga insecurity tersendiri. Sebenarnya, sangat penting untuk seseorang itu rasa yakin dan bagus tentang dirinya sendiri.
“Kalau rasa badan itu malas, pergilah bersenam. Dayah sendiri ada anjurkan aktiviti yang diberi nama ‘Fit Sis’. Dayah lakukan ini supaya mereka di luar sana rasa seronok untuk bersenam. Jangan fikir cantik itu hanya apabila flawless dan kurus sahaja. Yang peting hati itu haruslah cantik.
“Kalau cantik seperti model sekalipun, tapi hati itu sentiasa negatif, anda tak akan bahagia. Kesihatan itu nombor satu begitu juga dengan kecantikan dalaman. Melaluinya, anda boleh sebarkan kebahagiaan. Selain itu, makanlah secara sederhana. Jangan terlalu ekstrim. I love food! Tapi kita kenalah berpada-pada seperti mana ajaran Islam yang mementingkan keserdehanaan.”
Sebagai kakak yang sulung, pastinya perwatakannya lebih matang kerana perlu bertanggungjawab terhadap hal ehwal adik-adiknya. Seperti Lin, beliau merindukan momen-momen rayanya sewaktu kecil apabila perlu menyiapkan keperluan adik beradiknya.
“Akak ada empat adik lagi di bawah, dua perempuan dan dua lelaki. Kak Ngah tidak dapat terlibat sekali dalam sesi fotografi ini kerana dia sedang dalam pantang. Dahulunya kita akan beraya sedondon. Ibu akan belikan kain baju kurung yang sedondon buat kita adik beradik perempuan. Sebagai sulung, kita haruslah menolong siapkan adik dan juga tolong di dapur.
“Sekarang ini, situasi pastinya berbeza apabila semua sudah berkahwin. Biasanya, akak akan raya di Kuala Lumpur dahulu dan selepas Zuhur barulah ke kampung suami di Kampar, Perak. Dulu sebelum kahwin kita pasti akan pulang ke kampung ayah atau ibu tetapi berbeza dengan keadaan masa kini,” tutur ibu kepada empat cahaya mata ini.
Ketika ditanya mengenai perwatakan Dayah, Lin akui sememangnya Dayah seorang anak yang manja dan ceria seperti mana yang dilihat di kaca televisyen.
“Dayahkan anak bongsu jadi dia memang manja. Sebenarnya, setiap adik beradik dalam keluarga kami melengkapkan satu sama lain. Ada yang pendiam, yang suka berlawak dan lain-lain lagi. Cuma kadang kala adalah juga orang kata ada persamaan sedikit di antara akak dan Dayah.
“Kami juga tiada sebab untuk bertelingkah waktu kecil kerana dia selalu dapat semuanya jadi sebagai kakak sulung memang selalulah akak mengalah. Kami adik beradik juga bertindak menjadi pelindung buatnya. Abang-abangnya pun tiada yang membulinya sebab terlalu sayangkan dia,” ujarnya juga yang menjadi jurusolek secara sambilan.
Hubungan akrab di antara adik-beradik ini juga sentiasa terjalin walaupun masing-masing kini sudah berumah tangga. Jelasnya, hubungan sisterhood ini sesuatu yang istimewa lebih daripada segala-galanya.
“Dulu masa kecil, Dayah relaks sahaja kerana dia ada dua orang kakak dan dua orang abang yang akan sediakan segalanya untuknya.
“Minat kami mungkin berbeza tetapi ada juga persamaannya seperti suka melancong. Hubungan ini istimewa kerana kita membesar dan keluar dari rahim yang sama. Jadi, kita kongsi segalanya dan tiada rahsia antara kita selain membantu antara satu sama lain. Kita ada untuknya sampailah bila-bila.
“Semua rancangan di televisyen kita akan tonton. Selalunya dia sudah pesan awal-awal pada kita supaya bersiap sedia di depan televisyen,” tambahnya lagi.
“Mengenai persiapan raya tahun ini, mungkin akak dan suami akan ulang pakai baju yang sedia ada. Persiapannya pasti lebih buat anak-anak. Kalau kuih-muih, akak lebih suka kuih ‘tunjuk’. Kita tunjuk je! Bukan apa, kerana masa yang tidak menginzinkan. Di samping itu, kita boleh juga membantu ekonomi negara dengan membeli daripada pengusaha-pengusaha kecil ini,”
“Jika waktu raya, juadah kegemaran akak ialah kuah kacang. Di rumah akak, ibulah yang akan masak macam-macam. Tetapi jika di kampung suami, akak yang akan masak dan semestinya hidangan wajib adalah laksa utara,” jelasnya lagi yang berkerja sebagai seorang penganalisis ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.