Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
Ads
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Ads
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
Ads
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Manggis merupakan antara buah-buahan tropika yang menjadi kebanggaan di Asia Tenggara. Ini kerana, manggis bukan sahaja memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Kandungan Xanthone yang tinggi mampu mengurangkan risiko serangan kanser, penyakit jantung dan juga diabetes.
Malah, buah yang berwarna unggu gelap ini juga kaya dengan nutrisi, serat dan antioksidan yang berfungsi merawat masalah kulit secara semulajadi.
Ekstrak kulit manggis mengandungi antioksida yang tinggi, anti-inflamsi, anti bakteria, Phenolic, flavonoids, tannins dan pelbagai nutrisi penting yabg bertujuan untuk kecantikan kulit wajah! Jom semak manfaat dan kebaikan yang diberikan manggis!
Ekstrak kulit dari buah manggis memiliki manfaat anti-inflamasi yang dapat membantu mengurangkan masalah radang dan kerengsaan akibat jerawat, sekaligus mencegah pertumbuhan jerawat baharu. Selain itu, kulit manggis juga memiliki agen anti-mikrobial yang dapat menghalang bakteria dari merebak pada kulit.
Manfaat selanjutnya yang ada dalam sebiji manggis adalah membantu mencegah kesan-kesan penuaan pada kulit wajah. Kandungan Xanthone yang terdapat dalam kulit buah manggis mempunyai kadar antioksidan dan anti-inflamasi yang tinggi. Antioksidan membantu menyembuhkan kulit, mencegah masalah kulit serta memperbaiki sel-sel kulit mati yang rosak, sekaligus mencegah kesan penuaan.
Antiokasidan tinggi yang terdapat pada kulit manggis juga berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit dan melindungi kulit dari dalam. Kondisi kulit yang lembap akan membuat kulit lebih anjal, sihat, lembap dan muda dari usia.
Vitamin C yang terkandung dalam kulit buah manggis dapat membantu mencerahkan kulit kusam akibat pencemaran udara dan terdedah kepada sinaran Ultra Violet yang berlebihan. Selain itu vitamin C juga dapat membantu membentuk kolagen yang berfungsi untuk menjaga kulit agar tetap tegang!
Kulit wajah yang cerah akan tampak lebih sempurna apabila kulit halus, mulus dan bertekstur lembut. Kandungan antioksidan dan beberapa vitamin lain yang terdapat pada kulit buah manggis juga dapat membantu memperhalusi serta melembutkan kulit wajah hijabi.
Tular baru-baru ini perkongsian oleh seorang penyanyi dangdut menangis ketika berjumpa dengan pendakwah bebas. Ifa Raziah berkongsi perasaan sebak dan terharu di akaun Instagram miliknya ketika berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi video yang di kongsikan oleh Ifa Raziah, dia kelihatan terkejut apabila melihat kelibat Ustazah Asma’ kearahnya. Perkongsian itu banyak mendapat perhatian orang ramai, ada juga memberikan komen positif dan juga negatif.
Melalui perkongsian oleh Ifa Raziah di video posting pada akaun Instagram, dia tidak menduga untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun ketika berada di satu majlis baru-baru ini. Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima teguran daripada mana-mana pihak jika ia berkaitan dengan kebaikan.
“Saya nak sangat berjumpa dengan ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu, saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.
“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa. Sebenarnya, siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya mintak maaf,” katanya lagi.
Namun begitu, perkongsian milik penyanyi dangdut itu telah meraih banyak reaksi dari warganet. Tambahan, ada juga yang menyatakan komen yang tidak manis oleh kerana di anggap hanya sekadar tujuan ‘publisiti murahan’.
Walaupun begitu, ramai juga yang memberikan sokongan buat Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Dato’ Saripah Raziah binti Mustapha, 46, supaya lebih memandang kepada arah positif. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat Ifa Raziah.
“Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan kasihnya Allah SWT, saya pun pernah terjumpa Ustazah Asma’ Harun dan ia adalah rezeki terbesar saya ketika itu.”
“Syukur Ya Allah…menitis air mata saya, You are amongst the artis yang cakap lepas…but what have you done today…MasyaAllah…syukur yang teramat. Terharu I tengok pelukan you ikhlas…” ujar salah seorang daripada warganet melalui ruangan komen.
Semestinya, pasti akan ada desas desus dari segelintir masyarakat yang memberikan komen yang negatif tentang sesuatu perkara. Meski pun perkara itu mempunyai niat yang baik dan ikhlas, ada sahaja yang ingin di perkatakan oleh mereka.
Walaupun pertemuan Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun mendapat banyak komen yang positif tetapi ada sahaja yang mengatakan macam-macam mengenainya. Banyak juga negatif komen yang di berikan, namun, Ustazah Asma’ tidak berdiam diri sahaja.
Ustazah Asma’ telah menaikkan satu posting di akaun media sosialnya untuk memberikan keterangan mengenai perjumpaannya bersama Ifa Raziah. Sama sekali ia tidak di rancang atau bertujuan untuk meraih publisiti murahan.
“Pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak di rancang. Sama ada oleh pihak Ifa Raziah…ada Al-quran di depan saya,
“Orang fitnah ustazah ini banyak drama. Lepas dia kecam-kecam buat pertemuan macam ini, boleh percaya ke,
“Daripada awal lagi saya dah berniat, Ya Allah, temukanlah di mana-mana dengan kak Ifa Raziah saya nak settle. Sebab dalam hati tiada niat untuk membenci.” ujar Ustazah Asma’.
Ustazah Asma’ juga menjelaskan bahawa dia bertemu bersama Ifa Raziah tidak di rancang dan ianya sama sekali tidak juga berkaitan dengan teguran yang pernah di berikan sebelum ini. Namun, segalanya hanya secara kebetulan dan menjadi takdir untuk berjumpa.
Tambahan lagi, menurut pendakwah bebas itu, dia menjelaskan isu tegurannya kepada penyanyi dangdut itu hanya sekadar tugasnya untuk menegur akhlak sesama manusia, bukan untuk membenci. Dia juga berkata warganet perlu tahu perbezaan antara menghukum dan menegur.
“Saya tak kisah saya di fitnah atau di sangka buruk. Tetapi yang lebih utama adalah berkenaan dengan pendidikan akhlak ummah,
“Mungkin di sebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tetapi saya perlu menulis bukan atas nak membersih dan menyucikan diri, tetapi atas sebab tuntutan agama itu sendiri.” katanya lagi.
Pertemuan antara Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun telah membuka mata ramai orang untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menuduh tanpa sebarang usul periksa. Apa yang penting adalah untuk memastikan anda menegur daripada menghukum.
Di rumah, kita pasti mahukan satu momen aromaterapi yang cukup nyaman membuatkan diri ini seolah-olah di suatu tempat yang indah dengan bau yang wangi. Jadi tidak sukar untuk mendapatkan alat yang boleh bantu memberikan satu aromaterapi.
Ada sesetengah orang yang menggunakan peranti seperti essential oil diffuser, pewangi automatik dan ada juga menggunakan lilin pewangi. Jadi penggunaan lilin pewangi ini bukanlah satu benda yang baru, ramai juga gemar mengumpul lilin pewangi kerana ia mampu memberikan wangian ala aromaterapi buat anda.
Penggunaan lilin menjadi satu alat yang pengcahayaan buat seketika waktu dahulu oleh kerana tiada elektrik untuk di gunakan kepada lampu kalimantang seperti yang kita ada di rumah, pejabat, dan di mana-mana. Kini lilin bukan sahaja di buat menjadi sebagai alat pengcahayaan, malah, telah menjadi sebagai satu objek aromaterapi.
Ramai orang yang membeli lilin pewangi kerana manfaatnya yang boleh membantu dalam mengurangkan stres dan mendapatkan ketenangan. Aroma yang keluar dari lilin pewangi ini sangat berguna untuk mewujudkan suasana menjadi tenang apabila ia di bakar. Asap yang keluar bukanlah berwarna hitam seperti yang kita sering lihat, ia tidak begitu kelihatan dan akan memberikan bau mengikut ‘flavour’ lilin pewangi itu.
Hakikatnya, lilin pewangi ini di percayai dapat memberikan kesan yang merbahaya kepada pengguna yang menghidu dengan terlalu lama. Jadi apakah penggunaan sebagai aromaterapi itu boleh membawa maut?
Menurut hellodoktor, kebanyakan lilin pewangi yang di hasilkan adalah dari sumber petroleum. Pada tahun 2009, terdapat satu kajian yang mendapati pembakaran lilin parafin (lilin pewangi) ini melepaskan sejenis bahan kimia yang berbahaya seperti toluena. Namun begitu, kajian tersebut tidak pernah di terbitkan dan telah menjadi satu pertikaian oleh National Candle Association dan juga European Candle Association yang berpusat di Amerika Syarikat dan Eropah.
European Candle Association menyatakan bahawa kajian tersebut tidak menerangkan dan menunjukkan sebarang data serta kesimpulan berkenaan bahaya dalam penggunaan lilin, hanya dakwaan yang begitu sahaja. Pada tahun 2007, Europian Candle Association telah menjalankan satu kajian yang memeriksa setiap jenis lilin untuk memastikan jika terdapat bahan kimia yang beracun. Hasil dari kajian itu, tahap bahan kimia yang di lepaskan oleh setiap jenis lilin yang berbeza adalah pada paras yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan manusia.
Asap yang di hasilkan oleh pembakaran lilin boleh di samakan dengan asap yang terhasil daripada enjin diesel. Namun, berbeza dengan lilin pewangi kerana ia melepaskan sebatian organik yang mengeluarkan asap seperti formaldehid. Ada yang mendakwa ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser.
Walaupun begitu, ia masih tidak dapat di jelaskan sekiranya sebatian yang keluar dari lilin pewangi sebetulnya boleh menjejaskan kesihatan atau sebaliknya. Ada juga individu yang mengalami alahan seperti bersin, hidung berair, dan juga sinus yang tersumbat sekiranya terhidu bau dari lilin pewangi.
Tidak kira apa sekalipun yang di bakar, terdapata bahan kimia yang di lepaskan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. Bagi mengurangkan risiko terhidu bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat ini, anda boleh gunakan alternatif lain yang diperbuat daripada bahan semulajadi, sebagai contoh:-
Sejujurnya, anda boleh sahaja untuk menggunakan lilin pewangi untuk mendapatkan kelebihan dan manfaat. Tapi anda perlu, menghidu sebarang jenis asap dengan kadar yang banyak, ia boleh membahayakan kesihatan anda. Jadi jika ingin bakar lilin pewangi, anda perlu pastikan aliran pengudaraan anda yang baik dan asap lilin yang tidak terkumpul.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.