Setiap hijabi memang tentu akan ada banyak koleksi hijab. Kalau boleh setiap warna ada dalam simpanan. Namun masalah yang sering dialami oleh ramai hijabi ialah tentang cara untuk menyimpan koleksi-koleksi hijab itu dengan kemas dan tersusun.

Maka sebab itulah penting untuk menggantung koleksi-koleksi hijab dengan menggunakan penyangkut/harger supaya hijab-hijab nampak tersusun kemas, mudah dicari ketika hendak dipakai serta paling utama fabriknya kekal terjaga (tidak tertarik).

Sebenarnya ada hanger khas untuk menggantung koleksi hijab kesayangan anda. Hijab-hijab ini tidak boleh digantung menggunakan hanger baju biasa. Hal ini kerana memang tersedia hanger-hanger khas untuk menggantung hijab kesayangan anda.

Kenali jenis-jenis hanger khas untuk menggantung koleksi hijab kesayangan anda.

Multi-Use Hanger
Hanger ini sangat popular dan hampir ada di setiap rumah untuk menggantung tudung. Kelebihan hanger ini adalah ia mempunyai 28 lubang di mana para hijabi mampu menyangkut tudung sehingga 28 helai tudung. Penyangkut besi ini juga kukuh dan mampu menampung sehingga 6 kg tudung.

IKLAN

Plastic Clip Hanger
Biasanya hanger ini digunakan dikedai tudung. Anda boleh juga gunakan untuk susunan yang lebih teratur dan mengikut tona warna. Sekiranya tudung anda banyak, anda mungkin memerlukan lebih ruang atau ‘railing‘ untuk menggantung.

Metal Scarf Hanger With Clip
Hanger jenis ini menjimatkan ruang anda. Anda boleh asingkan hanger mengikut tona warna tudung, contohnya satu hanger untuk warna pastel, satu hanger untuk warna gelap, satu hanger untuk warna tanah.
Tip menggunakan hanger clip seperti ini ialah elakkan bahagian muka pada klip. Maksudnya klip hujung tudung dan jangan di bahagian muka untuk elakan bahagian muka berkedut atau tertarik.

IKLAN

Hanger Metal 17 Rings
Hanger Metal 17 rings biasanya digunakan sekali dengan hanger (tak kisah hanger jenis macam mana). Biasanya hanger metal 17 rings ini dapat menjimatkan ruang anda. Contohnya untuk saturing, anda boleh letak satu jenis hanger yang berlainan. Ini mempelbagaikan kreativiti anda dalam mengantung tudung. Sekaligus senang untuk anda mix and matchkan tudung dan baju. Hanger ini sangat kukuh dan tidak mudah patah disebabkan strukturnya besi. Selain itu, hanger ini tahan lebih lama berbanding dengan hanger plastik yang anda biasa gunakan.

Wooden Hanger
Wooden Hanger ini sangat penting terutama untuk anda yang selalu gunakan tudung berawning. Tip pengunaan tudung ini adalah sarung dari atas (bahagian penyangkut). Hal ini kerana, jika anda sarung dari tapak akan merosakkan lebar muka tudung.

IKLAN

Scarf And Tie Hanger
Scarf and tie hanger ini boleh digunakan sekali dengan hanger metal 17 rings. Hanger ini sangat popular terutama untuk remaja yang sukakan tudung bawal ataupun long shawl. Tip untuk tampak lebih kemas, anda harus melipat tudung berbentuk segi empat tepat dan dengan memasukkan dalam lubang yang telah disediakan. Untuk lagi tampak terurus anda boleh asingkan mengikut warna luna color ataupun tudung dari warna gelap ke warna cerah.

Scarfs Hanger Rectangle
Hanger jenis ini sangat disarankan kerana ianya nampak kemas dan tersusun. Ia tidak mudah berselerak, kerana bila ditarik tudung salah satu dari hanger ini, ia tidak akan menjejaskan kekemasan tudung yang lain. Hanger ini mempunyai dua lubang supaya lebih rapi bila di gantung.

Sumber kredit: Scarfsweethoney.com.my

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI