Gaya Anggun Neelofa Dalam Kempen Fesyen Terbaharu

Share

Walaupun tampil dengan imej berniqab, Neelofa tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai batas dalam berfesyen. Gaya dan juga stail yang ditampilkan cukup anggun untuk dijadikan contoh mereka yang berniqab.

Rekaan busana yang longgar dan minimalis dari segi perincian tetap nampak bergaya. Terbaharu, Neelofa telah berkolaborasi bersama pereka fesyen, Alia Bastaman dalam menghasilkan sebuah koleksi ALIA.B x Naelofar khusus untuk koleksi raya 2021.


CAMELIA.

Koleksi yang diberi nama The Essence of Art Nouveau ini dihasilkan khsus memberi penghormatan dalam memenuhi keperluan penggayaan yang sopan dan menutup aurat namun dalam masa yang sama boleh juga digayakan oleh mereka yang tidak berhijab. Setiap satu rekaan boleh digayakan mengikut stail masing-masing.


.

Sinergi gabungan stail antara Neelofa dan Alia mencipta stail yang baru, unik dan versatil bagi jenama ALIA.B dan juga sentuhan feminin nan segar bagi Naelofar. Jika dilihat pada warna yang ditampilkan dalam koleksi ini, barisan palet warna tidak terlalu terang sebaliknya lebih kepada keserasian dan keseimbangan antara warna-warna bumi yang neutral.


Dalam koleksi ini, elemen jati diri feminin seorang wanita sangat jelas kelihatan pada rekaan yang menggunakan fabrik yang dipotong sempurna tepat dengan peletakan pada tumpuan siluet wanita yang sangat penting. Pada dasarnya, wanita Art Nouveau mewakili kekuatan dan kebebasan, namun pada akhirnya berdiri dengan bangga dengan kewanitaan mereka.

Jadi siapa kata tampil sopan tidak mampu nampak anggun. Neelofa membuktikan yang wanita berniqab juga mampu tampil menarik dengan pilihan rekaan yang disesuaikan khusus untuk wanita yang mahukan gaya yang sopan, longgar dan moden.

IKLAN