Memiliki tubuh yang langsing dan kurus sememangnya menjadi idaman setiap gadis. Ramai gadis di luar sana sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan tubuh idaman.

Malah, ramai gadis yang obses untuk kurus dengan melakukan diet yang ekstrem. Baru-baru ini viral di media sosial tentang kisah si gadis yang sudah 7 tahun tidak makan nasi.

Farah Tun Kamaruddin yang berumur 21 tahun ini mengakui terlalu obses dengan diet, kesihatan dan kecantikan. Farah sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan yang sihat, berkhasiat dan sentiasa bersenam.

Gadis Ini Mengaku Obses Untuk Kurus & Langsing, 7 Tahun Tak Sentuh  Nasi

Lebih mengejutkan apabila gadis ini turut mengakui yang dia sudah 7 tahun tidak menjamah nasi serta kuih-muih. Farah juga tidak pernah gagal untuk bersenam setiap hari di gim berhampiran rumahnya sejak berusia 15 tahun lagi.

Ads

Rejim Kesihatan

“Rejim kesihatan yang saya ikuti ini pun saya patenkan sendiri demi untuk kesihatan. Tentang makanan pula, saya banyak makan makanan sihat seperti yogurt, buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihkan makanan protein, selain banyak minum air suam.”

Lupa Rasa Coklat & Nasi

“Saya tidak mengambil minuman dan kuih-muih manis mahupun coklat. Sehinggakan, sekarang saya hampir lupa macam mana rasa coklat dan nasi. Burger terakhir pun saya makan tahun lepas,” ujarnya dalam nada bergurau.

Hanya 450 Kalori Sehari

“Sebenarnya, saya bukanlah tidak mengambil makanan lain, tetapi saya akan pastikan jumlah kalori yang diambil. Sekiranya jumlah kalori berlebihan daripada sepatutnya, sebagai contoh, saya ambil terlebih 450 kalori daripada biasa, selepas makan saya akan ke gim untuk bersenam bagi membakar dan menghilangkan semula kalori yang berlebihan itu.”

Ads

Gadis Ini Mengaku Obses Untuk Kurus & Langsing, 7 Tahun Tak Sentuh  Nasi

Biarpun sering ditegur ibu, keluarga dan rakan-rakan, Farah tetap mengamalkan rejim pemakanannya selagi ia tidak mengundang bahaya.

Menariknya, meskipun Farah tidak mengambil sebarangan makanan, dia suka memasak dan membuat kek untuk menjamu orang lain.

Ads

Memiliki berat badan 47 kilogram, rata-rata netizen terkejut dengan diet yang dilakukannya. Ada juga yang turut mengkritik bentuk badannya yang dikatakan terlalu kurus.

Gadis Ini Mengaku Obses Untuk Kurus & Langsing, 7 Tahun Tak Sentuh  Nasi

Biarlah apa orang nak kata, janji sihat ya Farah!

Sumber: Utusan Online & Sneakpeekmy

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI