Baru-baru ini tular mengenai seorang individu yang ingin mencarikan jodoh buat teman baiknya di Twitter.
Menariknya, mana-mana jejaka yang berminat untuk berkenalan perlulah berkongsi maklumat diri di borang Google. Wah, dah macam minta kerja dah!
Assalamualaikum! My bestie is looking for someone yg serious (ready to settle down). If Allah izinkan, by this year. But if next year pun okay (that’s what she said). If berminat boleh isi form ni https://t.co/LePcW3at19 . Please,no DM. Thank you @TwtJodohMY ! pic.twitter.com/ubJdbXTPUU
Tanpa disangka, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan iaitu mencecah dua ribu permohonan sehingga si empunya badan, Syafiqah Ghazali terpaksa menutup borang permohanan tersebut.
Menurutnya, dia mengakui ciapan rakannya di Twitter itu adalah benar dan dia akan mengambil masa bagi melihat dengan teliti satu per satu borang yang telah diisi oleh calon-calon yang berkenaan. Bukan senang tau!
Ads
“Tak sangka sampai macam ni. Mungkin sampai dua ribu permohonan dan mungkin akan ambil masa lebih dua minggu untuk melihat satu per satu. Hari biasa memang sibuk dengan kerja. Harap anda semua faham.”
Ads
Ujar Syafiqah, dia turut memohon maaf kerana terpaksa menutup permohonan disebabkan terlalu banyak permohonan yang diterima. Dia juga meminta maaf kerana tidak dapat memberi respons kepada semua yang cuba menghubunginya dan berharap agar masing-masing dapat bertemu jodoh yang terbaik dari Allah.
“Berikan saya sedikit ruang dan terima kasih buat semua yang mendoakan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.”
Ads
Moga saudari Syafiqah bertemu dengan jodoh yang terbaik buat dirinya. Buat yang masih sendiri, jangan mengalah. Teruskan usaha anda untuk mencari pasangan yang diharapkan. InsyaAllah, niat yang baik pasti akan dipermudahkan.
Kebiasaanya kita menggunakan super glue ataupun lebih dikenali sebagai ‘gam gajah’ untuk melekatkan alatan seperti kayu, plastik, besi dan sebagainya. Belum pernah lagi orang menggunakannya di tubuh badan kerana bahan kimia yang terkandung di dalamnya membuatkan ianya tidak selamat digunakan.
Namun, nasib malang menimpa seorang pelanggan di salon kecantikan di Phuket, Thailand apabila pekerja di situ menggunakan super glue untuk melekatkan bulu mata palsunya.
gambar hiasan
Sebuah video yang dikongsi oleh Fara Beautysalon pada 4 Ogos lalu menunjukkan seorang wanita terbaring untuk proses membuang bulu matanya.
Fara, perunding kecantikan mengatakan pelanggannya datang ke salonnya untuk membuang bulu mata palsunya pada hari Jumaat, 3 Ogos lalu.
Mengejutkan, Fara mendapati perunding kecantikan pelanggannya yang lalu telah menggunakan super glue dan bukannya gam kosmetik yang biasanya digunakan.
Sanook melaporkan bahawa mata wanita itu membengkak akibat daripada penggunaan super glue itu dan menyebabkan terlalu sakit untuk membuka matanya.
Menurut Fara, ini adalah kes yang paling sukar yang pernah dihadapinya sepanjang 10 tahun dia bekerja sebagai perunding kecantikan.
Untuk menyelesaikan masalah ini, dia menggunakan cecair khas untuk melembutkan gam itu dan menggunakan alatan tertentu untuk membuang dengan lembut bulu matanya satu per satu.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Fara berharap orang ramai membuat kajian dahulu sebelum memilih sesebuah salon agar kes sebegini tidak terjadi lagi.
Sejak video itu dimuat naik, ianya telah mendapat lebih 6 ribu perkongsian di laman sosial.
SUMBER: FACEBOOK FARA BEAUTYSALON, SAYS
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita tinggal tahun 2017. Pastinya tahun ini memberikan 1001 kenangan serta kejayaan yang kecapi. Dan pastinya kehadiran 2018 memang ditunggu-tunggu untuk meneruskan kecemerlangan bagi sesetengah orang. Tahun ini juga menyaksikan beberapa selebriti berhijab yang turut menempa kejayaan dan menjadi perhatian netizen. HIJABISTA senaraikan selebriti atau personaliti berhijab yang memang paling trending dan menjadi carian tertinggi di laman web. Antaranya adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa yang kita tahu memang cukup berjaya tahun ini.
Tahun 2017 memberikan momen paling bererti buat Siti Nurhaliza. Mengumumkan dirinya hamil anak sulung dan itu merupakan berita paling ditunggu-tunggu peminatnya. Bakal melahirkan anak sulungnya tahun depan setelah hampir 11 tahun menunggu. Siti juga turut tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia dan baru-baru ini dia juga turut menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bukan sahaja popular dengan kontroversi demi kontroversi, tetapi Neelofa juga menjadi antara selebriti berhijab paling popular. Pelbagai kejayaan diraih tahun ini dan salah satu tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 serta hujung tahun paling manis apabila dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat penerangan AirAsia. Usahawan dan pengacara Meletop ini juga turut mengembangkan sayap dalam perniagaan dengan membuat beberapa rekaan terbaru hijab buat peminatnya.
Menjadi antara selebriti berhijab yang popular dan paling trending tahun ini. Bukan sahaja di negaranya Indonesia, tetapi juga Malaysia. Bella yang berkahwin dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran ini diminati peminatnya di sini dan tidak hairanlah followernya kini telah mencecah 20.1 juta. Berulang alik dari sini ke Jakarta dan dalam masa sama dia juga baru-baru dilantik jadi juri jemputan dalam rancangan Ceria i-Star 2017 serta turut membuka kedai bakery di sana. Hubungan baiknya dengan Erra Fazira dan anaknya Aleesya mendapat pujian netizen.
Walaupun bukan dalam bidang seni, tetapi populariti founder FashionValet dan dUCk Scarves ini setanding selebriti popular. Bayangkan apa sahaja yang dijual akan cepat ‘sold out’ dan ramai sanggup beratur untuk mendapatkan hijab keluaran dUCk Scarves yang limited edition. Walaupun harganya mencecah ratusan ringgit tetapi peminat hijab ini tidak lepaskan peluang memilikinya. Hebat sekali penangan Vivy Yusof malah turut ada program sendiri di Astro, Love Vivy yang masuk musim kedua.
Menjadi antara selebriti berhijab yang juga popular sepanjang tahun ini. Elfira yang selamat melangsungkan pertunangan dengan jejak pujaan hatinya, Suffian Suhaimi dijangka akan menamatkan zaman solonya tahun depan. Baru-baru ini namanya kembali menjadi bualan netizen setelah menghabiskan RM10 ribu dalam masa sejam membeli barangan mekap di butik di luar negara.
Memanglah usianya masih kecil, baru 12 tahun. Tetapi populariti anak kedua pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ini juga sering menjadi perhatian netizen. Ini kerana kecantikan dan kejelitaaan wajah Marissa yang memang sangat manis biarpun dalam hijab labuh serta jubah yang digayakannya. Dia memang mewarisi kecantikan ibunya, Abby Abadi. Malah Abby juga rajin mengusik anak daranya ini dengan memuat turun video Marissa di laman sosialnya. Marissa juga sedang belajar di sebuah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan.
Namanya mula jadi sebutan sejak kisahnya jadi viral di mana suaminya kini menyambut hari jadi dengan kereta mewah. Syafiqah Aina seorang influencer dan instafamous yang turut popular di kalangan netizen. Mempunyai follower hampir mencecah lebih setengah juta dan baru-baru ini Syafiqah Aina selamat di ijab kabulkan bersama suaminya. Perkahwinannya turut jadi bualan kerana mendapat tajaan kereta mewah.
Sama seperti Datuk Siti, Mawar isteri kesayangan Fizo Omar juga antara selebriti berhijab yang mencuri tumpuan tahun ini. Bukan kerana video viral berebut tudung tetapi dia disahkan hamil setelah menjalani rawatan kesuburan dengan Doktor Hamid Arshat. Pastinya ia berita menggembirakan kerana Mawar dan suaminya Fizo sudah empat tahun berkahwin dan memang menanti kehadiran zuriat.
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini juga jadi bualan hangat di kalangan netizen. Populariti bukan disebabkan dia anak kepada TPM, tetapi perkahwinannya bersama suaminya sekarang, Datuk Saiful Nizam. Mereka bernikah di kota Mekah Syawal lalu dan istimewanya dia turut berkongsi kasih dengan isteri pertama. Nurul sangat positif dan menjalani kehidupan bermadu dengan penuh kasih sayang. Malah hubungan kedua-dua buah keluarga juga cukup erat dan begitu bahagia sekali. Boleh dilihat kebahagiaan dan kemesraan mereka di laman sosial masing-masing.
Nama Aishah kembali menjadi viral setelah menjuarai program realiti Gegar Vaganza 4. Ternyata kehebatan Aishah dalam bidang nyanyian tiada tandingan. Walaupun namanya sebelum ini seperti dilupakan, tetapi kemunculannya di pentas GV 4 ini membuka mata ramai pihak. Malah ramai netizen menggelarnya ‘The Living Legend’. Aishah menerima hadiah wang tunai RM100 ribu serta barangan lain setelah memenangi pertandingan itu. Walaupun niatnya hanya untuk menyanyi dengan menyertai program berkenaan tetapi akhirnya usaha beliau berbaloi.
Sebaik melahirkan anak, Hanis Zalikha lebih senang menjadi suri rumah menguruskan keperluan si kecilnya. Namun kemunculannya di program Meletop malam Selasa lalu walaupun sekejap bagi menggantikan Neelofa membuatkan namanya kembali tular. Hanis dikatakan membuat persediaan lengkap sebelum muncul di kaca TV bersama Nabil. Ramai sebenarnya yang rindukan hosting Hanis Zalikha dan harapnya akan terus bergerak aktif dalam pengacaraan.
Walaupun dia bukan artis, tetapi usahawan kosmetik ini memang cukup trending tahun ini. Gara-gara masalah rumah tangga dengan penyanyi Hafiz Hamidun yang akhirnya membawa kepada perceraian. Apa sahaja yang dilakukan mendapat kecaman netizen dan tidak kurang ada yang bersimpati. Sepanjang kesnya berlangsung, carian tentang dirinya agak tinggi di laman web kerana ramai yang mahu tahu siapa dia sebenarnya.
Selebriti berhijab ini juga antara yang menjadi perhatian netizen. Sama ada melalui video panasnya ataupun setiap kali dia memberikan pendapat di laman IGnya sendiri. Tidak tahu apa motif pelakon cantik ini tetapi diharap Fathia akan kekal istiqomah berhijab walaupun ada antara rakan selebriti lain yang menanggalkan tudung tatkala dihimpit pelbagai kontroversi.
Si cantik manis ini memang sering jadi pilihan peminatnya yang suka melihat lakonan mantap di kaca TV. Tetapi bakat Mira bukan sahaja di bidang lakonan tetapi juga pengacaraan. Baru-baru ini Mira turut dilantik menjadi host terbaru rancangan Nona di TV3 menggantikan pengacara sedia ada. Tak sabar untuk menonton hosting Mira kerana dia bukan sahaja bijak, cantik dan sangat berbakat. Maklumlah bukan calang-calang orang dapat menjadi pengacara rancangan yang sudah laman disiarkan di TV3.
Isteri kesayangan Sam ini juga turut terkena tempias dek kerana melahirkan anak sulung mereka. Tilla dikatakan kembali popular kerana menjadi ibu kepada Syeriv Samheizy. Ramai yang suka membaca caption untuk setiap posting yang ditulis oleh Tilla di laman IG anaknya itu. Memang pekat loghat utara dituturkannya hinggakan mampu membuat kita pecah perut. Gaya Tilla yang simpe juga amat digemari netizen kerana tidak seperti ibu-ibu lain yang terlalu menjaga penampilan setiap kali beraksi.
Siapa tidak kenal dengan pempengaruh media sosial, Tya Adnan yang juga suri hati kepada pelakon drama Tujuh Hari Mencintaiku, Shukri Yahaya.
Baru-baru ini tular dilaman sosial video memaparkan Tya yang secara spontan menegur pelanggan yang memakai tudung jenama miliknya #SiGadisTya ketika menemui pelanggan itu di sebuah kedai makan.
Video yang berdurasi 40 saat itu, memaparkan perilaku Tya yang begitu ‘humble’ dan bersahaja menegur pelanggan yang sedang menjamu selera bersama sekumpulan individu lain.
Malah, Tya juga sempat mengekspresikan riak terharu, apanila pelanggan berkenaan dengan jujur memberitahu bahawa dia sememangnya pengguna setia tudung jenama #SiGadisTya.
Menurut pelanggan itu, dia telah memiliki lima helai tudung dari jenama #SiGadisTya dalam koleksi peribadinya.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran video berkenaan untuk melihat respon wargamaya terhadap video yang dipaparkan itu.
Hijabista mendapati rata-rata netizen senang dengan perilaku Tya, sehinggakan begitu ramai wargamaya memberikan komen positif serta memuji sikap ibu kepada dua orang cahaya mata ini.
Video yang dikongsikan Tya Adnan di laman Tik Tok miliknya itu, kini telah ditonton sebanyak 190.5 ribu orang dan menerima 15.5 ribu tanda suka.
Malah, warganet membanjiri hantaran tersebut dengan komen-komen positif serta memuji sikap rendah diri yang dimiliki oleh isteri Shukri Yahayaitu.
“alaaaaa nk jumpa jugakkk 😍 humble teruk founder ni… payah nk jumpa tau 😘”
“Best nya..founder yang tegur customer..🥰🥰🥰🥰”
“sweetnya tya tegur gadis².. 🤭❤”
Untuk rekod, wanita pilihan hati Shukri Yahaya ini, selain dikenali sebagai personaliti media sosial beliau juga adalah seorang usahawan yang memiliki jenama tudung sendiri.
Tudung dibawah jenama #SiGadisTya merupakan produk keluarannya itu, semakin mendapat perhatian pembeli khusunya dikalangan Hijabista!
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.